Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menemplak Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang berlagak seperti pejuang rakyat selepas lebih tiga tahun menghilangkan diri dari arena politik.
Beliau berkata, jentera Barisan Nasional (BN) perlu menyedarkan rakyat dan pengundi di Selangor bahawa pemimpin seumpama itu perlu dihukum dalam pilihan raya akan datang kerana gagal menunaikan manifesto sebelum ini. “Ingatkan kepada pengundi, janji kerajaan PH dulu yang mereka tak tunaikan. Saya tengok tape (rakaman video) lama dia, dia janji, kalau PH menang, pendidikan percuma di universiti, pengajian tinggi percuma, termasuk di IPTS. “Lepas itu dia janji RM5,000 lagi setiap pelajar, lagi satu PTPTN dihapuskan. Tiga janji ini, wahai Rafizi, mana pergi janji ini, tak usahlah hari ini muncul balik dari gua. “Ini seorang lagi keluar dari gua, dia duduk dalam gua, menyorok dalam gua tiga tahun lebih, tiba-tiba keluar dari gua, nak tunjuk kononnya dialah juara rakyat, orang Pahang kata beda’ah, betul-betul beda’ah,” katanya berucap pada Konvensyen BN Selangor di Pusat Konvensyen Setia City, di sini, hari ini. Sebelum ini, Rafizi meminta semua pimpinan dan cabang PKR di seluruh negara membuat laporan polis terhadap bekas Najib bermula 19 Julai lalu berhubung kecuaian bekas Perdana Menteri itu sehingga membawa tuntutan waris Kesultanan Sulu. Dalam pada itu, Najib tidak berminat untuk melayani tindakan bekas Ahli Parlimen Pandan itu sebaik sahaja menang dalam pemilihan PKR selepas Kongres Nasional ke-15 Keadilan, 17 Julai lalu. “Saya nak sebut si Rafizi sebab dia minat kat saya sehari dua ini, minat politik laa, minat lain jangan lah, saya tak minat dia, kalau dia minat saya, dia punya pasal lah. “Pemimpin seperti inilah kita kena dedahkan, beritahu dia ini Raja Formula Songsang betul. Nama lain ada tapi saya tak nak sebut, rasa nak sebut tapi tak nak sebut, tak bolehlah sebut,” katanya lagi. Sumber: MalaysiaGazette |
tripleid replied at 1-8-2022 09:06 AM
Diamlah Jebonn!..atleast rafizi tu tak merompak harta negara cam hang
renko replied at 1-8-2022 09:22 AM
sama la dua2 pun
tripleid replied at 1-8-2022 09:51 AM
apa yang sama??
sorang seleweng duit rakyat,sorang lagi membongkar penyelewengan.jauh beza tuh ...
totokreturn. replied at 1-8-2022 10:04 AM
bukan sorang lagi tu pakar formula ke?
tripleid replied at 1-8-2022 10:19 AM
better la drpd jadi pakar penyamun..
tripleid replied at 1-8-2022 09:06 AM
Diamlah Jebonn!hang punya manipesto pun kelaut jugak ada hati nak ngata org..atleast rafizi t ...
Decaffeinated replied at 1-8-2022 10:58 AM
Ada tak sesiapa yang boleh kasi Najib ni diam.
Misalnya, adalah satu kebodohan jika kita membiarkan Najib dan konco-konconya memperlekehkan kewibawaan seorang anak Malaysia terbilang seperti YA Dato’ Mohd Nazlan. Beliau seorang yang pintar lulusan University of Oxford dan mempunyai rekod kerjaya yang menjadi kebanggaan negara. Beliau juga tidak gentar dengan asakan politik dan sanggup berdepan dengan mainan propaganda Najib.
Bandingkan dengan Najib yang rekod akademik dan kerjayanya hanyalah sebagai seorang bangsawan yang tidak pernah ada pencapaian baik selain yang datang dari kedudukannya sebagai seorang bangsawan.
Jika ada anak Melayu yang wajar menjadi kebanggaan dan inspirasi generasi muda Melayu, tokoh seperti YA Dato’ Mohd Nazlan inilah yang perlu kita angkat.
Sebaliknya, propaganda Najib dengan tanpa segan silu, sementara memainkan isu perkauman, dia juga menghina dan memperkecilkan tokoh-tokoh seperti YA Dato’ Mohd Nazlan demi untuk menyelamatkan dirinya yang semakin dekat dengan hari penghakiman.
Sebab itu, telatah Najib tidak lebih dari seorang yang perasan dan merasa takut pada masa yang sama.
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.245420 second(s), 48 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.