CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rasa Kesan Hisap Rokok Sejak Usia 18 Tahun, Rosyam Nor Sokng RUU Kawalan Tembakau Dan Merokok 2022

1-8-2022 01:46 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1857| Komen: 7|Original author: Tatod

Description: Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor, 55, menyatakan sokongan terhadap larangan merokok, membeli atau memilik produk tembakau atau perantai rokok pada individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya.Meneru ...

Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor, 55, menyatakan sokongan terhadap larangan merokok, membeli atau memilik produk tembakau atau perantai rokok pada individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya.

Menerusi laporan mStar, Rosyam berkata, dia berharap seluruh rakyat Malaysia turut memberikan sokongan kepada Rang Undang-Undang (RUU) yang dibentangkan kali pertama di Dewan Rakyat oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada 27 Julai lalu.

"YB Khairy Jamaluddin nak berhentikan orang daripada menghisap rokok, budak-budak yang lahir selepas 2007 dilarang merokok.



"Satu sahaja saya nak cakap kepada YB KJ, memang saya sokong 100 peratus, 300 peratus saya sokong," katanya.

Dalam pada itu, Rosyam turut mendedahkan dirinya mulai merasai kesan sampingan kesan tabiat buruk itu gara-gara mulai merokok sejak usianya 18 tahun.

Pada usianya sekarang ini, dia mudah semput malahan memanjat tangga pun membuatnya cepat penat.

"Saya dah hisap rokok sejak umur 18 tahun. Dan banyak duit habis. Umur 55 sudah semput. Naik tangga pun semput," katanya.


Tambah Rosyam lagi, sekiranya program berhenti merokok dijalankan, dia tidak akan teragak-agak untuk menyertainya kerana ingin meninggalkan tabiat buruk berkenaan. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 1-8-2022 02:43 PM
ramai follower danish nor
lbh 1 mi
Quote sambaldurian 1-8-2022 08:40 PM
Lepas tu buat filem taiko, tailong, hisap rokok.
Quote hyie 1-8-2022 10:06 PM
tak best lah heshe dalam icsyvm
Quote Rachel_Green 2-8-2022 07:55 AM
iolls sokong..tapikan ntah kenapa iolls rasa ni macam propa jer..nak ker kerajaan kehilangan cukai daripada rokok yg berjuta2 tiap tahun.
Quote stingergrumpy 2-8-2022 08:01 AM
TAIKO KAKI BODEKZZZZ
Quote LadyCarefree 2-8-2022 01:02 PM
IMG-20220801-WA0022.jpg


Seriously ada yg sokong KJ nak buat gini? Rumah geledah tanpa waran. Komputer phone segala kena serah sekali dengan password. Serious ada yg tak kisah authorities buat gini?
Quote reporter_kalut 3-8-2022 01:19 PM
Hisap benda lain le lepas ni..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.091725 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top