CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

7 Bulan Tak Jumpa Lepas Nikah Online, Sebak Tengok Pasangan Ini Berpelukan Kali Pertama Bertemu

27-7-2022 11:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3150| Komen: 16

Description: Akibat pandemik melanda negara, sepasang suami isteri ini tidak pernah berjumpa walau sudah tujuh bulan berkahwin secara online.
Akibat pandemik melanda negara, sepasang suami isteri ini tidak pernah berjumpa walau sudah tujuh bulan berkahwin secara online.

Menerusi perkongsian @NatasyaBunny di TikTok, dia berkongsikan detik-detik kali pertama bertemu dengan suaminya di lapangan terbang.



Kelihatan dia bergegas mendakap erat suaminya sejurus lelaki itu keluar dari ruang ketibaan.

Dalam kapsyennya, difahamkan mereka tidak pernah bersemuka dan bercinta tanpa pernah bertemu dua mata.



Bukan itu sahaja, mereka juga bernikah secara dalam talian ketika wanita itu berada di Malaysia manakala lelaki tersebut berada di Australia.



Meskipun mengakui hubungan jarak jauh bukan sesuatu yang mudah untuk mereka, wanita itu yakin dengan jodohnya dan bersyukur jodoh mereka terpelihara.


TikTok @NatasyaBunny

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun dengan ketabahan pasangan itu, selain ada yang turut sebak melihat detik manis berkenaan.


Sumber: OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 28-7-2022 03:33 AM
errrrr blur kejap

btw tahniah....
Quote nurul_akmar 28-7-2022 03:36 AM
Alhamdulillah.. tp berani n cekal pompuan ni. Kawen tanpa jumpa..
Quote kaoru44 28-7-2022 07:29 AM
Tak paham..tp ppuan tu cntik[em:2:]
Quote hareeeesah 28-7-2022 08:53 AM
jodoh rezeki ajal rahsia Allah.. jumpa dulu family inlaw yg ok, why not, even tak jumpa laki lg kan..
Quote eyansss 28-7-2022 10:22 AM
kat fb ramai argue kesahihan cerita sebab katanya kalau tak pernah jumpa mesti malu2…  ni terus serbu…  hahaha…  siap ada kata : diorang practice peluk online…  ekekeke…
Quote cmf_PariS 28-7-2022 12:02 PM
nampak gedik dah tu hahahahaa
Quote immaryjane 28-7-2022 01:09 PM
eyansss replied at 28-7-2022 10:22 AM
kat fb ramai argue kesahihan cerita sebab katanya kalau tak pernah jumpa mesti malu2…  ni terus ser ...

Iols time aussie bukak border terus apply visa and fly sne. Ppuan ni dok msia tggu laki dia hbis contract keje ke? Ptut g la sne honeymoon
Quote Suchi 28-7-2022 03:54 PM
eyansss replied at 28-7-2022 10:22 AM
kat fb ramai argue kesahihan cerita sebab katanya kalau tak pernah jumpa mesti malu2…  ni terus ser ...

Haihh org dh lama tahan rasa gelora, iols lak yg rasa semacam gara2 tgk depa berpelukkan kat eport ittewww

Katanya dah sokmo vc jd dh tak malu la cuma tinggal tak bertentang mata je lagi.
Kenal kt social media tak lama la terus dia ajak kawen, kira pemeli kat malaysia la yg uruskan.
Si suami keje DHL kat victoria nk transfer malaysia amik masa tu yy sampai 7 bln baru dpt balik.
Hantaran leh tahan 22k gituhhh.
Huntungla bebudak skrg leh kapel pjj gini pastu nikoh pun on9 mesti la bebeza rasa rindu bila pertama kali jumpa pasangan dah la terus boleh sntuh.

Quote Mini.Me 28-7-2022 06:05 PM
eyansss: kat fb ramai argue kesahihan c ...[/quote[quote]eyansss: kat fb ramai argue kesahihan c ...


Meols pon pikir yg sama...takde malu² macam terkena karan ponnn
Quote Carcosa 28-7-2022 10:14 PM
Helehhhh, makna nye, dah video call berkali2 lah kann?? Dah tgk lah muka memasing
Gebang macammm la tak penah tau muka laki cemana
Tapi nak ckp satu. Kau lawa. Ok dah
Quote eyansss 29-7-2022 12:27 AM
immaryjane replied at 28-7-2022 01:09 PM
Iols time aussie bukak border terus apply visa and fly sne. Ppuan ni dok msia tggu laki dia hbis c ...

aah...  katanya laki habis contract n transfer balik malaysia bulan ni...  tu yang dia tak ke sana kot...
Quote eyansss 29-7-2022 12:28 AM
Suchi replied at 28-7-2022 03:54 PM
Haihh org dh lama tahan rasa gelora, iols lak yg rasa semacam gara2 tgk depa berpelukkan kat epo ...

mungkin budak alaf baru kot walau sekadar jumpa online tetap rasa ok bila jumpa depan2...  huhuhu...  banyak gak hantaran dia dapat...  rezeki...
Quote eyansss 29-7-2022 12:29 AM
Mini.Me replied at 28-7-2022 06:05 PM
Meols pon pikir yg sama...takde malu² macam terkena karan ponnn

hahaha...  budak zaman la ni memang camtu kot...
Quote epullipan 1-8-2022 09:37 AM
semoga life lepas ni lebih indah
Quote maharani_gebu 1-8-2022 11:16 AM
leh lar prepare tuk majlis bersanding pasni....
Quote Artemesiaa 1-8-2022 05:47 PM
Mungkin dia mereka jenis ramai kenalan jadi kurang rasa segan

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.060127 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top