CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tampal Notis ‘Sound’ Pensyarah Bukti Pelajar Hari Ini Lemah?

9-7-2022 03:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6533| Komen: 102

Description: Tular sekeping notis ditujukan buat para pensyarah, dipercayai ditulis seorang pelajar yang kecewa dengan sistem pendidikan negara pada hari ini.
Tular sekeping notis ditujukan buat para pensyarah, dipercayai ditulis seorang pelajar yang kecewa dengan sistem pendidikan negara pada hari ini.

Dalam cetakan notis tersebut, dia turut mengadu tentang beban tugasan yang disifatkan melampau dan tidak wajar.


Gambar hiasan

Tambahnya, pelajar juga memerlukan masa untuk bersama keluarga dan tidak patut dilambakkan dengan kerja sehingga tiada masa untuk menjalani kehidupan normal.

Notis yang ditampal pada dinding di lokasi yang tidak didedahkan itu tular dan meraih pelbagai komen netizen selepas ia dimuat naik ke Facebook.



Notis kepada pensyarah yang kini tular di Facebook.

Segelintir netizen turut mendoakan agar para pelajar terus sabar demi melengkapkan pengajian dan mendapatkan rawatan segera jika ada tanda ke arah depresi.

Bagaimanapun, sebilangan golongan dewasa kurang senang dengan isi notis berkenaan dan menganggap pelajar tersebut sebagai lemah dan tidak mensyukuri nikmat kehidupan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 9-7-2022 03:16 PM
lemahhhhhhhhhh
Quote dua_chzy 9-7-2022 03:18 PM
Jom kita pakat2 tiru ayat budak2 ni pehtu bagi kat bos masing2 tengok hapa dia kata.



Sukor la kalau esoknya ko masih dibenarkan pijak lantai pejabat.
Quote dua_chzy 9-7-2022 03:19 PM
"Kami perlu diajar untuk menghadapi dunia pekerjaan"

Er...Budak ni...memang tak tau ape2 eh?
Quote Dwdrum 9-7-2022 03:27 PM
Budak sekarang                          
Quote rikiruj 9-7-2022 03:32 PM
dua_chzy replied at 9-7-2022 03:19 PM
"Kami perlu diajar untuk menghadapi dunia pekerjaan"

Er...Budak ni...memang tak tau ape2 eh?

Ha ha.. bagi assignment belambak2lah pengajaran untuk menghadapi dunia pekerjaan.. so you don't crack under pressure.  Dia ingat dunia pekerjaan macam cerita drama agaknya.. meeting bawak fail biru bos cerita pasal projek dan pergi site pakai topi putih tu tengok keliling angguk2 pastu dah boleh balik rumah..
Quote blakerainer 9-7-2022 03:42 PM
Notice pun cm ugut2 budak sekolah nk bunuh diri. Sure sem 1 ni, sikit2 nak complain Lemahhhhh
Quote snowflakes 9-7-2022 03:43 PM
Budak zaman sekarang
Quote sharlenetexas 9-7-2022 03:46 PM
Manjanya.....

Bila dah kerja 12 malam pun ko kat ofis kejar deadline.

Quote che-cikL 9-7-2022 03:47 PM
Hidup zaman Google pun susah ke? Bukan kena pakai mesin taip pun, pastu kena selongkar buku2 kat library. LEMAH!
Quote kepompong 9-7-2022 03:47 PM
anak i ada mentality sebegitu. tapi dia tkde la say it out loud…. jenis cara fikir tu… i mean, dlm rumah pun dia penuh dgn excuse . memang jenis org pesimis. Terkilan sbb parents dia (kita)  tak macam tu. Memang diakui kesalahan dlm didikan. tapi dah jadi buluh bukannya senang nak lentur2. As her mom, mmg sangat mencabar minda
Quote ellejo 9-7-2022 03:52 PM
ai senyum sinis. dunia pekerjaan lagi hancing dek. akak sampai kene masuk syif malam hadap hantu sesambil buat 8d report lagi semata nak gaji 5k sebulan

Quote ultra78 9-7-2022 03:56 PM
Perangai budak zaman millenium
Quote dua_chzy 9-7-2022 04:03 PM
rikiruj replied at 9-7-2022 07:32 AM
Ha ha.. bagi assignment belambak2lah pengajaran untuk menghadapi dunia pekerjaan.. so you don't cr ...


Sebab itu aiol amalkan konsep tough love dengan stodents aiol. Pelajar yang tahan tukul itu memang sikit saja dan aiol pircaya jenis mereka ini boleh survive - buang la ke mana pun.
Quote lasagnaklcc 9-7-2022 04:24 PM
Lecturer tu pon berhempas pulas smbg sampai phd, susah sikit la dia nak faham student yg baru degree (ke matriks) ugut2 stress nak bunuh diri.  
Quote imanjannah 9-7-2022 04:29 PM
tengok la generasi muda yg masuk keja skrg bagaimna
Quote shernazz 9-7-2022 04:32 PM
Adik tu mesti slalu tengok cite.akasia n samarinda kan?
Tak pon csi yang boleh settle 1 kesdalam.beberapa scene saja
Quote lo_la 9-7-2022 04:38 PM
Edited by lo_la at 10-7-2022 09:12 AM

Alahai dik. Yg ko dok complain tu la sedikit persediaan ke alam pekerjaan. It’s a tough world out there ya. Nak hadap boss, nak hadap business as usual, nak hadap ad hocs/firefighting, nak hadap other department/customers/what not, nak hadap politics, nak hadap multitasking…haa sambung
Gitu la nanti ko masuk kerja. Survival of the fittest.
So toughen up and weather the storm dik! Caiyok!
Quote lo_la 9-7-2022 04:41 PM
ellejo replied at 9-7-2022 03:52 PM
ai senyum sinis. dunia pekerjaan lagi hancing dek. akak sampai kene masuk syif malam hadap hantu ses ...

I terhibur dalam seram baca experience you kat MPS
Quote noxnox 9-7-2022 04:42 PM
Lemah nya Nox . Tok sah blajar lah main TikTok jer kut kut dpt duit , in the mean time  keje jer lah grab rider ke food panda , easy money kan :

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.066159 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top