Tular sekeping notis ditujukan buat para pensyarah, dipercayai ditulis seorang pelajar yang kecewa dengan sistem pendidikan negara pada hari ini.
Dalam cetakan notis tersebut, dia turut mengadu tentang beban tugasan yang disifatkan melampau dan tidak wajar.
Gambar hiasan
Tambahnya, pelajar juga memerlukan masa untuk bersama keluarga dan tidak patut dilambakkan dengan kerja sehingga tiada masa untuk menjalani kehidupan normal.
Notis yang ditampal pada dinding di lokasi yang tidak didedahkan itu tular dan meraih pelbagai komen netizen selepas ia dimuat naik ke Facebook.
Notis kepada pensyarah yang kini tular di Facebook.
Segelintir netizen turut mendoakan agar para pelajar terus sabar demi melengkapkan pengajian dan mendapatkan rawatan segera jika ada tanda ke arah depresi.
Bagaimanapun, sebilangan golongan dewasa kurang senang dengan isi notis berkenaan dan menganggap pelajar tersebut sebagai lemah dan tidak mensyukuri nikmat kehidupan.
Sumber: mStar |