CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siapa Pakai BL Skincare Dan Biela Beauty? Sila Buang, Ada Racun Berjadual, Merkuri

4-7-2022 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8296| Komen: 121

Description: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memohon orang awam daripada membeli dan menggunakan tiga produk keluaran BL Skincare dan satu produk Biela Beauty ekoran dilaporkan mempunyai racun berjadual.
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memohon orang awam daripada membeli dan menggunakan tiga produk keluaran BL Skincare dan satu produk Biela Beauty ekoran dilaporkan mempunyai racun berjadual.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, susulan itu, notifikasi produk kosmetik terlibat telah dibatalkan serta tidak lagi dibenarkan untuk di jual di negara ini.

Foto: Kosmo

“Produk terlibat ialah Biela Beauty Glowing Night Cream di mana dilaporkan mempunyai merkuri selain BL Skincare Day Cream 1, BL Skincare Day Cream 2 dan BL Skincare Night Cream yang mempunyai merkuri,  hydroquinone serta tretinoin.

“Penjual serta pengedar produk tersebut perlu menghentikan penjualan secara serta-merta susulan melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Dr. Noor Hisham berkata, individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan itu boleh dikenakan hukuman dan denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

“Produk yang mengandungi hydroquinone serta tretinoin merupakan ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah selain boleh digunakan selepas mendapat nasihat ahli profesional kesihatan.

“Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit selain meningkatkan risiko kanser manakala penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh mengundang risiko tidak selesa, pedih dan hipersensitif kepada cahaya matahari,” jelasnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 4-7-2022 01:59 PM
Sape aje la yang terpengaruh produk sampah ni.
Quote orkid_amani 4-7-2022 02:11 PM
Dah 2022 ada lagi ka yg beli & kayakan ponder2 timbang kilo ni
Dah la juai barang coet kecik..rega kalah yahudi..baik la p berkampung di Watson guardian tu belek2 product apa yg Sesuai utk muka
Quote afie_m 4-7-2022 02:32 PM
ada ja yang beli lagi produk2 ni, bahaya letak belakang
Quote epal_putih 4-7-2022 02:35 PM
Dah terang2 timbang kelo tuh
Quote laksmanabentan 4-7-2022 02:35 PM
akies replied at 4-7-2022 01:59 PM
Sape aje la yang terpengaruh produk sampah ni.

ramai aja uoollsss...
acik2 gundu muka berkerakk tu...
lepas BBNU muka berkerak yang harap cantik instant...
Quote cikatilia 4-7-2022 02:45 PM
laksmanabentan replied at 4-7-2022 02:35 PM
ramai aja uoollsss...
acik2 gundu muka berkerakk tu...
lepas BBNU muka berkerak yang harap cantik  ...

emak2 pon sama
ex colleague iols dulu elok aje rupa cerah

pastu pakai itu ini.. mmg terus rupa makcik2 40s
dgn kulit kusam itam penangan stop pakai merkuri..
umur awal 30s
Quote edayildiz 4-7-2022 02:50 PM
pakai safi jer la kalau dh x mampu sgt..i pakai jer jgk safi tu..cantikk jgk kalau dh mmg cantikk
tp i suka tkr2 sbb jenis xsetia..tp mostly pencuci muka marhaen jer la kt watson jerrr..yg korea apa semua tu..yg timbang kilo ni i xpnh lg terliur lgpun i rasa org cam kalau pakai..geng geng kg..com suka muka berminyak putihh terkejut gituh
Quote edayildiz 4-7-2022 02:51 PM
tp biela ni bukan ke kakak sasya 30k..sorry kalau slh org..sbb kakak dia nama bella kn.
Quote cheezel 4-7-2022 02:53 PM
Tak pernah dgr pun
Quote laksmanabentan 4-7-2022 02:54 PM
cikatilia replied at 4-7-2022 02:45 PM
emak2 pon sama
ex colleague iols dulu elok aje rupa cerah

sebab tu founder boleh kaya rayaaaa.....
semua sbb terpedaya dengan stokiss.. terpedaya dengan tiktok....
hahahaha.....
Quote Mary_jane 4-7-2022 02:55 PM
Benda2 ni semua jual kat Shopee ke? I tak pernah tengok orang promote.
Quote ina_na 4-7-2022 02:58 PM
edayildiz replied at 4-7-2022 02:50 PM
pakai safi jer la kalau dh x mampu sgt..i pakai jer jgk safi tu..cantikk jgk kalau dh mmg cantikk:sh ...

Sama la gan aku dah 28thn pakai safi hijo je.. jenama lain rege kayangan skrg ni... lubang barai poket..pernah try yg dr Korea Some by mi...yg hijo tu terus breakout muka aku..dekat 1 thn nk elok.. terbaru try lg yg snail haaa naik alegik ko... Nsb la beli direct dr Korea sana ms sale 1box percubaan rm32 siap pos..kalo ratus2 mau rs menyesal gila..
Quote akies 4-7-2022 03:27 PM
laksmanabentan replied at 4-7-2022 02:35 PM
ramai aja uoollsss...
acik2 gundu muka berkerakk tu...
lepas BBNU muka berkerak yang harap cantik  ...

Banyak lagi produk dkt drugstore yang diyakini..
sendiri mencari penyakit
Quote akies 4-7-2022 03:31 PM
ina_na replied at 4-7-2022 02:58 PM
Sama la gan aku dah 28thn pakai safi hijo je.. jenama lain rege kayangan skrg ni... lubang barai p ...

Some by mi, iols try ok pula dgn kulit.
Takde masalah sgt..
Skrg iols tukar ke cosmoderm.
Quote ezacbee 4-7-2022 03:33 PM
Sekarang ni produk oem pun ada jual kat farmasi tertentu.
Quote kucingitam 4-7-2022 03:35 PM
teringat pulak kat krim temulawak yang popular dulu..
Quote namieamuro 4-7-2022 03:39 PM
ade lg ek yg dok beli timbang kilo ni. pdhl guardian watson rajin buat sale skincare makeup ni sume.
Quote tobobon 4-7-2022 03:42 PM
syukur ..dah berani bagitau jenama apa...selalu kalau berita mcm ni x bagitau pun jenama apa
Quote cikatilia 4-7-2022 04:25 PM
laksmanabentan replied at 4-7-2022 02:54 PM
sebab tu founder boleh kaya rayaaaa.....
semua sbb terpedaya dengan stokiss.. terpedaya dengan tik ...

kan.. percaya semua

rasa mcm huduh nau hitam legam
rela sakit terbako semua.... walhal kalau dah muka pecah tu.. putih pon pecah gak muka

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.363378 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top