CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dulu Bawa Wira Panas, Basah Kalau Hujan-Haneesya Hanee Sebak Dah Mampu Belikan Keluarga Kereta Baharu

30-6-2022 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3376| Komen: 20

Description: Perkongsian pelakon dan model Haneesya Hanee yang menghadiahkan kereta pertamanya iaitu Proton X70 buat keluarganya mengundang sebak ramai.
Perkongsian pelakon dan model Haneesya Hanee yang menghadiahkan kereta pertamanya iaitu Proton X70 buat keluarganya mengundang sebak ramai.

Masakan tidak, menurut Haneesya, 22, sebelum ini mereka sekeluarga terpaksa menggunakan kereta lama iaitu Proton Wira yang dimasuki air ketika hujan kerana bumbung bocor selain kerap rosak untuk urusan seharian.

Foto: IG

“Alhamdulillah, kereta pertama saya adalah kereta keluarga. Bukan niat untuk menunjuk cuma hendak kongsi cerita.

“Wira (kereta) adalah wira kami. Banyak kenangan bersama Wira ini, pahit manis semua ada!

“Waktu panas seperti duduk di dalam sauna. Waktu hujan banjir satu kereta. Tetapi disebabkan Wira ini jugalah, saya dapat pergi kerja dan hantar adik ke sekolah,” kongsi Haneesya dalam Instagramnya.



Berkat kerja kerasnya, Haneesya bersyukur kerana akhirnya dapat membelikan sebuah kereta baharu untuk keselesaan mereka sekeluarga.

Biarpun hanya sekadar kereta, tetapi buat Haneesya pencapaian tersebut cukup besar bagi dirinya.



“Paling seronok ketika saya perhatikan keluarga dari jauh, masing-masing tersenyum sampai ke telinga terutama mommy sebab dia memang suka memandu.

“Merata dia bawa kami semua. Dapat tengok dia (mommy) senyum lebar dari jauh, Ya Allah menitik air mata. Bangga sangat dengan kita semua. Sayang semua,” tulis Haneesya yang merupakan anak sulung dari tiga beradik.




Selain berlakon, Haneesya atau nama sebenarnya, Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahalan turut menjalankan perniagaan serum rambut organik secara dalam talian. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 30-6-2022 04:10 PM
Tahniah la dik. Walaupun keratuan ko di tarik balik, skang ko meratu balik. Intenesenel levelnyer..
Quote whimsicalmusic 30-6-2022 04:10 PM
Alhamdulillah..die ni nmpk la dr keluarga susah tp try to give better..perangai merempan tu aku tolak
Quote nakkomenjugak 30-6-2022 07:21 PM
gotta give credit when it's due.
Quote anony-mous 30-6-2022 07:24 PM
Lawa dia ni. Suka betul tgk mcm barbie. Tp perangai hauk sikit
Quote orkid_amani 30-6-2022 11:08 PM
Itu yg uniform sekolah tu adik dia ka
Awat p sekolah baju keduk 100
Quote dua_chzy 30-6-2022 11:14 PM
Hazabnya bahasa bebudak sekarang

Dia telah menyelamat kami

Dia telah bersama kami untuk banyak2 tahun

Kau Chinks ke pun nak bercakap begini?

Quote lyshafull 30-6-2022 11:22 PM
Tahniah dik at least dia kerja untk bgi keluarga dia better life
Quote Fazzbulous 1-7-2022 09:48 AM
tahniah dik...suka tgk org yg bahagiakan kluarga..semoga sentiasa dimurahkan rezeki..
Quote imanjannah 1-7-2022 09:53 AM
cantik dia ni
Quote tomiko_haza 1-7-2022 10:05 AM
tahniah hanee..bagusla utamakan keluarga..moga tambah2 rezeki. dia ni lawa kalau kene cara bole pg global
Quote SonicSiLandak 1-7-2022 10:24 AM
suku apa dia ni???

Quote mizruncing 1-7-2022 10:33 AM
patut pon ramai nak jadi retis.. untung2 dpt beli kete mahal
Quote nanasno 1-7-2022 10:35 AM
tahniah dik
Quote Prickford 1-7-2022 10:39 AM
Next target sheolls, mesti better home for family. Agar dimurahkan rezeki. Kami semua pon tetap utamakan family dulu.
Quote mamaazim 1-7-2022 10:43 AM
moga terus dimurahkan rezeki
Quote Carcosa 1-7-2022 11:14 AM
Mata masuk habuk jugak
Mak dia muda jgk ek. Then muka dia lain nau dgn muka mak dia. Mesti ikut apaknya banyak.
Rambut dia lawa betul si Hanee ni
Quote da_vinci 1-7-2022 11:37 AM
yg iols nampak, anak yang utamakan mak ayah dan tak kedekut dgn adikberadik mmg rezekinya murah....
Quote dudaberhias 3-7-2022 09:42 PM
tahniah... semoga lebih murah rezeki untuk haneesya hanee dewi arak 2018/2019...

iols suka je dia ni lantak lah dia rempit ke menggedik ke atau ada kontroversi... dia ni humble dan takde pun malu nak mengaku susah atau duduk pprt... semua tu memang hasil titik peluh heshe... nak kata heshe jual kerang... hader ker nak kerang hangit sheolsss?

moga melimpah2 rezeki sheolss tup tup terus kaya esok bila keluar artikel dalam forum...
memang dia layak untuk senang...
Quote kiah_mai_pulak 3-7-2022 09:48 PM
cantik dia ni... kena bijak market kan diri time tgh lawa n muda ni

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.055063 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top