CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Atta Halilintar Beli Lembu Megalodon Sempena Aidiladha

29-6-2022 12:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2403| Komen: 5

Description: YouTuber terkenal Indonesia Atta Halilintar teruja membuat pelbagai persiapan selepas tiga tahun tidak dapat meraikan Hari Raya Aidiladha disebabkan pandemik.Menerusi video di saluran YouTube miliknya ...
YouTuber terkenal Indonesia Atta Halilintar teruja membuat pelbagai persiapan selepas tiga tahun tidak dapat meraikan Hari Raya Aidiladha disebabkan pandemik.

Menerusi video di saluran YouTube miliknya, Atta atau Muhammad Attamimi Halilintar, 28, membeli seekor lembu jenis megalodon untuk dikorbankan.


Foto: InsertLive

Atta dalam video itu menjelaskan sudah menjadi niatnya untuk membeli lembu bersaiz besar dan megalodon adalah yang terbaik.

"Ketika bukan sahaja mahu kenderaan yang bagus di dunia tetapi nak sediakan pengangkutan lebih bagus di syurga kelak," katanya.


Lembu jenis megalodon itu mempunyai berat 1,194 kilogram dan menurut penternaknya, ia adalah sejenis lembu yang mempunyai daging yang padat.



Apa lebih menyentuh perasaan, Atta turut melakukan akad pembelian dengan penjual kerana tahu lembu itu merupakan haiwan kesayangannya.



"Lembu ini sangat bermakna buat tuan kerana ia merupakan haiwan kesayangan tuan... Bismillah, kita akad pembelian megalodon ini," katanya.



Menerusi hantaran di Instagram, Atta turut meminta pendapat pengikutnya untuk memberikan nama sesuai untuk lembu tersebut.


IG Atta

"Tolong cadangkan nama kepada lembu raksasa ini guys... semoga ia menjadi kenderaan di akhirat nanti," tulis suami Aurel Hermensyah.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fofuler 29-6-2022 02:01 PM
Kenapa ramai orang suka layan lifestyle gen halilintar ni kat socmed? Aku try tengok youtube diorang, tengok kejap je pastu tukar, macam takde arah tujuan plus show off manjang. Boring
Quote KirazMevsimi 29-6-2022 04:19 PM
anak nya ameena iras atta
Quote Tembikaigoreng 30-6-2022 02:28 AM
fofuler: Kenapa ramai orang suka layan  ...


Sbb ramai nak giveaway dorang kot.... Subscribe then pen subscribe atau pen komen bertuah dapat telephone lah, motor lah apa lah.... Sama juga style dorang ngan baim wong.. giveaway giveaway untuk tarik penonton LOL
Quote fofuler 30-6-2022 05:25 PM
Tembikaigoreng replied at 30-6-2022 02:28 AM
Sbb ramai nak giveaway dorang kot.... Subscribe then pen subscribe atau pen komen bertuah dapat te ...

Oh gitu, pastinya geng indo lah melayan nak barang2 free ni kan, warga dia dah lah ramai, kejap je mencanak viewers
Quote ariellin 3-7-2022 02:58 PM
Kepam betul bini dia sejak kawen

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.066633 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top