CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Patut RM2,384 Je, Pekerja Lesap Lepas Majikan Tersalah Masukkan Gaji RM791,836

29-6-2022 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1286| Komen: 7

Description: SANTIAGO, CHILE – Seorang lelaki di Chile yang secara tidak sengaja menerima wang gaji 286 kali lebih tinggi daripada pendapatan bulanannya, dilapork
SANTIAGO, CHILE – Seorang lelaki di Chile yang secara tidak sengaja menerima wang gaji 286 kali lebih tinggi daripada pendapatan bulanannya, dilaporkan menghilangkan diri selepas berjanji mahu memulangkan lebihan wang tersebut kepada majikannya, lapor laman berita Oddity Central.


Jabatan sumber manusia syarikat pengeluar makanan sejuk beku, Consorcio Industrial de Alimentos (Cial)  dikatakan secara tidak sengaja membayar wang gaji berjumlah AS$180,000 (RM791,836) kepada seorang pekerjanya bulan lalu.

Pekerja terbabit sepatutnya hanya menerima gaji berjumlah AS$542 (RM2,384). 

Foto: Unsplash

Dia bagaimanapun telah meletakkan jawatan, seterusnya hilang tanpa dapat dihubungi sehingga memaksa pihak syarikat mengambil tindakan undang-undang.


Menurut akhbar Diario Financiero,  seorang pembantu pejabat di Cial telah memberitahu timbalan pengurus mengenai kesilapan pembayaran gaji bulanan kakitangan tersebut pada 30 Mei lalu.

Selepas memeriksa rekod pembayaran, pengurusan Cial mengesahkan bahawa kakitangan itu dibayar 286 kali lebih tinggi berbanding gaji bulanannya. Pihak pengurusan kemudian mengarahkannya untuk memulangkan wang tersebut.

Pekerja terbabit pada awalnya  berjanji untuk membayar balik keesokan harinya, namun dia tidak bertindak demikian meskipun mendakwa akan pergi ke bank bagi membuat pembayaran.

Pada 2 Jun lalu, kakitangan berkenaan meletakkan jawatan menerusi sebuah firma guaman sebelum menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 29-6-2022 10:08 AM
agaknya dia kuarkan semua duit tu pastu lesap joli duit tu kot...
Quote Mary_jane 29-6-2022 03:21 PM
Mungkin dah sampai Las Vegas kot. Kita enjoyyyy.
Quote venom1 29-6-2022 03:23 PM
Kesilapanku Keegoanmu
Quote CariMalay 29-6-2022 03:46 PM
Hahaha      
Quote tripleid 29-6-2022 04:12 PM
rezeki terpijak..mgkin majikan layan dia teruk selama ni, so Cash la utk kompeni hauk tersebut
Quote mbhcsf 29-6-2022 04:14 PM
wah wah, wah , wow ...kudapt , kusimpan and ku bawa lari , hahahaha....pucuk dicita saffron mendatang ni...
Quote HoneyManjer 29-6-2022 04:26 PM
hahahahah jangankan dia...aku pun cabut lari...lol

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.077241 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top