CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 997|Reply: 7

Patut RM2,384 Je, Pekerja Lesap Lepas Majikan Tersalah Masukkan Gaji RM791,836

[Copy link]
Post time 29-6-2022 10:06 AM | Show all posts |Read mode
SANTIAGO, CHILE – Seorang lelaki di Chile yang secara tidak sengaja menerima wang gaji 286 kali lebih tinggi daripada pendapatan bulanannya, dilaporkan menghilangkan diri selepas berjanji mahu memulangkan lebihan wang tersebut kepada majikannya, lapor laman berita Oddity Central.


Jabatan sumber manusia syarikat pengeluar makanan sejuk beku, Consorcio Industrial de Alimentos (Cial)  dikatakan secara tidak sengaja membayar wang gaji berjumlah AS$180,000 (RM791,836) kepada seorang pekerjanya bulan lalu.


Pekerja terbabit sepatutnya hanya menerima gaji berjumlah AS$542 (RM2,384).


Foto: Unsplash




Dia bagaimanapun telah meletakkan jawatan, seterusnya hilang tanpa dapat dihubungi sehingga memaksa pihak syarikat mengambil tindakan undang-undang.


Menurut akhbar Diario Financiero,  seorang pembantu pejabat di Cial telah memberitahu timbalan pengurus mengenai kesilapan pembayaran gaji bulanan kakitangan tersebut pada 30 Mei lalu.


Selepas memeriksa rekod pembayaran, pengurusan Cial mengesahkan bahawa kakitangan itu dibayar 286 kali lebih tinggi berbanding gaji bulanannya. Pihak pengurusan kemudian mengarahkannya untuk memulangkan wang tersebut.


Pekerja terbabit pada awalnya  berjanji untuk membayar balik keesokan harinya, namun dia tidak bertindak demikian meskipun mendakwa akan pergi ke bank bagi membuat pembayaran.


Pada 2 Jun lalu, kakitangan berkenaan meletakkan jawatan menerusi sebuah firma guaman sebelum menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 10:08 AM | Show all posts
agaknya dia kuarkan semua duit tu pastu lesap joli duit tu kot...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 03:21 PM | Show all posts
Mungkin dah sampai Las Vegas kot. Kita enjoyyyy.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 03:23 PM | Show all posts
Kesilapanku Keegoanmu
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha      
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 04:12 PM | Show all posts
rezeki terpijak..mgkin majikan layan dia teruk selama ni, so Cash la utk kompeni hauk tersebut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2022 04:14 PM | Show all posts
wah wah, wah , wow ...kudapt , kusimpan and ku bawa lari , hahahaha....pucuk dicita saffron mendatang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 04:26 PM | Show all posts
hahahahah jangankan dia...aku pun cabut lari...lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.055406 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list