CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18847|Reply: 16

[Tempatan] Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad, 2 Mac

[Copy link]
Post time 28-2-2025 08:32 PM | Show all posts |Read mode
Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad, 2 Mac

Oleh Wartawan BH - Februari 28, 2025 @ 8:12pm

Jawatankuasa Hilal Ramadan Wilayah Persekutuan melakukan cerapan anak bulan bagi menentukan tarikh permulaan puasa ketika Majlis Rasmi Cerapan Hilal Ramadan 1446 Hijrah di Menara Kuala Lumpur. - Foto MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Ahad 2 Mac, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Syed Danial berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Pada 20 Februari lalu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi satu kenyataan menetapkan hari ini bersamaan 29 Syaaban 1446 Hijrah untuk melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa buat umat Islam di Malaysia.

Menurut kenyataan itu lagi, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan sudah diperkenankan untuk melihat anak bulan Ramadan pada petang hari berkenaan di 29 lokasi di seluruh negara.

Lokasi terbabit termasuk di Pontian Kecil, Johor, dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka, Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan, serta Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat; dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.

Seterusnya, Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang; serta Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; dan Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2025 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamu'alaikum warohmatullahiwabarokatuh.
Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, maka adalah dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa tarikh puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad 02 haribulan Mac tahun 2025.
Sekian, wassalamu'alaikum warohmatullahiwabarokatuh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat menjalani ibadah puasa untuk semua ahli forumer. Semoga puasa kita semua tahun ini lebih baik berbanding tahun2 sebelumnya. Semoga ahli2 forumer menjaga tatasusila semasa mengomen agar puasa tidak 'kurus'
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat berpuasa kepada semua  andartu-andartu, andartu junior, andartu senior dan andartu forever.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 28-2-2025 08:43 PM
Selamat berpuasa kepada semua  andartu-andartu, andartu junior, andartu senior dan andartu forever.

Tuju kat andartu saja ke kat yang bukan andartu taknak ucap selamat ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 08:46 PM | Show all posts
Kalau berporum lepas bukak poser apakah hukumnya? Lebih diharuskan daripada di siang hari ketika ibadah berpuasakah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2025 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat berpuasa semua!
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 28-2-2025 08:43 PM
Selamat berpuasa kepada semua  andartu-andartu, andartu junior, andartu senior dan andartu forever.

Tak wish kat janda ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2025 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat berpuasa semua forumers. Semoga Allah terima ibadah kita.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua forumers ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat berpose semua..semoga kita semua berjaya meraikan Ramadan tahun ni sampai ke akhir...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 09:04 PM | Show all posts
selamat berpuasa semua.... jangan membazar sampai membazir ye adik2....
tingkatkan keimanan ketaqwaan seiring dengan peningkatan tarif elektrik serta  harga minyak petrol yg bakal meningkat tidak lama lagi..,
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yang kalah betting warna baju melayu ke? Kih kih kih
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 09:58 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 28-2-2025 08:43 PM
Selamat berpuasa kepada semua  andartu-andartu, andartu junior, andartu senior dan andartu forever.

makcik kaki puasa ke tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 10:37 PM | Show all posts
Selamat berpuasa kepada semua acik por iya. Dah order kuih raya ke belum? tiber
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Indonesia dah start sabtu puasa

Iols tgk pengumuman wakil dorang
Terus sebut hari raya ya
Raya dorang 31/3
Jdnya kita nnt raya 31/3 gak ke atau 1/4?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2025 01:59 AM | Show all posts

Kami umat islam di Amerika start berpuasa pd hari Sabtu 1 March 2025. Malam ini kami dah berterawih.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.363391 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list