CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembantu Kesihatan Habis Duit Simpanan, Duit KWSP RM37,361 Ditipu Sindiket Pekerjaan Tidak Wujud

28-6-2022 06:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1503| Komen: 8

Description: PADANG BESAR – Seorang pembantu kesihatan kerugian wang simpanan peribadi dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM37,361 setelah ditipu sindiket pekerjaan tidak wujud secara dalam talia ...
PADANG BESAR – Seorang pembantu kesihatan kerugian wang simpanan peribadi dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM37,361 setelah ditipu sindiket pekerjaan tidak wujud secara dalam talian.


Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, wanita berusia 26 tahun itu pada mulanya tertarik melihat iklan pekerjaan di Facebook.


Gambar Hiasan

Katanya, mangsa yang tertarik dengan tawaran kerja menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat kemudiannya menghubungi individu dikenali dengan nama Agnes mendakwa dari syarikat SP eCommerce.

“Mangsa diberi penerangan untuk membeli pelbagai produk bagi tujuan menaikkan ‘rating’ dan akan mendapat imbuhan setelah barang tersebut dijual oleh mereka.

“Wanita tersebut kemudiannya melakukan sebanyak lapan transaksi ke empat akaun bank Agnes seperti diarahkan suspek,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Shokri, selepas tiga hari melakukan transaksi, mangsa mengesyaki bahawa dirinya diperdaya selepas tidak mendapat apa yang dijanjikan suspek sebelum bertindak membuat laporan polis petang semalam. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 28-6-2022 09:03 PM
Kesiannya byk tu abis
Quote kotakominami 28-6-2022 09:06 PM
Kerja makan gaji, kalu kita yg kena keluar duit memang sah la scam....
Quote tungkai 28-6-2022 09:32 PM
Umur 26. Macam mana KWSP boleh kena sedut? Ke yg 10K dulu tu?
Quote zh86 28-6-2022 09:37 PM
So sad ????
Quote KamikuP 29-6-2022 12:23 PM
Kannn ni cth acik gomen kene scam
Quote lengkuas_01 29-6-2022 01:23 PM
MO dia mcm ni...dia kena beli satu barang online katalah harga rm10. Lepas beli tu scammer akan refund ke akaun dia rm11..so sudah untung rm1 kan. Scammee umpan dia lg beli amoun kecil2 bawah rm100 dan masih bagi refund semula. Scammer akan mainkan dia ni bila amoun barang beli tu jadi ribu-ribu.. maaa ni nanti baru tersedar kena scam.
Quote Nnoor2 29-6-2022 01:53 PM
Kejap...umur 26 mcm mana mudah boleh keluarkan kwsp...bukan susah ke kita nk keluarkan
Quote vespa_oren 29-6-2022 02:01 PM
mungkin dia dh ambil skim pencen

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.042152 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top