CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terlalu Awal Untuk Nilai Keupayaan Jokowi Bawa Pemimpin Rusia, Ukraine Ke Meja Rundingan

27-6-2022 06:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 795| Komen: 4

Description: Masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi berkeupayaan membawa pemimpin negara bertelagah, Rusia dan Ukraine ke meja rundingan atau sebaliknya.
Masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi berkeupayaan membawa pemimpin negara bertelagah, Rusia dan Ukraine ke meja rundingan atau sebaliknya.


Penganalisis politik, Prof Ahmad Marthada Mohamad, bagaimanapun mengakui Kumpulan 20 atau G20 yang dipengerusikan Jokowi mempunyai pengaruh besar dalam memastikan ekonomi dunia tidak terkesan dengan krisis Rusia-Ukraine.

"Pembentukan G20 itu berdasarkan kepada pengaruh ekonomi dan sudah tentulah isu berkait ekonomi akan dibincangkan dengan panjang lebar dalam sidang G20 selepas ini. 


The Jakarta Post

Dalam kerangka itulah Jokowi akan mainkan peranan untuk membawa negara yang terlibat krisis ini ke meja persidangan.

"Apakah beliau sebagai pengerusi G20 boleh bawa pembaharuan dalam mengetengahkan dua pihak itu ke meja persidangan? Bagi saya ia mungkin terlalu awal dan terlalu sukar untuk kita nyatakan bahawa Jokowi ada keupayaan untuk bawa kedua-dua pihak berbincang.

"Namun sebagai pihak gabungan negara, G20 mempunyai pengaruh dalam ekonomi dunia. Jadi G20 ada peranan besar dalam memastikan bahawa keadaan ekonomi dunia tidak akan dipengaruhi krisis Rusia-Ukraine, sebab kita tahu Ukraine dan Rusia adalah pengeluar gandum yang terbesar.

"Jadi sudah tentu pertikaian ini akan memberi kesan kepada kekurangan makanan," katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.

Sebelum ini, Jokowi dilaporkan akan terbang ke Rusia untuk bertemu Presiden Vladimir Putin dengan membawa misi gencatan senjata dengan Ukraine.

Dalam masa sama, katanya langkah sekatan import ke atas Rusia lebih banyak memberi impak negatif kepada negara yang menyokong.

"Sebagai contoh, Indonesia pada satu ketika, mereka cuba berpihak kepada Ukraine, namun apabila Ukraine meminta bantuan ketenteraan, kewangan, maka Indonesia menolak.

"Jadi, walaupun kita lihat walaupun ada negara yang cuba berpihak kepada satu-satu negara, ia sebenarnya akan memburukkan lagi keadaan.

"Sekutu utama Rusia ialah China, dan sekutu utama Ukraine ialah Amerika. Rusia, China dan Amerika adalah negara yang sangat berpengaruh dalam ekonomi dan politik dunia.

"Sebab itu mana-mana negara yang cuba berpihak kepada satu-satu negara terutama dalam beri sokongan atau sekatan, maka ia akan beri kesan lebih buruk," ujarnya lagi.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 27-6-2022 07:24 PM
Msia punya la dekat...PATI tu..bila nk angkat balik?
Quote elzy 28-6-2022 09:32 AM
Semoga dipermudahkan niat suci Pak Joko..
Quote pasa 28-6-2022 09:36 AM
apa bapak jokowi bisa ngomong inggeris kaya bapak mat sabu duluan.

bapak jokowi harus belajar dari mantan bapak mat sabu. kalao mau bicara sama bapak putiin

namun pokoknya harus ditebang duluan.
Quote jalfa 28-6-2022 09:38 AM
Patut bawa nek mah utk misi ni..mesti ukraine dgn russia gentar

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.045855 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top