CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tokti Tawakal Handle Anak-Anak Dalam Flight Seorang Diri Tanpa Suami

27-6-2022 06:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24967| Komen: 280

Description: Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi pengalaman membawa kedua-dua anaknya, Siti Aafiyah dan Mohd Afwa menaiki kapal terbang tanpa ditemani suaminya, Datuk Seri Mohd Khalid Jiw ...
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi pengalaman membawa kedua-dua anaknya, Siti Aafiyah dan Mohd Afwa menaiki kapal terbang tanpa ditemani suaminya, Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa.


Menurut Siti Nurhaliza, beliau terpaksa reda apabila suaminya yang turut dikenali sebagai Datuk K tidak dapat ikut sekali kerana ada urusan kecemasan di saat akhir.


IG Siti

“Semalam (Jumaat) ibu first time bawa Afwa bercuti jauh. Ayah pula ada urgent matters last mint, terpaksa join lambat.

“Walaupun kakak-kakak (pengasuh) ikut tapi dalam flight ibu kena sorang-sorang juga handle Afwa dan Aafiyah sebab duduk tempat yang lain. Ibu tawakal,” kongsinya.


Siti berkongsi perkara itu di Instagram (IG) Story miliknya. Difahamkan Siti sekarang bercuti di Dubai bersama keluarganya.

Menerusi entri berkenaan dia memuat naik foto bersama kedua-dua anaknya itu yang masing-masing berusia empat dan setahun.

Dalam IG Story berikutnya Siti memberitahu anak-anaknya berada dalam keadaan baik meskipun sempat menjerit keriangan kerana terlalu teruja di dalam pesawat berkenaan.

“Alhamdulilah, Aafiyah behave tak kacau ibu. Tapi dia dengan Afwa bergurau excited sampai jerit-jerit dalam flight.

“Bila dah penat main, inilah (tidur) yang paling ibu nantikan. Tapi tetaplah nak peluk anak bujang ni kuat-kuat sebab dia tidur buas,” tulisnya lagi.



Dalam entri itu dia memuat naik video anak-anaknya sedang nyenyak tidur di tempat duduk pesawat.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 27-6-2022 06:40 PM
Tiber rasa kesian pulak kat siti ni.
Tapi.... tapi... tapi.... hmmm
Quote CurangLagi 27-6-2022 06:44 PM
ohh.. tolong komen lah. kesian tokti.. hihi
Quote luvly_snow8608 27-6-2022 06:45 PM
alohh siannya, tapi kalo tok laki ikut pong, die jaga ke anak2 tu?

Quote auntyonion 27-6-2022 06:50 PM
Keshian sangat2 kat iti
Quote rainbowrainz 27-6-2022 06:52 PM
Edited by rainbowrainz at 27-6-2022 10:54 AM

Bwk tok kertu tukang perabih boreh ajooo
Quote hanihan16 27-6-2022 07:00 PM
i pernah satu flight dengan sorang kakak ni handle 4 anak sorang2. paling besar lelaki dlm umur 9-10 tahun. pastu 2 toddlers & sorang baby yg breastfeed. dia duduk depan seat i. jenuh nak handle toddlers yg tak berapa nak duduk diam, nak pakai belt, nak makan, dgn baby merengek. tokti ni untung jgk ada 'kakak-kakak.'
Quote naina 27-6-2022 07:46 PM
Oh kesiannya. Tapi tak sangatlah sebab seat pun bisnes class..ada kakak2 walaupun jauh ckti tapi 1 flight je kan. Selesa semua. Banding acik anak 3 orang yang marah2 anak dalam bas ritu lagi kesian. Dengan duit ntah ada ke tak.
Quote markonahlah 27-6-2022 07:50 PM
Kesiannya tokti..sempat pulak rakam
Quote blekkep 27-6-2022 07:52 PM
hanihan16 replied at 27-6-2022 07:00 PM
i pernah satu flight dengan sorang kakak ni handle 4 anak sorang2. paling besar lelaki dlm umur 9-10 ...

I dont think any guardian bleh bawak more than 2 small kids. Aiols prnah baca t&c Mas dlu2 time aiols nak bawak my 3 kids naik flight without my husband. X tau lar kalau airlines lain allow that.. 1 guardian max 2 kids only.
Quote hanihan16 27-6-2022 08:02 PM
blekkep replied at 27-6-2022 07:52 PM
I dont think any guardian bleh bawak more than 2 small kids. Aiols prnah baca t&c Mas dlu2 time ai ...

i naik mas la ni, baru je kejadian ni bulan 3 lepas. i ingat sebab 1 row tiga kerusi tu dia dgn 2 toddles and 1 baby kat panglu. pasti si abg duduk aisle seat row sebelah. time landed anak lelaki dia still tido. dia kejut2 siap cakap bangun cepat, kita ada flight lain nak kejar pulak ni
Quote QueenIsolde 27-6-2022 08:05 PM
Sian mek iti, klu dia kawen ng laki hampir2 sebaya atau muda sket dari tok kertu mesti skang ni tgh enjoy masa tua bersama. Bwk anak travel situ sini, hantar gi skolah, ngasuh anak sama2. Ni aptb sbb tok kertu dh tak larat. Terpaksa la mek iti bergantung ng maid.
Quote chandrahusin 27-6-2022 08:07 PM
Wah! Akhirnya Siti makan angin ke Dubai
Setelah acik2 forum asik compare Siti dgn jutawan lain yg ada masa bercuti2 sdg kan Siti tak de cuti2
Quote kotakominami 27-6-2022 08:08 PM
naina replied at 27-6-2022 07:46 PM
Oh kesiannya. Tapi tak sangatlah sebab seat pun bisnes class..ada kakak2 walaupun jauh ckti tapi 1 f ...


Haha...die belom tgok org asli bawak anak satu moto 5 org....
Quote _kelly 27-6-2022 08:13 PM
tokti mmg baca porem ke..porumer kata dia tak penah cuti2 obersi dan2 tu jugak di bawak anak2 cuti obersi..asal tak g swiss ke london ke..skrg ni kan trend swiss london
Quote sleepandream 27-6-2022 08:20 PM
maka netizen pun compare kehidupan tokti dgn diri sendiri yg sendu mahupun orang lain yg tak amik port pun

btw tokti mmg suka pegi dubai yach selain buat umrah.. mcm kerap sheols ke sana jah
Quote Nham22 27-6-2022 08:26 PM
Aloh2x... Laki hang mane tokti... Diepon rimas berjalan dgn budak2x kecik.. Kang buat xtau kang.. Org kate die bapak useless... .
Quote Lampuled 27-6-2022 08:27 PM
_kelly replied at 27-6-2022 08:13 PM
tokti mmg baca porem ke..porumer kata dia tak penah cuti2 obersi dan2 tu jugak di bawak anak2 cuti o ...

Dia otw ke London tu..
Quote _kelly 27-6-2022 08:29 PM
Lampuled replied at 27-6-2022 08:27 PM
Dia otw ke London tu..

wahh..gigih tokti semata nak tunjuk kat porumer dia mampu cuti2..lepas ni boleh g swiss itali milan pulak
Quote minahsenget 27-6-2022 08:32 PM
anak didik dr mickey, suka buat terukkkk

Lihat semua komen(280)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.406729 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top