CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Huda Tak Sedih Tinggalkan Melodi

26-6-2022 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9119| Komen: 73

Description: Pelakon dan pengacara Nabila Huda hari ini bersiaran buat kali terakhir sebagai pengacara program hiburan, Melodi yang disiarkan di TV3.
Pelakon dan pengacara Nabila Huda hari ini bersiaran buat kali terakhir sebagai pengacara program hiburan, Melodi yang disiarkan di TV3.

Nabila ketika dihubungi meluahkan rasa gembiranya kerana diberi peluang untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program sensasi itu selama setahun.


IG Nabila

"Kontrak saya memang berakhir bulan ini selepas setahun bergelar pengacara Melodi. Saya memang sangat gembira sebab diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara selama setahun," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, pengalaman sepanjang setahun banyak memberi ilmu baharu kepadanya dalam cabang karier sebagai pengacara.


"Banyak kenangan manis sepanjang saya mengacarakan Melodi. Saya anggap ini sebagai rezeki kerana ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, di saat ramai yang tidak dapat bekerja, saya diberikan rezeki untuk mengacara.

"Di situlah bermula rezeki saya sebagai pengacara dan saya belajar banyak perkara baharu antaranya, bagaimana untuk mengendalikan program TV secara online dari rumah, bagaimana untuk buat tetapan kamera, pencahayaan dan sebagainya.

"Saya nak berterima kasih kepada semua yang membantu saya di belakang tabir termasuklah rakan-rakan dan keluarga. Insya-Allah, saya nak aturkan satu majlis makan malam sebagai tanda terima kasih kepada mereka," katanya.

Selepas ini, Nabila akan meneruskan kerjayanya sebagai pelakon.


IG Nabila

"Saya tak rasa sedih sebab ini adalah lumrah dalam pekerjaan dan kehidupan. Selepas selesai dengan sesuatu, kita akan jumpa orang baharu di tempat baharu.

"Saya akan teruskan kerja-kerja lakonan memandangkan itu adalah keutamaan saya dan pengacaraan adalah kerjaya sambilan saya," katanya.

Sebelum Nabila, program Melodi diacarakan oleh gandingan pengacara dan pelakon, Awal Ashaari dan Janna Nick.

Terbaharu, Nabila kita sedang menjalani penggambaran drama bersiri sains fiksyen berjudul Electric Dust Agency arahan pengarah Faisal Ishak yang akan ditayangkan di platform Viu Malaysia.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 26-6-2022 05:44 PM
Ooo dah lama xtengok  melodi.
Quote Mulotkoyak 26-6-2022 06:24 PM
Ooo dh sethun dia mengacara rupenya. Mmg dh jrg layan melodi ni.
Quote oggy 26-6-2022 06:56 PM
Kami pun tak sedih.
Quote olezzeli17 26-6-2022 08:34 PM
Tapi over sangat la Abil ni jd pengacara. Jarang sangat tengok Melodi. Tp tadi tengok la kejap 15 minit, tak sangka last day dia pulak. Hehehe.
Quote fadz84 26-6-2022 08:38 PM
Sape ganti lps ni? Ke melodi bakalan dikatup? Dh x relevan la.. dh byk medium org blh cari info pasal retis.. ehehe
Quote rosevelvet 26-6-2022 08:40 PM
Mmg x best pun sheol.
Quote Nanadjo 26-6-2022 08:46 PM
Ada lagi ke orang tengok melondeh ni? Jejaman dulu ye la, paling utama nak tau gosip retis. La ni sumber dah banyak merata tempat ada, tak payah tunggu hari ahad tercatuk depan tibi.
Quote stania83 26-6-2022 09:27 PM
jgn kata ain edruce sudah..tapi itu hari janna nick lagi lahhh overrr mungkin fasa maniac dia
Quote princessmiang 26-6-2022 09:29 PM
Baguslah mmg tak best langsung dia buat melodi
Quote per706 26-6-2022 09:32 PM
Gosip tempatan x nak "di TV kan" ke .konpom tutop kedai mehlohdihh!
Quote samshik 26-6-2022 09:36 PM
Melodi ni kenot beat forum, siakap keli or oh bulan skalipun.. Lembap naww...
Quote WeAiNe 26-6-2022 09:39 PM
lama giler tak tengok melodi hahaha
baca forum lagi besh l ah weiii
kupasan padat informasi cepat
contoh terkini azra d wek wek
ambik ko terciduk
Quote kakasotong2 26-6-2022 09:52 PM
Edited by kakasotong2 at 26-6-2022 09:53 PM
fadz84 replied at 26-6-2022 08:38 PM
Sape ganti lps ni? Ke melodi bakalan dikatup? Dh x relevan la.. dh byk medium org blh cari info pasa ...


Tapi kan uols, gosip pasal Nikki Palikat dah bercerai pn rasanya dari melodi. Xde sape lg cover story cerai ni, geng melodi gi terjah tadi. Kat porem dgn blog gosip lain xde pun keluar gosip ni.

Meols baru tahu yach yg Nikki dah cerai dgn Audi.
Quote LembingDayanti 26-6-2022 10:02 PM
hahahahah memang pengacara melodi paling tak best. tak sudah2 she she she pls la....
Quote sukacactus 26-6-2022 10:08 PM
Sapa la nak tgk melodi tu
Gossip nak basi, tunggu seminggu br keluar tv
Kat forum hari2 berita panas fresh from the oven kekdahnya
Quote wirazam 26-6-2022 10:10 PM
Edited by wirazam at 26-6-2022 10:11 PM

Mohon acik ziana take over tak pun lofa...kalau lofa ..pasti berkicau 4 hari 4 mlm hahaha
Quote kechikchomel 26-6-2022 10:12 PM
kakasotong2 replied at 26-6-2022 09:52 PM
Tapi kan uols, gosip pasal Nikki Palikat dah bercerai pn rasanya dari melodi. Xde sape lg cover st ...

Lama dah ke dorg cerai? Rasanya iolss baru je dengar radio, Nikki jadi guest. Ada la announcer tu tanya pasal macam mana dia kenal laki dia tu
Quote holothurian 26-6-2022 10:13 PM
kechikchomel replied at 26-6-2022 10:12 PM
Lama dah ke dorg cerai? Rasanya iolss baru je dengar radio, Nikki jadi guest. Ada la announcer tu  ...

dia ckp td,mse pkp rsenya..
Quote auntyonion 26-6-2022 10:13 PM
Okeh la no drama..tak mcm awaladondang

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.055072 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top