CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan Bangga Tayang 'Bodoh SPM' Di Media Sosial - Iman Troye

24-6-2022 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2072| Komen: 9

Description: Iman Troye yang sebelum ini menawarkan ganjaran RM300 kepada calon yang berjaya meraih peningkatan gred G kepada A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, tidak setuju dengan trend berkongsi keputu ...
Iman Troye yang sebelum ini menawarkan ganjaran RM300 kepada calon yang berjaya meraih peningkatan gred G kepada A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, tidak setuju dengan trend berkongsi keputusan gagal seperti yang tular baru-baru ini.


Penyanyi itu berpendapat, ia tidak sepatutnya dibanggakan seperti dilakukan sesetengah individu dalam media sosial.


IG Iman

Pemilik nama sebenar Siti Nur Alyssa Sahabudin, 20, itu berkata, situasi sebegitu tidak wajar dibanggakan kerana mampu mempengaruhi pelajar lain supaya tidak perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan cemerlang.

“Saya sendiri pernah berperang dengan peperiksaan SPM pada tahun 2019. Cabaran belajar zaman sekarang dengan kepesatan teknologi media sosial bukanlah mudah.

“Begitu juga dengan mereka yang bergelut belajar di era pandemik Covid-19. Namun, tabik kepada mereka yang tidak lemah semangat dan menjadikan ujian atau cabaran sebagai alasan,” katanya.


IG Iman

Dalam pada itu, pelantun lagu Teman itu berkata, pencapaian diraih pelajar yang berjaya menerusi inisiatif dilakukan cukup membanggakan.

“Tiada alasan untuk berjaya. Hanya mereka yang memberi alasan saja sering buntu dalam kehidupan.

“Malah kita belajar untuk mendapat gred atau keputusan yang baik, bukan sebaliknya,” katanya.


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 24-6-2022 01:41 PM
Bagus.. ni i setuju
Quote adelea 24-6-2022 02:00 PM
Kita di suruh cari ilmu yg bermanfaat sampai ke liang lahat ...so jgn la jdikan norms ... Takde spm pon boleh berjaya .... Klu ko nak gagal .. gagal je sorang² ... Jgn pengaruh org lain utk gagal jugak ...
Quote SherryZass 24-6-2022 02:59 PM
Tengok gambar tu, Aku fikirkan dia dah ada degree, tengok umur baru 20. Wow..hebat. Sekalinyahh, edisi berangan dulu rupanya
Betul lah tu, apa-apa pun pendidikan itu penting ye adik-adik sekalian.
Quote chilly 24-6-2022 05:34 PM
Yang ni aku sokong.
Quote Kurex 24-6-2022 05:39 PM
Nak jah iols kapakkan mulut sheols!!!!!!!
Quote makton 24-6-2022 06:02 PM
Kurex replied at 24-6-2022 05:39 PM
Nak jah iols kapakkan mulut sheols!!!!!!!

btw dia penah pakai braces ke?
Quote musangbodoh 24-6-2022 11:37 PM
ot

nm betul- Siti Nur Alyssa Sahabudin
nm gelaran- Iman Troye

soalan...sape tau celah mn dpt troye tu....ke troll...trolly...
Quote slyfynx 24-6-2022 11:49 PM
Tiada alasan untuk berjaya. Hanya mereka yang memberi alasan saja sering buntu dalam kehidupan.


Aku tau TIADA ALASAN UNTUK BERJAYA tu tajuk buku.
But ayat tu macam ade something yang x kena.
Mcm semua org xde alasan pun untuk berjaya.
So jom ramai2 fail.
Quote slyfynx 24-6-2022 11:50 PM
musangbodoh replied at 24-6-2022 11:37 PM
ot

nm betul- Siti Nur Alyssa Sahabudin

Die minat Troye Sivan.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.053276 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top