CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Adibah Noor Tak Kisah Dikritik, Profesional, Mudah Bekerjasama,"-Syafinaz Selamat

24-6-2022 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2282| Komen: 2

Description: Penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, memuji keperibadian penyanyi dan pelakon, Allahyarham Adibah Noor ketika bekerja.
Penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, memuji keperibadian penyanyi dan pelakon, Allahyarham Adibah Noor ketika bekerja.

Menurut Syafinaz, penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu adalah seorang anak seni yang mudah bekerjasama dan profesional.


Foto: IG

“Saya kenal arwah sudah lama, bukan di program Gegar Vaganza (GV) sahaja. Adibah seorang yang boleh serius, boleh terhibur. Dia mengikut keadaan pada masa itu.

“Kali terakhir saya bekerja dengan dia adalah untuk persembahan pembukaan Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34). Dia seorang yang senang bekerjasama.


“Walaupun dia penyanyi lama dalam industri ini, dia tidak pernah complain. Malah, seorang yang profesional. Itulah Adibah Noor,” katanya kepada Utusan Malaysia.



Syafinaz berkata demikian ketika ditemui di Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Industri Seni Budaya 2022 yang berlangsung di Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (Motac), Putrajaya.

Pada majlis tersebut , Syafinaz Selamat turut menjadi penerima penghargaan dan pengiktirafan selain artis ternama lain seperti Misha Omar, Jaclyn Victor, Mubarak Majid, Amran Nasruddin serta Zuhairi Ibrahim.

Mengulas lanjut, juri tetap GV8 itu turut menyifatkan Allahyarham seorang yang terbuka dalam menerima kritikan ketika menjadi salah seorang finalis program realiti tersebut.



“Bila saya bekerja dengannya, saya dapati mudah. Selain itu, ketika di GV8, dia juga seorang yang terbuka menerima kritikan.

“jika dia tidak terbuka, kenapa dia masuk? Bagi saya, setiap artis yang memasuki program berkenaan sudah tahu apa yang akan mereka hadapi.

“Takkan lah puji sahaja, mestilah ada kritikan juga. Kalau bukan daripada juri, daripada netizen,” ujarnya.



Tambahnya, perkara yang boleh dipelajari artis lain adalah sikap terima kritikan dan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.

“Seperti pada minggu ketujuh, Adibah sendiri mengakui tidak melakukan dengan baik. Tetapi dia tetap profesional.


“Jadi, itulah perkara yang kita boleh belajar daripada dia. Kalau kita silap, terimalah dan perbaiki diri. Setiap minggu dia cuba lakukan yang lebih baik,” jelasnya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 24-6-2022 04:25 PM
Makin seksi
Quote sleepandream 24-6-2022 07:55 PM
gigih tayang tiak yach...
tp sheols makin cantikkkk yachhh

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.388562 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top