CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Amber Heard Nak Terbit Buku Balas Dendam Lepas Kalah Saman

22-6-2022 10:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1386| Komen: 5

Description: Pelakon Amber Heard didakwa sedang berbincang untuk menerbitkan buku biografi selepas tewas dalam kes saman menentang bekas suami, Johnny Depp, lapor akhbar New York Post, kelmarin.
Pelakon Amber Heard didakwa sedang berbincang untuk menerbitkan buku biografi selepas tewas dalam kes saman menentang bekas suami, Johnny Depp, lapor akhbar New York Post, kelmarin.


Menurut sumber, buku tersebut akan mendedahkan segala butiran mengenai kehidupan Heard, dakwaan penderaan rumah tangga bersama Depp dan keruntuhan kerjayanya sebagai seorang pelakon akibat kes saman dengan aktor tersebut.


Foto: AFP

Pelakon ‘Aquaman’ itu dilaporkan bersedia untuk berdepan apa sahaja kemungkinan disebabkan penghasilan buku tersebut dan melihatnya sebagai ‘buku balas dendam’.

“Heard menganggap kerjayanya di Hollywood sudah berakhir, jadi tiada sebab untuk dia berasa risau.

“Perbincangan mengenai penulisan dan penerbitan buku telah bermula, dia kelihatan sangat teruja dengan pelan itu,” ujar satu sumber rapat.

Bagaimanapun, pakar penulisan buku, Dror Bikel memberi amaran bahawa Heard perlu sangat berhati-hati dengan apa yang ditulis mengenai Depp dalam buku tersebut sekiranya ia benar-benar akan berlaku.

“Depp dan pasukan peguamnya akan meneliti setiap ayat dan perkataan yang berkaitan bintang Pirates Of The Caribbean itu.

“Jika Amber tidak cakna, mungkin dia akan menerima satu lagi saman daripada bekas suaminya,” tegas Bikel. 

Wakil pengurusan Heard tidak menafikan mengenai khabar angin penghasilan buku tersebut namun menolak untuk memberi sebarang komen.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 23-6-2022 10:01 AM
betina ni memang kulit tebal macam kulit babi eh...takde perasaan malu orang semua tak suka dia, lepas tu narsis nak mampos asyik play victim je...padahal tengok muka dah tau memang betina jenis psiko...
Quote kucingitam 23-6-2022 12:28 PM
nak buat macam buku  Catatan Duka tu eh, Amber?
Quote SedihPedih 23-6-2022 12:46 PM
kata nk move on sis?
Quote lasagna 23-6-2022 02:37 PM
prince_marhaen replied at 23-6-2022 10:01 AM
betina ni memang kulit tebal macam kulit babi eh...takde perasaan malu orang semua tak suka dia, lep ...

jah.. ppuan ni saje jer nk terbit2 buku, dia kan dh xde source income. ko ghase ada ke org nak beli? ohh nooo not me.. tau tau buat buku kena saman fitnah lagi muahahahaaa.
Quote ina_na 26-6-2022 09:14 AM
Walaupun si JD tu x baik mana..tp acik Amber ni dah mcm gila talak pulak bl mcm ni..diam2 move on sudah la..boleh berkawan Gan acik Ritut ni

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.051070 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top