CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tom Holland, Zendaya Bakal Timang Anak?

20-6-2022 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2538| Komen: 5

Description: Tular di Twitter apabila pelakon Zendaya dikhabarkan kini hamil bayi kekasihnya yang juga aktor, Tom Holland.
Tular di Twitter apabila pelakon Zendaya dikhabarkan kini hamil bayi kekasihnya yang juga aktor, Tom Holland.

Berita tersebut bukan sahaja membuatkan peminat mereka terkejut, malah Zendaya dan juga aktor yang terkenal dengan watak Spider-Man itu sendiri ‘garu kepala’ tentang khabar angin tersebut.



Foto: Vogue

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya baru-baru ini, aktres berusia 25 tahun itu menafikan dirinya kini sedang berbadan dua dan terkejut dengan penyebaran berita palsu berkenaan.

Kata Zendaya, dirinya sudah lama menjauhi media sosial termasuk Twitter dan terkejut apabila berita yang mendakwa dirinya sedang hamil menjadi ‘trending’ di seluruh dunia.



Foto: IG Zendaya

“Lihat sekarang. Ini sebabnya saya menjauhkan diri dari Twitter. Saya rimas dengan berita palsu yang sengaja direka,” ujarnya.


Foto: Daily Mail

Enggan mengambil pusing tentang berita ‘hamil’ itu, Zendaya memilih untuk memberi fokus terhadap penggambaran filem terbaharunya berjudul Challengers.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 20-6-2022 02:02 PM
klau ye pun Z pregnant ..anak tom kahh satu lagi bukan twitter  tapi kat tiktok asal benda ni.dan shippers diorg jugak yg beriya-iya mereka cipta benda2 bodoh ni.
Quote Catpaw 20-6-2022 05:31 PM
aku nampak bawang holland [em:11:]
Quote lasagna 23-6-2022 02:35 PM
iols dlu ske tgk zendaya dgn zac efron dlm the greatest showman, sbb macam ada chemical dia org dlm movie tu, alih2 dgn abam spidey pendek ni puleksss. hahaha.
Quote Mary_jane 23-6-2022 02:47 PM
Bukan jer kat tt memfitnah, kat yt tu kemain lagi youtuber dari seberang kata Luna & Aeril dah kawen. Dah tentu2 majlis orang lain si youtuber tu letak. Ada plak yang drop komen percaya bulat2. Haha jauh nya pergi kebodohan orang2 ya.
Quote evlinne 27-6-2022 07:49 AM
Apa yg orang puja sgt zendaya ni ya?
Muka sheols basic je tpi kemain orang puji kecantikan sheols setaraf goddess
Ramai lgi orang kulit tan yg cantik dri sheols ni

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.194401 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top