CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Peminat Teruja Meerqeen Panggil Anna Jobling 'Sayang', Tak Kisah Jika Hanya Taktik Marketing

22-6-2022 04:11 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2338| Komen: 8|Original author: Cinta Erina

Description: Sejak pelakon Anna Jobling dan Merqeen digandingkan bersama dalam drama Melur Untuk Firdaus, mereka berdua telah menjadi satu fenomena terutamanya di kalangan peminat di negara ini dan juga negara jir ...
Sumber: Instagram Anna Jobling


Sejak pelakon Anna Jobling dan Merqeen digandingkan bersama dalam drama Melur Untuk Firdaus, mereka berdua menjadi satu fenomena terutamanya di kalangan peminat di negara ini dan juga negara jiran kita iaitu Indonesia. 

Sumber: Instagram Anna Jobling


Anna dan Merqeen juga kelihatan sangat mesra walaupun berada di luar set penggambaran. Mereka berdua juga dilihat saling berbalas komen dan mengikuti sesi Instagram Live masing-masing. Hubungan mesra di antara pelakon ini membuatkan peminat teruja dan ingin melihat mereka bersama. 

Beberapa hari yang lepas, tular satu rakaman yang diambil dari sesi Instagram Live yang dibuat oleh Anna. Menerusi rakaman itu, kelihatan beberapa orang peminat bertanya mengapa Merqeen tidak membuat live itu bersama Anna. 


Oleh itu, Anna menerangkan bahawa Merqeen sedang sibuk dengan penggambaran dan tidak dapat mengikuti sesi live itu. Namun tiba-tiba sahaja Merqeen muncul dan meninggalkan komen romantik seperti "Sayang" serta "Jaga-jaga saya sedang melihat awak" ketika sesi Live tersebut berlangsung.

Komen-komen sweet yang ditinggalkan oleh Merqeen secara tidak langsung mempamerkan seperti mereka berdua sedang hangat bercinta. 

Walaupun seronok melihat keakraban Anna dan Merqeen, namun peminat akui bahawa ayat-ayat manis yang dituliskan oleh Merqeen itu hanya taktik marketing semata-mata. - CARI

Sumber: Tiktok Atticpeachy

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 22-6-2022 04:20 PM
Takleh tengok si Anna ni mesti teringat dj kesaynagan acik2 gundu si Kudisa Kahar tu
Quote seri_mawr 22-6-2022 05:11 PM
KamikuP: Takleh tengok si Anna ni mesti teringat dj kesaynagan acik2 gundu si Kudisa Kahar tu

betul2...iras2 kudsia + amelia handerson...
Quote bedahmenjuyah 22-6-2022 08:43 PM
Jauh juga specs kudsia n amelia tu walaupun tak dinafikan ada iras
Quote diamondhoney 22-6-2022 08:45 PM
Iols suka theyols..
Quote mendeluk 22-6-2022 08:45 PM
Betulah industri kita akan highlight kan muka lawa2. Juara DR pun tak sedang naik mcm dia ini.
Quote mendeluk 22-6-2022 08:46 PM
Dia ini kembar Amelia Henderson. Tapi amelia more to muka keling. Keling tapi kulit putih.
Quote diamondhoney 22-6-2022 08:55 PM
Ouh lupa nak komen.. Kalo theyols ni iols terima lah nak ber baby sayang pun.. Because they are young and beautiful..
Quote Incanto 22-6-2022 09:04 PM

the next aedy- amelia ?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.043438 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top