CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kesian Ada Mak Macam Vida,"-Dikecam Isu Punggung, Cib B Tetap Bangga Dengan Mama

22-6-2022 04:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1678| Komen: 10

Description: Baru-baru ini, nama usahawan popular, Datuk Seri Vida sekali lagi menjadi bualan hangat berikutan isu menampar punggung yang turut melibatkan beberapa rakan usahawan lain.
Baru-baru ini, nama usahawan popular, Datuk Seri Vida sekali lagi menjadi bualan hangat berikutan isu menampar punggung yang turut melibatkan beberapa rakan usahawan lain.


Susulan daripada itu, Vida telah menerima kritikan hebat daripada netizen yang merasakan tindakkannya itu seperti agak keterlaluan dan tidak senonoh.


Foto: IG

Malah, ada juga segelintir pihak yang berasa kasihan dengan anak-anaknya kerana memiliki ibu seperti Vida.

Kenyataan tersebut mendapat respon balas daripada anak perempuan Vida yang juga merupakan penyanyi dan pelakon, Cik B.


Menurut Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, dia sedikit pun tidak berasa malu sebaliknya, dia bertuah kerana dikurniakan ibu yang sangat hebat dan berkerja keras.



Kesian? Lol saya rasa lebih dari Bertuah dapat ibu seperti mama, seorang wanita yang hebat,kuat dan bijak, awak lah patut beringat yang gambar atau video tidak menggambarkan sifat dan cara dia sebagai seorang manusia OHHHH OR CUZ YOU JEALOUS SAYA ADA IBU SEPERTI MAMA??

“Kesian? Lol saya rasa lebih dari Bertuah dapat ibu seperti mama seorang wanita yang hebat, kuat dan bijak.

“Awak lah patut beringat yang gambar atau video tidak menggambarkan sifat dan cara dia sebagai seorang manusia.

“Oh atau awak sebenarnya cemburu saya ada ibu seperti mama?,” tulisnya.


Respon tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Tolonglah itu menerusi sebuah ciapan di laman Instagram pada Selasa.

Katanya lagi, sifat sebenar seseorang itu tidak boleh diukur hanya melalui perbuatan dan tindak tanduk mereka di media sosial.

Terdahulu, Vida telah pun menjelaskan insiden menampar punggung itu hanyalah sebagai gurauan semata-mata.



Insiden ini turut membabitkan tiga selebriti dan usahawan lain iaitu Ifa Raziah, Kak KM dan Rozita Ibrahim.

Memetik laporan Harian Metro, video yang tular di platform media sosial itu kini telah mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


SKMM dalam satu kenyataan membuat siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote addamnor 22-6-2022 04:16 PM
Dah feminine sikit penampakan kamu di photoshoot. Kalau tak mmg mcm jantan jah gayanya. Bagus lah dek, kenali jantina anda and cherish who you are genetically.
Quote tokchik 22-6-2022 04:24 PM
Aku sampai la ni tertanya2
Ngpa Bida panggil anak nya cik b

Yg seorang lgi dipnggill ya kacak

Adakah B tu bermaksud buruk?
Quote KamikuP 22-6-2022 04:27 PM
tokchik: Aku sampai la ni tertanya2Ngpa Bida panggil anak nya cik bYg seorang lgi dipnggill ya kacakAdakah B tu bermaksud buruk?


Boyak dan busuk barangkali

Quote prince_marhaen 22-6-2022 05:12 PM
langsung tak jealous la kimak...setakat kaya pun kelentong, hutang berjela, berhias macamana pun tetap kepham begitu jugakkkk kau anak beranak...
Quote nakkomenjugak 22-6-2022 06:49 PM
nampak sangat ko amek quote acik cher
you're rich because yo mama is rich yachhh
Quote Cpkay 23-6-2022 09:20 AM
ya.. anak anak tok bidah je yang kenal mama dia macam mana.. diorang pun tau semua aksi aksi tok bidah tu untuk naikkan rating je .
Quote slyfynx 23-6-2022 09:53 AM
Nak jeles buat ape?
Ade yang cakap mak die yang sebenar lain. Buat camni sbb nk publisiti je.
Same goes untuk yang buat OF atau ape2 yang seberangkatan dgn tu.
Buat sbb nk duit cari rezeki.
Will you be proud of that too?
Quote wirazam 26-6-2022 08:31 AM
Cik bbbbb...pls diet..feature muka mcm ok kalau kurus bykk
Quote rainbowrainz 26-6-2022 09:47 AM
Malas nak carut moga Mak kau dik Dan kak km bodoh lembu tu temui pengakhiran yg baik shj . aamiin
Quote LadyCarefree 26-6-2022 12:04 PM
Pelik org mcm hasmizah dan cikbi bolrh ada ramai penyokong. Tapi otoh meleis kan gitulah. Kalau tak masakan ponder2 timbang kilo jadi jutawan

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.050882 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top