CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Cacar Monyet Pertama Di Singapura, Hati-Hati Malaysia

22-6-2022 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 916| Komen: 1

Description: SINGAPURA – Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan kes pertama wabak cacar monyet atau monkeypox selepas seorang warga Britain yang melawat negara itu disahkan positif penyakit tersebut, lapor l ...
SINGAPURA – Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan kes pertama wabak cacar monyet atau monkeypox selepas seorang warga Britain yang melawat negara itu disahkan positif penyakit tersebut, lapor laman Coconut News. 


Pesakit merupakan seorang pramugara sebuah syarikat penerbangan dan singgah di Singapura minggu lepas selepas pesawatnya membuat perhentian di republik tersebut.

Dia disahkan positif cacar monyet apabila mengalami simptom sakit kepala dan ruam kulit pada Isnin lalu.


Foto: Kosmo

Pesakit dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit.


Pengesanan kontak rapat dalam penerbangan yang dinaiki pesakit dan semasa berada di Singapura sedang dijalankan.

Penerbangan yang melibatkan lelaki itu keluar masuk dari Singapura dua kali antara 15 Jun dan 19 Jun.

Setakat semalam, 13 kenalan rapat diletakkan di dalam kuarantin selama 21 hari manakala dua kenalan berisiko rendah dipantau melalui telefon.

Dia menghabiskan sebahagian besar masanya di bilik hotel, pusat urut dan makan di tiga kedai makanan pada Khamis. 

Tiada kontak yang dinamakan tetapi semuanya sedang dikesan bagi proses saringan.

Kementerian kesihatan memaklumkan risiko penularan adalah rendah kerana penyakit itu menular melalui hubungan fizikal yang rapat atau berpanjangan.

Gejala cacar monyet termasuk demam, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang, nodus limfa bengkak, menggigil, lesu dan ruam kulit.

Penularan berlaku melalui pendedahan kepada titisan pernafasan atau sentuhan fizikal secara langsung dengan darah, cecair badan atau bahan lesi daripada yang dijangkiti.

Seorang itu akan kekal dijangkiti sehingga parut pada kulit berkudis. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 22-6-2022 04:22 PM
haa jaga2, dulu 1st covid case pun dtg dr sinun..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.044071 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top