CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ali Puteh Jadi Juri, Pesan Pelawak Baharu Jangan Riyak

7-6-2022 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4068| Komen: 33

Description: Pernah melalui waktu sukar ketika menghadiri uji bakat menyertai program Raja Lawak sebelum ini, Ali Puteh berkongsi nasihat buat mana-mana yang mahu mencuba nasib dalam bidang ini supaya tidak mensia ...
Pernah melalui waktu sukar ketika menghadiri uji bakat menyertai program Raja Lawak sebelum ini, Ali Puteh berkongsi nasihat buat mana-mana yang mahu mencuba nasib dalam bidang ini supaya tidak mensia-siakan peluang yang ada.


Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, memberitahu masalah kewangan antara kesukaran yang dia lalui untuk pergi ke lokasi uji bakat program tersebut sekitar tahun 2009 dahulu.

Foto: IG

“Dua tahun saya mencuba nasib pergi uji bakat sebelum betul-betul diterima untuk muncul di televisyen. Ketika itu saya tidak dapat pergi ke semua tempat uji bakat kerana tiada modal yang cukup.

“Program sebegini sudah lama tidak ada. Jadi kepada sesiapa yang mahu cuba menjadi pelawak janganlah sia-siakan peluang yang ada.

“Saya amat mengalu-alukan kehadiran pelawak baharu dan nasihat saya supaya jadilah diri sendiri. Janganlah cuba meniru Zizan Razak, Nabil atau Johan.


“Apabila diterima nanti jangan pula terlalu riyak dan saling menghormati orang-orang dalam bidang ini,” katanya kepada mStar.

Ali bakal menjadi juri dalam salah satu lokasi pencarian bakat baharu program Awesome Raja Lawak untuk siaran Awesome TV.

Uji bakat untuk program ini akan diadakan di empat lokasi berbeza iaitu Pulau Pinang, Pahang, Johor dan Kuala Lumpur bermula Ahad, 4 Jun.



Selain Ali, antara pelawak lain yang bakal turun ke empat lokasi tersebut adalah Mamak Puteh, Ajak Shiro, Atu dan Fad Bocey.

Dalam pada itu, Ali juga diberi kepercayaan oleh stesen Awesome TV untuk menjadi watak utama dalam sebuah sitkom baharu berjudul Lot 69.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif stesen tersebut, Datuk Adam Ilyas, keputusan untuk mengekalkan nama program seperti yang pernah diterbitkan oleh Astro sebelum ini adalah kerana jenama tersebut sudah cukup sinonim.




"Kita kekalkan nama Raja Lawak itu sebab ia adalah satu jenama yang sudah kuat. Kalau kita pakai nama lain ia akan ambil masa lama untuk naikkan jenama itu.

"Lagipun nama itu memang sangat sinonim dengan program pencarian pelawak baharu,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 7-6-2022 10:44 AM
Ramai lagi pelawak yg bole wartawan cari highlight kan tapi knp Ali puteh? Dia bayar gaji wartawan cari tiap2 bulan supaya up kan cerita dia kah?
Quote prince_marhaen 7-6-2022 11:00 AM
"...Apabila diterima nanti jangan pula terlalu riyak dan saling menghormati orang-orang dalam bidang ini.."

1 word ; butooooooooooooooooooooooo!
Quote chikumanis 7-6-2022 11:14 AM
cakap pasal diri sendiri ke tu?
Quote Acikgomen 7-6-2022 11:18 AM
Seeembangggggg
Quote sleepandream 7-6-2022 11:49 AM
dpt jua job dekat awesometv...
adakah bakalan ikut jejak AC Gelang yg dolu dikeji2 kemudian mendonia?
Quote Normabaru 7-6-2022 11:50 AM
Dulu pakai nama anak yang meninggal utk jadi juara..konon show mlm tu utk ingat arwah ank..now pakai nama arwah abam arwah mak utk dpt job..sudah2laaa...ko tu dh la xbbakat.hati plak itam mcm muka ko tu..eeee so meluat lah!
Quote opie5662 7-6-2022 12:39 PM
Boikot saja... Takyah tgk.. Rating turun nnt tukar la.... Tv kejar rating je
Quote sofi_sofia 7-6-2022 01:44 PM
confirm aku takkan tgk ... boikotttt ramai2
Quote deebiz14 7-6-2022 01:49 PM
Kata takde job?!.... Sakaiii...
Quote OyaTonggek 7-6-2022 01:52 PM
karrripuleyyyy
Quote lasagna 7-6-2022 02:13 PM

ya acik.. ni baru betul sembang kari.. tak gitu?
Quote matseh 7-6-2022 02:31 PM
Aku dah stop tgk. Sbb aku x tahan bila agak2 lawak sj. Stage manager suruh audience sorak. Sambik tepuk tangan.
Patutnya kalau lawak, tak yah suruh2 pun. Penonton akan gelak dan tepuk tangan.
Lagi satu, sikit2 menyanyi. Muzikal..Agaknya kalau x menyanyi. Iklan mau dekat 1 jam.
Quote Pak.dolla 7-6-2022 02:54 PM
KamikuP replied at 7-6-2022 02:44 AM
Ramai lagi pelawak yg bole wartawan cari highlight kan tapi knp Ali puteh? Dia bayar gaji wartawan c ...

.
Apa yg aku perasan kan...stesyen tv, duta produk dan yg sewaktu dgnnya...mana² makhluk yg suka buat kontroversi, kaki gaduh ka, mulut loji kumbahan najis ka, seksi ka, video burung terbang, gambar burung...semua makhluk tersebut akan diangkat, dijemput di mana²...pelik aku...nanti retis² ni la yg akan jd idola huhu...
Entah la tak tahu aku nk ckp lagu mana...hahaha
Quote awex^returns 7-6-2022 03:05 PM
ko tak layak pon nak jadi juri litam
sebab lawak ko bukan best pon, semua bodoh je banyak
pastu nak cakap orang jangan riyak konon
yang riyak tu ko
yang perasan tu pon ko
gi mampus sana
Quote kakJOYah 7-6-2022 03:08 PM
kata takda job
boikot je la rancangan tu, tak payah tengok
Quote zeetot 7-6-2022 03:22 PM
Stesen tv pun bangang. Nama program seakan2
Quote bulalof 7-6-2022 03:25 PM
dah dpt job kerrr??????
Quote bulalof 7-6-2022 03:26 PM
dah dpt job kerrr??????
Quote Pak.dolla 7-6-2022 03:26 PM
kakJOYah replied at 7-6-2022 07:08 AM
kata takda job
boikot je la rancangan tu, tak payah tengok

.
Setuju...netz malaysia ni kena jd mcm netz indon sana..betul²  boikot...kasi ajar cikit hahahahuhu...

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.499997 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top