CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Usop Beli Kereta Mewah Mercedes, Rancang Beli Rumah Pula Lepas Ini

7-6-2022 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6349| Komen: 72

Description: Setelah lama menyimpan impian, akhirnya penyanyi Usop berjaya memiliki kereta mewah idamannya iaitu Mercedes-Benz AMG.
Setelah lama menyimpan impian, akhirnya penyanyi Usop berjaya memiliki kereta mewah idamannya iaitu Mercedes-Benz AMG.

Bersyukur dengan kurniaan rezeki itu, Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, berkata dia sendiri tidak menyangka mampu memiliki kenderaan itu di usia yang masih muda.


Foto: IG

"Saya sudah lama pasang impian mahu memiliki kereta seperti itu. Selama ini saya hanya tengok atas jalan raya orang lain memandu kereta tersebut.

"Kebetulan ada orang mahu membeli kereta lama saya dan dapatlah duit itu digunakan sebagai wang pendahuluan untuk beli kereta baharu ini.


"Syukur akhirnya impian tercapai! Selepas ini saya mahu membeli rumah sendiri pula. Saya anggap ini semua rezeki selepas berkahwin," katanya kepada mStar.



Sebelum itu, menerusi Instagram Usop meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dia berjaya memiliki kereta idamannya itu.

Kata penyanyi lagu Lenyap ini, kereta dianggarkan berharga lebih RM100,000 itu dibeli sejak April lalu.

Menyedari komitmen memiliki kenderaan mewah sebegitu adalah tinggi, Usop berkata dia sudah bersedia dengan wang simpanan supaya tidak membebankan dirinya pada masa akan datang.




"Sekarang ini apa sahaja yang saya nak buat tak boleh hanya fikir diri sendiri sebab sudah berkahwin. Saya harus utamakan isteri dan keluarga. Apa lagi saya bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

"Saya tahu komitmen hidup semakin tinggi, jadi saya sudah siapkan simpanan wang pelaburan untuk digunakan di masa akan datang.

"Saya juga tidak boleh terlalu demand dalam menerima tawaran kerja. Apa sahaja tawaran yang datang saya terima," ujarnya.




Untuk rekod Usop mendirikan rumah tangga dengan Nur Fatihah Md Hashim pada 4 Februari lalu dan mereka mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama pada penghujung Mac lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 7-6-2022 10:07 AM
Bg aku laaa.. beli rumah dulu.. itu priority.. kete merce bg aku priority yg ke 20 ke 30.. mmg aku pun mau merce tp kete kecik pun boleh jln jgk..

Agaknya kalo aku jd lekaki tadak seko pompuan mau kot.. sbb kete kecik ingat aku tak berduit laa kot
Quote kelip2_07 7-6-2022 10:18 AM
pada aku beli umah lg penting wlpn kecik
Quote MatDeghem 7-6-2022 10:22 AM
orang bodoh beli kete dulu baru beli rumah.
Quote ezacbee 7-6-2022 10:34 AM
...walaupun tak semahal mana aku tetap bersyukur...


Ko biar betul dik, merc tak semahal mana???
Quote Buritan 7-6-2022 10:43 AM
kelip2_07 replied at 7-6-2022 10:18 AM
pada aku beli umah lg penting wlpn kecik

Kannn.. tk sggup aku menyewa jahh.. kecik pun rumah akuu.. beso pun rumah org buat ape
Quote missHaidiD 7-6-2022 10:44 AM
Definisi kaya bg org melayu pakai keta mahal
Quote Whitney72 7-6-2022 10:45 AM
Kan..baiklar beli umah dulu..kereta tu..belilah kereta yg murah sikit..bila dh stabil ..beli lar pulak Mers..tp lantak ko lar kan..duit enko..jgn pulak bila apa2...meratab nk mnta bntuan itu ini
Quote doubleA 7-6-2022 10:50 AM
Inilah pentingnya financial edukesyen. Mampu beli tak bermakna mampu sara
Quote samshik 7-6-2022 10:51 AM
Starter pack bagi mereka yang acah2 kaya
Quote makadek 7-6-2022 10:59 AM
Umur 20an beli sebijik teres
30an beli flat
40an bina rumah 2ksqft
Skg plan nk beli tanah
Keter nk show tgh jalan bila p umah mcm sarang burung..kecian
Quote cikus 7-6-2022 11:02 AM
Panas hingga ke petang...rupa2nya
Quote kotakominami 7-6-2022 11:05 AM
Rumah lagi penting ....beli kete murah je dulu janji boleh sampai A to B...mentenen kurang....tp ade org mak pak dia dah siap2 wasiatkan rumah ke tanah kat anak dia..mungkin tgu yg itu kot....
Quote totokreturn. 7-6-2022 11:10 AM
apasal dia tak beli x50 flagship je
Quote missHaidiD 7-6-2022 11:11 AM
makadek replied at 7-6-2022 10:59 AM
Umur 20an beli sebijik teres
30an beli flat
40an bina rumah 2ksqft

Aku ingt ada sorg akk kt pesbuk ckp  dia meniaga nmpak laku la. Smpai tukar keta bagai semua.belanja mewah2. Bila ada yg tnya knp tak beli umah sb dia menyewa bertukar2 umah.
Dia jwb at least dia mampu byr sewa umah tiap2 bln


Aku gelakkn je jawapan dia tu

Da arwah da akk tu
Quote mizruncing 7-6-2022 11:13 AM
sory tak kagum pn dgn org mcm ni. kau takde umh tp kau beli kete mahal buat ape. ingat kau femes ke sampai tua?? sorg lg retis yg tak beringat
Quote prince_marhaen 7-6-2022 11:16 AM
tayang apa saja selagi boleh... otw memperbaiki keturunan kekdahnya....jangan nanti dah dapat anak lawa-lawa tapi duduk PPRT pulak ye sebab dah takde job...sebab suara jerit gitu lama-lama sendu jugak dik...sebab bakat tidak bersandar wajah kan..
Quote elzy 7-6-2022 11:39 AM
Alhamdulillah.. Jangan lupa rancang kewangan untuk hari tua..
Quote TerataiMelur02 7-6-2022 11:47 AM
Over nau bininya punya baju
Quote syamzana 7-6-2022 12:04 PM
dah pitih kau suka hati la usop.
yg bini pakai baju biru juntaian bulu2 meleret tu nak tutup tetek ke apa?

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.060779 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top