CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sarimah Ibrahim Pesan, Jangan Jadi Hos Suka 'Menganjing' Rakan Pengacara

27-5-2022 10:16 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6633| Komen: 58|Original author: Tatod

Description: Selebriti berdarah Melayu-Irish, Che Puan Sarimah Ibrahim yang aktif dalam bidang pengacaraan menitipkan pesanan buat mereka yang ingin menceburi kerjaya sebagai hos agar tidak mengamalkan sikap 'syok ...

Selebriti berdarah Melayu-Irish, Che Puan Sarimah Ibrahim yang aktif dalam bidang pengacaraan menitipkan pesanan buat mereka yang ingin menceburi kerjaya sebagai hos agar tidak mengamalkan sikap 'syok sendiri' ketika berada di atas pentas.

Memetik laporan Gempak, wanita berusia 44 tahun itu mendedahkan dia pernah berdepan insiden dimaki berkali-kali oleh rakan sekerja ketika mengacarakan sebuah majlis berprestij tanah air suatu ketika dahulu.

Kejadian itu menyebabkan Sarimah sentiasa berhati-hati untuk menerima apa jua tugas pengacaraan yang ditawarkan kepadanya.



"Apabila rakan gandingan kita adalah jenis orang yang syok sendiri atau rasa diri dia lebih hebat, dia akan cuba jatuhkan kita demi kepentingan sendiri.

"Dia maki saya tetapi saya hanya diamkan diri dan tak membalasnya ketika itu. Daripada pengalaman lalu, apa yang boleh saya pelajari adalah agar sentiasa berhati-hati sebelum menerima tugas," katanya.

Walaupun menyifatkan kejadian itu sebagai salah satu perkara sejarah paling buruk sepanjang kerjayanya sebagai pengacara, Sarimah bagaimanapun enggan mendedahkan indentiti rakan pengacara yang dimaksudkan.


Kata figura itu, apabila seorang pengacara itu mempunyai sikap mementingkan diri, secara tidak langsung ia akan merugikan banyak pihak.


"Sikap suka 'menganjing' bukan hanya merugikan produksi tetapi diri sendiri juga akan nampak murah malah akan menyebabkan penonton tidak menghargai kehadiran kita sebagai hos.

"Ia adalah sesuatu yang tak bagus. Semua benda akan ikut 'tenggelam' bersama," katanya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 27-5-2022 10:59 AM
lain muka dia sekarang..

Quote Pak.dolla 27-5-2022 11:04 AM
Setuju dgn cp sarimah..mcm si lembaga berbungkus tu bukan saja suka menganjing org, pandang tetamu pun mcm jijik..dah tu x habis² puji diri sendiri...then ketawa mcm pontianak..
Quote maxim 27-5-2022 11:06 AM
Memetik laporan Gempak, wanita berusia 44 tahun itu mendedahkan dia pernah berdepan insiden dimaki berkali-kali oleh rakan sekerja ketika mengacarakan sebuah majlis berprestij tanah air suatu ketika dahulu.


siapakah rakan sekerja tersebut?
Quote dekmieDandy 27-5-2022 11:08 AM
Pak.dolla replied at 27-5-2022 03:04 AM
Setuju dgn cp sarimah..mcm si lembaga berbungkus tu bukan saja suka menganjing org, pandang tetamu p ...

pastu tetiba mencelah guest sebab nak relate-kan dengan cerita guest dengan hidup dia

padahal guest tu tak habes cerita lagi
Quote Harley_Quinn 27-5-2022 11:09 AM
Dagu dia nmpk lain pulak.
Quote maxim 27-5-2022 11:09 AM
Pak.dolla replied at 27-5-2022 11:04 AM
Setuju dgn cp sarimah..mcm si lembaga berbungkus tu bukan saja suka menganjing org, pandang tetamu p ...

sape tu lembaga berbungkus
Quote Pak.dolla 27-5-2022 11:16 AM
dekmieDandy replied at 27-5-2022 03:08 AM
pastu tetiba mencelah guest sebab nak relate-kan dengan cerita guest dengan hidup dia

padahal gue ...

Setuju..asyik mencelah psl nk relate dgn cerita dia dan suka memotong ckp guest..pastu tak buat homework..pastu kalau dgn tetamu yg tak fasih english, beria² dia nak speaking...kalau dgn tetamu yg fasih english terus je dia ckp bhs melayu...haha
Quote Pak.dolla 27-5-2022 11:18 AM
maxim replied at 27-5-2022 03:09 AM
sape tu lembaga berbungkus

Dia tu wanita terpaling negara kita...
Quote She-Ra 27-5-2022 11:19 AM
Pak.dolla replied at 27-5-2022 11:16 AM
Setuju..asyik mencelah psl nk relate dgn cerita dia dan suka memotong ckp guest..pastu tak buat ho ...

mcm ciri2 lembaga terpaling je tuuuuuu

suka dgn dia ni.. ckp mcm bertih jagung jugaaa, sama mcm si cheryl samad.. petah berbahasa melayu
Quote Cokoro 27-5-2022 11:27 AM
Kiniii kau tiadaa.. tak perlu lg ku menantikan dirimuu
Quote Pak.dolla 27-5-2022 11:28 AM
She-Ra replied at 27-5-2022 03:19 AM
mcm ciri2 lembaga terpaling je tuuuuuu

suka dgn dia ni.. ckp mcm bertih jagung jugaaa, sama mc ...

Hahahaha...pakdol bg 5 bintang....

Ya setuju cp sarimah berckp mcm bertih jagung...best je dengar...x perlu kasut tongkol..
Quote edoraixora 27-5-2022 11:33 AM
rakan gandingan dia dlm majlis berprestij tanahair;

AJL 18 - Aznil Nawawi
AJL 19 - Najib Ali & Cheryl Samad
AF 8 - Jimmy Shanley

Quote She-Ra 27-5-2022 11:35 AM
Pak.dolla replied at 27-5-2022 11:28 AM
Hahahaha...pakdol bg 5 bintang....

Ya setuju cp sarimah berckp mcm bertih jagung...best je dengar ...

jelas dan terang pulak tu lontaran suara.. love aih!
lembaga? acah2 terpaling je mampu

lembaga lg.. apa salah dia pada kita ek?
Quote Mary_jane 27-5-2022 11:40 AM
Hamboi pengacara gandingan kemain mulut puaka. Masihkah kau ingat? Whoareyus?
Quote ezacbee 27-5-2022 11:44 AM
Dia maki saya tetapi saya hanya diamkan diri dan tak membalasnya ketika itu


Siapakah dia?
Quote sharlenetexas 27-5-2022 11:47 AM
Harley_Quinn replied at 27-5-2022 11:09 AM
Dagu dia nmpk lain pulak.

Nmpk muka makin lonjong.

Quote sharlenetexas 27-5-2022 11:48 AM
ezacbee replied at 27-5-2022 11:44 AM
Siapakah dia?

Ini baru gosip teka teki

Quote miracle_forever 27-5-2022 11:48 AM
edoraixora replied at 27-5-2022 11:33 AM
rakan gandingan dia dlm majlis berprestij tanahair;

AJL 18 - Aznil Nawawi

i rasa sarimah referred to si najib ali. dia yg hangsuang sket
Quote sharlenetexas 27-5-2022 11:49 AM
She-Ra replied at 27-5-2022 11:19 AM
mcm ciri2 lembaga terpaling je tuuuuuu

suka dgn dia ni.. ckp mcm bertih jagung jugaaa, sama mc ...

Cheryl pun nmpk muka lain skit sekarang.
Takde muka sweet mcm dulu.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.073058 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top