CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Memang Baik Hati" Kereta Rosak Di Tepi Jalan, Johan Raja Lawak Berhenti Hulur Bantuan Dan Duit Raya

19-5-2022 01:27 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5680| Komen: 41

Description: Pelawak dan Penyampai Radio ERA fm, Johan Raja Lawak menjadi bualan netizen apabila tular kisah mengenai dirinya yang menghulurkan bantuan kepada sebuah keluarga yang mengalami masalah akibat kenderaa ...



Pelawak dan Penyampai Radio ERA fm, Johan Raja Lawak menjadi bualan netizen apabila tular kisah mengenai dirinya yang menghulurkan bantuan kepada sebuah keluarga yang mengalami masalah akibat kenderaan rosak di tepi jalan.  
 
Kisah tersebut dikongsikan oleh pengguna Facebook, Nor Akmar Qaseh yang menceritakan kereta miliknya tiba-tiba rosak ketika dalam perjalanan pulang dari Chowkit dan tidak menyangka bahawa lelaki yang berhenti menawarkan bantuan itu adalah pelawak terkenal tanah air.   

"Balik dari Chowkit kereta breakdown tepi jalan. Tiba-tiba berhenti sebuah kereta putih dekat kami. Dia bertanya kepada en suami kenapa?"

"En suami tercengang sekejap. Tak sangka yang bertanya tu Johan Rajalawak. Dia tanya lagi nak saya bantu apa-apa ke. En Suami yg masih terkejut menjawab tak ada apa-apa.


Bukan sahaja menawarkan bantuan, malah Johan sempat menghulurkan duit raya kepada anak-anak mereka.

"Lalu Johan bertanya lagi ada berapa orang anak dalam kereta lalu meluru kedalam kereta dan menghulurkan duit raya kepada Iman. Aku yg dalam kereta tambah2 terkejut la lihat dia tiba2 depan mata."



"Betul orang kata..dia memang baik hati. Tu sebab rezeki dia murah" kata Nor Akmar.

Loading FB Post...

Meninjau di ruangan komen, netizen memuji sifat budi pekerti pelawak terkenal ini malah ramai yang berkongsi pengalaman bertembung dengan selebriti ini dan mengakui Johan dan isteri memang seorang yang tak sombong serta pemurah.  




Mulia sungguh hati Johan sekeluarga, walaupun terkenal tapi tetap sempoi dan tak sombong.  Buktinya, ramai yang menceritakan tentang kebaikannya. Semoga Johan sekeluarga dimurahkan rezeki dan sentiasa bertahta dihati peminat. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 19-5-2022 06:08 AM
Dia, mmg baik.. Tapi aku x berkenan bininya ituuu.. Nmpk rempit sgt
Quote Mawarkemboja 19-5-2022 07:11 AM
Alhamdulillah ,semoga Johan Dan keluarga dikurniakan Umur yang panjang,rezeki yang melimpah Dan keluarga yang bahagia
Quote Belibis 19-5-2022 07:17 AM
Perawankota: Dia, mmg baik.. Tapi aku x ber ...

Tapi watak sumaiyah dalam 'misteri jenazah ' macam ok jer.lembut jee gayanya.
Quote wnwa05 19-5-2022 08:03 AM
Perawankota: Dia, mmg baik.. Tapi aku x berkenan bininya ituuu.. Nmpk rempit sgt


rempit pun manusia dan cuma hobi minat motor...kenapa low class sangat ke rempit.kaki clubbing naik kete mewah2 tunggang arak orang tak pandang sinis pulak??

Quote deebiz14 19-5-2022 09:21 AM
Johan ni memang bangsa tak menunjuk sangat. Lebih pade the opposite of what people see as celebs.
Beza dari segi pakaian, ruper, ramai anak, rumah, percakapan etc. Slalu celebs mainstream nak tunjuk wangi jer.

Gaknyer itulah yg dia nak paparkan - manjang selekeh marhaen. Senang kot tak pening nak keep up appearances. Up to netz la kan kalau suka follow, kalau tak suka, bilis.

Tapi personally, mmg binik die tu meols ade sikit tak berkenan... part berhumblebrag tu mohon kurengkan lah.
Quote AshkieLa 19-5-2022 10:08 AM
okla, bukan heols yg war2 kat socmed pi tolong orang... org yg up hal dia.
Johan ni memang ok je dan humble..
cuma dia ni selalu tercalar nama baik sbb bini suka humbleBRAG...
Quote azie5zoe 19-5-2022 10:16 AM
Belibis replied at 19-5-2022 07:17 AM
Tapi watak sumaiyah dalam 'misteri jenazah ' macam ok jer.lembut jee gayanya.

Iols ingat iols je yang berperasan begitu, sebab minat watak tu iols tiru gaya mekap dia. Konon2 macam tak mekap..tapi pipi dengan hidung merah2 manja.

Quote hotmak 19-5-2022 10:27 AM
bestnya, boleh bagi2 je duit tak rasa tak cukup atau takut duit habis, sebab tu murah rezeki kot sebab kuat memberi
Quote uda 19-5-2022 10:39 AM
Alhamdulillah. Semoga Allah murahkan lagi reseki dia sekeluarga.

Tak macam sorang artis ni. Tarik muka bila ajak bergambar. Sblm pkp dulu, I ada attend satu expo and terjumpalah pasangan artis ni. My friends teruja sangat dan ajak dia bergambar sama. Bini dia boleh taknak dan mejeling. pastu bila ajak ambil 1 take lagi, boleh pulak arits ni buat muka dan pergi drp booth tu. Sombong betul!
Quote cap_ayam 19-5-2022 10:42 AM
Semoga bertambah murah rezeki johan.. banyak bersedekah dia ni..
Quote epullipan 19-5-2022 10:45 AM
uda replied at 19-5-2022 10:39 AM
Alhamdulillah. Semoga Allah murahkan lagi reseki dia sekeluarga.

Tak macam sorang artis ni. Tarik m ...

sapa artis tu..nak tau gak
Quote Mary_jane 19-5-2022 11:40 AM
Suka couple ni meski ozzlyn tu turn off sikit. Tapi okay je bila dia share lauk masak2. Caption haruslah sepanjang karangan kelas BM.
Quote edoraixora 19-5-2022 11:44 AM
si johan ni, part yg kurenggg sikit bab bini dia je lah
asyiklah post kapsyen mintak puji
bab jaga anak memang salute
Quote xtinkerbellx 19-5-2022 11:48 AM
Alhamdulillah..bagusla diri sendiri tak show off kebaikan tu
Quote mizruncing 19-5-2022 03:05 PM
woww byk tu duit raya dia bg. murah rezeki nyaaa
Quote Myhappyending 19-5-2022 03:11 PM
Johan ni baik wlpn dia kerja keras nak bg anak bini senang tp dia jgk yg tlg ringankan beban bini jg anak2 smua. Sbb tu kot rezki nya sentiasa melimpah. I pun nak lah bermadu ng ozlynn
Quote aduh2sayang 19-5-2022 04:20 PM
wow 50 hengget tu... so kalau 90 orang bagi rm50 jadi rm14ribu la kan

salute johan...tengok gaya dia pun tak nampak kekwat..bersahaja je
Quote mesmerize 19-5-2022 04:23 PM
wow duit raya kat budak2 yang tak dikenali pun bagi RM50.. pemurah bebenor ni .. tak mampoo aku nak jadi sepemurah beliau
Quote mamajawie 23-5-2022 11:52 AM
dia ni memang dari dulu jenis suka tolong orang..cuma tu je la minik dia jenis humblebrag..part lain tu aku xkisah sangat pun bab family dorang..semoga diperbanyakkan rezeki buat johan 1 family..

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.148625 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top