CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amira Othman Tak Glamour, Nak Buat Kontroversi Tapi Tak Ada Idea

18-5-2022 06:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2996| Komen: 27

Description: Sedar namanya agak ‘tenggelam’ sebagai salah seorang penghibur tanah air, penyanyi Amira Othman terfikir untuk melakukan kontroversi ‘manja’ agar dirinya lebih dikenali dan diingati.
Sedar namanya agak ‘tenggelam’ sebagai salah seorang penghibur tanah air, penyanyi Amira Othman terfikir untuk melakukan kontroversi ‘manja’ agar dirinya lebih dikenali dan diingati.


Bercakap kepada Kosmo!, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, dia tidak menolak kontroversi boleh membuatkan nama seseorang artis menjadi besar dan lebih dikenali peminat untuk terus relevan dalam industri.

Foto: IG

“Saya tidak menolak kontroversi boleh menaikkan nama seseorang selebriti. Perkara tersebut memang benar. Saya rasa mungkin saya juga perlu cipta satu kontroversi untuk menaikkan nama sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online.

Penyanyi berusia 29 tahun itu ketika ditemui semasa sidang media program terbaharu Astro, Karaoke Superstar di Gardens Theater semalam bagaimanapun tidak mempunyai idea untuk mencetuskan kontroversi diri sendiri.




“Masalahnya sekarang saya tidak tahu dan tidak ada idea untuk cipta kontroversi apa. Saya sedang memikirkannya juga.

“Cuma sekarang saya hanya mengharapkan karya-karya saya dapat menempatkan semula nama dalam industri sekali gus membuatkan orang kenal siapa Amira Othman,” ujarnya.

Tambah pelantun lagu Hati-Hati itu, selain kontroversi, dia juga banyak kali disaran supaya mencipta gimik untuk lebih dikenali, namun perkara itu tidak mudah untuk dilakukannya.



Kata Amira, dia perlu memikirkan banyak sebab dan akibat jika gimik atau kontroversi yang dilakukannya tidak menjadi dan akhirnya memakan diri sendiri.

“Ramai juga yang mencadangkan supaya saya buat gimik. Tapi saya fikir perkara itu tidak mudah. Saya menjadi jurucakap kepada banyak produk dan perlu memikirkan nama baik juga.



“Sebenarnya saya okay kalau kontroversi atau gimik itu tidak bercanggah dengan imej saya. Cuma saya tidak ada idea buat masa ini. Mungkin netizen boleh beri cadangan kepada saya?” jelasnya berseloroh.

Pada masa sama, Amira tetap memilih jalan selamat untuk mengelak terpalit dengan cerita-cerita tidak enak sehingga boleh mencalarkan nama baik sendiri dan juga keluarga. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 18-5-2022 06:50 PM
Zaman sekarang ney senang je nak femes dek.  Kalo vokal ko letop tapi muke macam bunge memang ko takkan naik.  So pastikan muke tu macam acik bawang siap pakej jerawat batu siap berlekok2 lagi pasti ko meletop dekk..
Quote laksmanabentan 18-5-2022 07:09 PM
sedihnya ko dekk... gossip ko takde sapa nak komen nih....
sendu...
Quote Mary_jane 18-5-2022 09:19 PM
Amboi mummy masam mencuka je muka disebelah Kak Long. Kat hujung nampak  usahawati tersohor. Sebaris gitu. Refer to the photo attached.
Quote auntyonion 18-5-2022 09:37 PM
Kena belajar dgn jahlopa dikk..nama dia sentiasa disebut2 di serata alam waloponnn





Quote hangdenim 18-5-2022 10:39 PM
Amira othzzzzzzzzz
Quote Acikgomen 18-5-2022 11:55 PM
Acik penah jumpa heshe kat tah mejelis sapa tah kawin, mak aaaiiii sejenis kontrol namateyy yach dan perasan org tgk dia
Dah la pakai gloss bekilat2 geli haku gloss tu melekat kat gelas dia minum yaks
Potong stim betoi kena dok semeja dgn minah kontrol namateyy neh
Quote TerataiMelur02 19-5-2022 12:17 AM
Acikgomen replied at 18-5-2022 11:55 PM
Acik penah jumpa heshe kat tah mejelis sapa tah kawin, mak aaaiiii sejenis kontrol namateyy yach dan ...

Euwww.. Mesti dia terkilan acik tak beria nak foto2 dengan dia.

Lagi 1 iols tengok dia ni selekeh.
Muka dia tak sesuai pakai shawl ala bbnu ni
Quote kikyou 19-5-2022 01:11 AM
TerataiMelur02 replied at 18-5-2022 08:17 PM
Euwww.. Mesti dia terkilan acik tak beria nak foto2 dengan dia.

Lagi 1 iols tengok dia ni selekeh ...

Dia produk AF kan... Teringat lepas dia buat persembahan, berpeluh sakan. Kita pulak rasa x selesa tengokkan dia basah dengan peluh.
Quote wirazam 19-5-2022 01:31 AM
You xde xfactor...tak mcm jah..terlebih X factor..berdesup2 thread dia dibuka..hampir dikatakan everyday....ye lah yg TT tukang bukak tred pun buat tajuk yg klik bait sgt...dpt sambutan
berpage page pulak Tu... hahaha
Quote blewnatural 19-5-2022 04:55 AM
Sejenis control ayu , sopan nakmataeyyyy ..
Masa kat AF sejenis tak ligat bila menari , mcm malas je , yela asyik nak control ayu je kan .. nyanyi pun biasa2 , berlakon pun kayu sgtttt .. teruk kena kecam dulu kan
#i love u abang bomba ????


adik dia pun mcm ponen,
Quote prince_marhaen 19-5-2022 09:36 AM
suara tak letop, muka leman.... carik kerja lain je lah nok... tak payah nak kontroversi, silap2 orang makin menyampah & terus kerjaya kau di dalam liang lahad tunggu kena kambus je...macam babi syima tu.. dia berdehem pun orang menyampah nak mampos sebab ada je merengek acah-acah kena kecam..selagi tak mampos.
Quote cikatilia 19-5-2022 09:41 AM
aura penghibur tu mmg 0
Quote lasagna 19-5-2022 09:43 AM
dikkk... xyh laa kot cipta kontroversi.. aman2 saja sudeh.
Quote epullipan 19-5-2022 10:51 AM
ko nak cipta kontroversi? senang je..ko bukak tudung ko free hair pastu kaler warne blonde gitu..kompem naik dik nama ko
Quote cruz2 19-5-2022 10:56 AM
Anak org kaya si amira ni adik beradik semua sekolah private school.tk perlu create gosip kontroversi mengarut la amira weh hang pon dh bergelar hajah sama dgn si wany hasrita kan? Iols suka tgk dia kat rancangan mengaji apa ntah bln puasa hr tu bersama juara qariah dan rakan artis ameng, syahir, octovia....sedapla jugak suara dia mengaji banding dgn si octo tu
Quote kotakominami 19-5-2022 11:01 AM
Edited by kotakominami at 19-5-2022 11:03 AM

Kenapa lah pakai baju sarat camtu....takde ke yg simple...berat mata memandang dik.dah macam makcik2....alang2 ko nak berfesyen hauk pon buat terus mcm aina abdul tu.all out.......ko tak yah buat gimik pelik2 lah..tgok kak nab tu punyalah mcm2 gimik sampai nyanyi kuor suare angsa....last2 sendu balik...
lg satu bila reporter ke dj tanye soalan jgn la jawab klise sgt....kau takkan naik kalau kau play safe
Quote chinta89 19-5-2022 11:06 AM
entahlah dia xde aura sebagai artis sbnrnya....
Quote aammyy 19-5-2022 11:33 AM
I suka lagu2 dia. Mcm ost fairy tale princess gitu. Aura tu tak semua orang ada. Cukup la ada peminat sendiri. Duniawi je semua ni. Ekekekeke
Quote winky1 19-5-2022 05:28 PM
cruz2 replied at 19-5-2022 10:56 AM
Anak org kaya si amira ni adik beradik semua sekolah private school.tk perlu create gosip kontrovers ...

I think wartawan tanya dia jawab ..I prefer dia remain mcm sekarang....ada jemputan atau program nyanyi . Suara pun ok. Tak yah lah menonjol sgt .. financially family pun ok. Tak tamak nak grab semua and create gimmick mcm nabira tu

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.093581 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top