CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wajah Tok Ti Terpampang Di New York Times Square, Umpama Mimpi Jadi Kenyataan

19-5-2022 07:44 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7132| Komen: 80|Original author: Tatod

Description: Penghibur yang terkenal dengan gelaran 'penyanyi nombor satu Malaysia', Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur dan teruja diberikan penghormatan apabila wajahnya terpampang di papan iklan dig ...

Penghibur yang terkenal dengan gelaran 'penyanyi nombor satu Malaysia', Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur dan teruja diberikan penghormatan apabila wajahnya terpampang di papan iklan digitak terkenal di New York Times Square, Amerika Syarikat.

Penampilan penyanyi pada papan iklan gergasi tersebut mewakili negara adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh jenama penstriman atas talian yang popular di seluruh dunia, Spotify.

Memetik laporan Media Hiburan, EQUAL merupakan program peringkat global usaha Spotify yang ingin memartabatkan kesamaan wanita dengan memaparkan artis wanita daripada seluruh dunia.


Menerusi 'playlist' EQUAL, terdapat 35 senarai lagu yang meliputi artis daripada 50 buah negara dan penyanyi yang popular dengan lagu Anta Permana itu adalah salah satu wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.



"Begitu banyak detik manis dalam industri hiburan, ini antara yang terindah buat saya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur atas penghormatan ini.

"Melihat wajah terpampang di salah satu tempat paling popular di dunia adalah satu mimpi yang menjadi kenyataan. 

"Saya sangat bersyukur diberikan peluang ini seperti beberapa penyanyi wanita Malaysia lain yang pernah mendapat kesempatan ini," katanya.



Penghargaan berkenaan membuatkan Tok Ti lebih bersemangat dan terus optimis mempersembahkan lagu-lagu berkualiti pada masa akan datang.

"Saya harap akan dapat terus memenuhi permintaan peminat dengan menampilkan lebih banyak karya hebat. Saya juga berharap perkara ini akan menjadi inspirasi buat anak gadis di luar sana untuk gigih berusaha dan terus mengejar impian.



"Siapalah sangka gadis dari sebuah pekan kecil seperti saya satu hari nanti akan dapat mengecap pelbagai kejayaan pada peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Jika anda berusaha, tiada yang mustahil," katanya.

Tok Ti merupakan penyanyi Malaysia kelima yang menghiasi papan iklan digital di New York Times Square selepas Yuna, Layla Sania, DOLLA dan Iman Troye. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 19-5-2022 10:52 AM
Tok Ti merupakan penyanyi Malaysia kelima yang menghiasi papan iklan digital di New York Times Square selepas Yuna, Layla Sania, DOLLA dan Iman Troye. - CARI


baru ku tahu Iman Troye pun pernah jgk ek.. maaf tanya jujur apa pencapaian dia sehingga blh masuk billboard di NYS?
Quote Mary_jane 19-5-2022 11:35 AM
Tetap terus kerja keras ye mak iti.
Quote KBW2 19-5-2022 11:39 AM
HAHHAHAHAHA

Iman Troye terlebih dahulu. SO nak kata hebatnya dik Iman Troye ke?
Quote cmf_premierleag 19-5-2022 11:43 AM
Iman troye,Dolla dah mendahului ctdk utk billboard NY ni
Quote tikusmontok 19-5-2022 11:49 AM
KBW2 replied at 19-5-2022 11:39 AM
HAHHAHAHAHA

Iman Troye terlebih dahulu. SO nak kata hebatnya dik Iman Troye ke?

Dah 2x iman toye mendahului..tahun lps kat shoppee so siapa yg nomor satu?
Quote pembacagosip 19-5-2022 11:58 AM
tahniah lerrrrrr
Quote aammyy 19-5-2022 12:05 PM
Yuna dah dua kali. 1st Spotify promote album. 2nd Spotify Equal. Tapi ye la. Equal kan. Kesamaan wanita, knp nak menidakkan pencapaian ctdk pulak. Hehe
Quote aemon 19-5-2022 12:06 PM
Pahni jarah ecah plak.pahtu tiyaripin pulak
Quote dua_chzy 19-5-2022 12:26 PM
chinta89 replied at 19-5-2022 02:52 AM
baru ku tahu Iman Troye pun pernah jgk ek.. maaf tanya jujur apa pencapaian dia sehingga blh masuk ...

Jangankan Iman Troye, Layla Sania tu lagik la - siapakah beliau sampai mampo sebaris dengan Siti Nurhaliza?
Quote chandrahusin 19-5-2022 02:37 PM
dua_chzy replied at 19-5-2022 12:26 PM
Jangankan Iman Troye, Layla Sania tu lagik la - siapakah beliau sampai mampo sebaris dengan Siti N ...

ku gugel

Layla Sania 蕾拉 《巴比诺 Bambino feat. Bunga》Official Music Video
655,280 views Premiered Dec 17, 2021




Quote GegarVaganja 19-5-2022 03:08 PM
So Iman Troye pun dah bertaraf penyanyi bernombor.
Tapi nombor berapakah?

Quote eira2310 19-5-2022 03:14 PM
maksud nya tokti belum ckp power lagi la ni..huhuhu
Quote dani-rox 19-5-2022 03:17 PM
Dah tak rindu jd orang biasa
Quote mejaputih 19-5-2022 03:21 PM
dani-rox replied at 19-5-2022 03:17 PM
Dah tak rindu jd orang biasa

ari tu bukan main kan rindu nak jadi org biasa...
Quote Nub_Bun 19-5-2022 04:09 PM
RTIS TERSOHOR TANAH AIR BANTU KEMPEN PELANGI?
- Menormalisasikan LĠBŤ
Perlakuan songsang homoseks merupakan antara sebesar-besar jenayah, seburuk-buruk dosa dan sekeji-keji perbuatan.
Perkara ini dinyatakan dalam sekian banyak nas Al-Quran dan hadis.
https://www.facebook.com/1588241794/posts/10214527666977262/
Dalam masa yang sama, Muslim perlu sedar tentang adanya kempen besar-besaran untuk mempromosikan perlakuan songsang ini melalui pelbagai cara seperti hiburan dan media yang dijalankan oleh banyak pihak termasuklah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) / United Nation (UN).
Melalui kempen EQUAL, mereka telah melancarkan kempen besar-besaran di seluruh dunia untuk mempromosikan ‘kesamarataan’ dan ‘keadilan’ buat pelaku-pelaku songsang ini.
Menyedari hal ini, timbul persoalan mengapakah ada artis terkenal tanah air yang turut sama dalam kempen songsang ini?
Malah beliau sampai menyatakan kesyukuran kerana diberi ‘penghormatan’ apabila gambar wajahnya dipaparkan di papan iklan digital tersohor di New York Times Square, Amerika Syarikat sebagai mewakili negara Malaysia dalam kempen ini, menurutnya.
Beliau turut menjelaskan bahawa EQUAL ialah sebuah program yang ingin memupuk kesamaan wanita.
Ini tidak benar.
Laman web EQUAL PBB secara jelas menyatakan bahawa Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) telah melancarkan inisiatif ‘UN FREE & EQUAL’ (UNFE) bagi mempromosikan hak sama rata dan layanan adil buat golongan LĠBŤ.
https://www.unfe.org/about
Kemungkinannya beliau telah dikelirukan kerana tidak mungkin beliau akan menyokong kempen-kempen mungkar sebegini yang jelasnya mengundang kemurkaan Allah ﷻ sebagaimana yang berlaku ke atas kaum Nabi Lut, nauzubillah.
Sokongan Spotify kepada agenda LĠBŤ:
https://newsroom.spotify.com/.../spotify-celebrates.../
Muslim seharusnya sedar bahawa kempen-kempen seperti EQUAL merupakan serangan ke atas agama, negara, bangsa, masyarakat, keluarga dan nilai-nilai murni.
Sewajarnya Muslim berlepas diri daripada kempen-kempen maksiat ini.
Firman Allah ﷻ:
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِ.
“Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam hal kebaikan dan ketakwaan, dan janganlah kamu bersekongkol dalam hal-hal dosa (maksiat) dan penindasan.”
[Al-Quran, al-Maa’idah, 5:2]
Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.
Idris bin Sulaiman
Kajang
18 Syawal 1443H /
19 Mei 2022
Quote Nub_Bun 19-5-2022 04:10 PM
TAK BERAPA BIJAK RUPANYA TOKTI NI HMMM HUHUHUHU.
282044428_10224256678156461_60336470048190284_n.jpg

280932583_10224256677236438_2233410704239936439_n.jpg

282560923_10224256678236463_9161054103104411546_n.jpg




Quote dua_chzy 19-5-2022 04:11 PM
Nub_Bun replied at 19-5-2022 08:10 AM
TAK BERAPA BIJAK RUPANYA TOKTI NI HMMM HUHUHUHU.

Laaaar equal tu propahganda LGBTQ ka rupanya.
Quote dua_chzy 19-5-2022 04:12 PM
chandrahusin replied at 19-5-2022 06:37 AM
ku gugel

Layla Sania 蕾拉 《巴比诺 Bambino feat. Bunga》Official Music Video655,280 views Premiere ...

Ya Allah whoareyusss sangat sissss

Thanks sudi tolong google.
Quote Nub_Bun 19-5-2022 04:15 PM
dua_chzy replied at 19-5-2022 04:11 PM
Laaaar equal tu propahganda LGBTQ ka rupanya.

Post ni baru 3 jam naik dekat Facebook oleh seorang ustaz. Hmmm apa agaknya KakIti justify pasni..

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.196823 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top