CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Lapar Tapi Kena Berlakon' - Hairul Azreen Sakit Kena Ikat Perut

19-5-2022 07:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5634| Komen: 91

Description: "Bila ingat balik gilalah, sangat penat," kata pelakon Hairul Azreen yang perlu membina badan dan menjaga diet selama lima bulan bagi menjayakan filem The Assistant.
"Bila ingat balik gilalah, sangat penat," kata pelakon Hairul Azreen yang perlu membina badan dan menjaga diet selama lima bulan bagi menjayakan filem The Assistant.


Hairul, 34, atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris berkata, dia juga perlu menurunkan berat badan dari 74kg hingga 64kg.


Kredit foto: IG Hairul

"Terus terang saya cakap, sakit apabila buat badan untuk filem ini. Saya kena diet dan kena berlawan dalam keadaan yang lapar. Saya kena tahan semua ni selama lima bulan sebab tiga bulan menjalani latihan dan dua bulan penggambaran.

"Berat badan normal 74kg, saya turunkan berat untuk watak Feroz sampai 64kg hingga cengkung pipi. Bayangkan anda lapar tapi kena kerja. Macam tu perasaan saya, lapar tapi kena berlakon. Tapi ini semua bukan untuk minta simpati tetapi kalau bukan anda sokong filem tempatan siapa lagi," katanya.


Kredit foto: IG Hairul

Menurut Hairul dia bersama pengarah, Adrian Teh, pelakon lain dan seluruh pasukan sudah buat yang terbaik untuk filem The Assistant.



Selain Hairul, filem terbitan Sony Pictures Entertainment Malaysia dengan kerjasama Act 2 Pictures ini turut menampilkan pelakon Iedil Dzuhrie.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awex^returns 19-5-2022 08:23 AM
tak minat nak tengok ko pon
ko nak diet ke nak apa ke
tak menaikkan mutu lakonan ko pon
sekadar kayu kayan je
lemahhhhhhhhhhhh
Quote bulalof 19-5-2022 08:25 AM
kahkahkah....beria-ia nak puji diri sendiri.
Quote dreamcatcher 19-5-2022 08:26 AM
Nampak over plak laki bini ni jalan kat red carpet.
Quote iena_jr 19-5-2022 08:48 AM
Semalam interview dia and the gang kat hotfm. Dia bukak mulut je aku terus alih channel lain
Quote nellyberry 19-5-2022 09:13 AM
dreamcatcher replied at 19-5-2022 08:26 AM
Nampak over plak laki bini ni jalan kat red carpet.

Gigih berjelujur igs keknis menayang suami kat red carpet.padahal pelakon lain, relax je.

Quote Firaaz 19-5-2022 09:17 AM
tak habis2 ko ni.. semua la ko kaut.. terpaling lapar terpaling sakit terpaling penat
Quote awex^returns 19-5-2022 09:37 AM
nellyberry replied at 19-5-2022 09:13 AM
Gigih berjelujur igs keknis menayang suami kat red carpet.padahal pelakon lain, relax je.

keknis kan perasan laki dia tu artis fofuler seantero dunia
walaupun sebenarnay kalau dia takde lagi mejandi drama atau filem tu
kui kui kui

tu belum mak artis lagi yang hapload
mesti bangga giler mak artis tu kan
Quote Pak.dolla 19-5-2022 09:43 AM
Ini lakibini berlakon mcm kayu jati xda pulak org nak kutuk....mana pigi itu boy..(boyan) singaporn jaga kepam peminat lembaga iteww?
Quote nellyberry 19-5-2022 09:44 AM
awex^returns replied at 19-5-2022 09:37 AM
keknis kan perasan laki dia tu artis fofuler seantero dunia
walaupun sebenarnay kalau dia takde la ...

padahal wife si Iedil pun ada masa red carpet tu, takde peghak mcm keknis.
keknis sampai ajak family makretis join tgk premier The Assistant
Quote auntyonion 19-5-2022 09:47 AM
Pak.dolla replied at 19-5-2022 09:43 AM
Ini lakibini berlakon mcm kayu jati xda pulak org nak kutuk....mana pigi itu boy..(boyan) singaporn  ...

Dia menggigil nak masuk kalau ada fa je pakdol
Quote makton 19-5-2022 10:20 AM
dia ni gigih betul berlatih berlawan2.. nak perbaiki mutu lakonan tu bukan takat skill berlawan je.
cara lontaran suara, mimik muka, penghayatan cerita pun penting.

ni tak habis2 cerita pasal lawan2, buat badan.
makin lama makin terserlah lembam heols
Quote makton 19-5-2022 10:20 AM
dia ni gigih betul berlatih berlawan2.. nak perbaiki mutu lakonan tu bukan takat skill berlawan je.
cara lontaran suara, mimik muka, penghayatan cerita pun penting.

ni tak habis2 cerita pasal lawan2, buat badan.
makin lama makin terserlah lembam heols
Quote SherryZass 19-5-2022 01:06 PM
"Berat badan normal 74kg, saya turunkan berat untuk watak Feroz sampai 64kg hingga cengkung pipi. Bayangkan anda lapar tapi kena kerja. Macam tu perasaan saya, lapar tapi kena berlakon. Tapi ini semua bukan untuk minta simpati tetapi kalau bukan anda sokong filem tempatan siapa lagi," katanya.
Baca tulisan ni pun aku dah boleh dengar suara fekrul ni bercakap
Quote SherryZass 19-5-2022 01:07 PM
feknis ni memang dari dulu sampai sekarang sekeping jah badan dia ya. Diet kah?
Quote unguaurora 19-5-2022 01:08 PM
Kenot go la dgn heols ni
Quote xtinkerbellx 19-5-2022 02:03 PM
Turn off tgk muka dia
Quote kotakominami 19-5-2022 02:55 PM
Aii.. bukan laki bini jual produk kurus je...tak payah la diet...mintak je minyak kurus dgn keknis..tak pon ape bende yg die jual tuh sojours....
Quote mizruncing 19-5-2022 02:57 PM
dia ni asal keluar movie je ade je alasan dia.. mcm budak kecik nak ngadu. patah tgn la ape laaa
Quote mizruncing 19-5-2022 02:58 PM
kotakominami replied at 19-5-2022 02:55 PM
Aii.. bukan laki bini jual produk kurus je...tak payah la diet...mintak je minyak kurus dgn keknis.. ...

kannn petite oil tak berkesan kahhh

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.058674 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top