CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kenapa Tolak Kami?' - Ustaz Abdul Somad Disekat Masuk Singapura

18-5-2022 08:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 493| Komen: 1

Description: Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) mahu pihak berkuasa Singapura memberi penjelasan sekatan yang dikenakan terhadapnya daripada memasuki negara tersebut.
Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) mahu pihak berkuasa Singapura memberi penjelasan sekatan yang dikenakan terhadapnya daripada memasuki negara tersebut.


Abdul Somad yang seringkali dijemput ke Malaysia untuk memberi ceramah, mempersoalkan tindakan pihak berkuasa republik berkenaan yang menghalangnya memasuki negara itu.


Kredit foto: Wikimedia

Katanya, pihak imigresen Singapura tidak memberikan alasan beliau dihalang daripada memasuki negara itu.

“Itulah, yang mereka tak bisa menjelaskan (sebab sekatan), itu yang pengawal imigresen tak bisa menjelaskan. Jadi, yang bisa menjelaskan kedutaan Singapura di Jakarta.


“Anda harus menjelaskan kepada komuniti, kenapa negara anda, kerajaan anda menolak kami.

“Kenapa? Apakah kerana terrorist apakah kerana ISIS, apakah bawa narkoba (dadah)? Perlu jelaskan,” katanya dalam wawancara di saluran YouTube Hai Guys Official.

Media Indonesia sebelum ini melaporkan pendakwah itu telah berkongsi pengalamannya ditahan dalam satu ruang kecil oleh pihak berkuasa di negara itu.

“Saya dimasukkan ke dalam satu ruangan umpama liang lahad. Satu jam saya di ruang kecil itu barulah digabungkan di ruang yang ramai bersama yang lain,” katanya menerusi Instagram.

Sementara itu, Duta Besar Indonesia ke Singapura, Suryopratomo memberitahu media Indonesia bahawa Abdul Somad tidak diusir tetapi dilarang masuk ke republik itu.

“Informasi yang saya dapat, UAS tidak diizinkan untuk masuk Singapura karena tidak memenuhi kriteria warga asing berkunjung ke Singapura.

“Jadi tidak dideportasi karena beliau belum masuk Singapura,” kata Suryopratomo.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Jajuli 18-5-2022 01:11 PM
Aku tau umah melayu ramai yg suka dia ni, yg tak boleh brain Zakir naik tu yg suka melagakan agama satu sama lain, lagi pelik ramai pemimpin Malaysia dulu sokong dia btw MCM ada movie Hindi atau Tamil  ada MCM watak dia akhirnya yg pengganas sebenarnya anak dia

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.160039 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top