CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Awal Ashaari Didakwa Buat Khianat, Rosakkan Palang Pagar Perumahan

17-5-2022 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 41635| Komen: 448|Original author: Burong_Hantuk

Description: Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara bulan lalu.
Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara bulan lalu.


Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah pada pagi Selasa.

Foto: IG

Mengikut pertuduhan selebriti itu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600 di pondok pengawal perumahan itu di Jalan PJU 3/30 pukul 11.30 pagi pada 16 April lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Wafi Husain menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam Datuk M Reza Hassan memohon jumlah ikat jamin dikurangkan dengan alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga selain pendapatannya sebagai pengacara tidak konsisten.


Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Majistret Zhafran membenarkan Awal diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Tarikh 15 Julai ini ditetapkan untuk sebutan semula kes. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 17-5-2022 12:06 PM



Quote kembangbunga 17-5-2022 12:13 PM
ooohhh sebab ni ke heshe meroyan kat ig story semalam
Quote doubleA 17-5-2022 12:16 PM
Amboi dari 5k minta ke 2k, celah gigi sawal je 2k ni
Quote annadonna 17-5-2022 12:19 PM
Kisah apakah yinnihh
Quote tikusmontok 17-5-2022 12:20 PM
Ko dah kenapa nyah? Vandalism la pulok
Quote asudau 17-5-2022 12:20 PM
Edited by asudau at 17-5-2022 12:24 PM

bini berbeg gucci/lv/fendi, takkan RM5000 tak de kot
kenapa kad akses dia tak leh guna ke..sampai patah palang tu..
Quote miemiecha 17-5-2022 12:21 PM
kesian scha, laki asik meratib je.. adoiii
Quote epal_putih 17-5-2022 12:21 PM
buleh ya guna alasan gini

"memohon pengurangan jaminan kepada RM3,000 dengan alasan anak guamnya ada pendapatan sebagai pengacara yang tidak konsisten, menyara isteri dan dua anak serta menanggung ibu bapanya yang sudah berusia:
Quote ellZack 17-5-2022 12:25 PM
doubleA replied at 17-5-2022 12:16 PM
Amboi dari 5k minta ke 2k, celah gigi sawal je 2k ni

Benda boleh minta discount, why not. Hahaha.
Tak minta, rugi 3k. Berani minta, jimat 3k.

Tapi memang SOP lawyer kot akan minta discount walaupun client harta 7 keturunan tak habis makan.
Quote MyLadyMarmalade 17-5-2022 12:25 PM
Terlambat dah awal nak apply pengeluaran khas kwsp pun
Sbb tu heshe kena mintak pengurangan jaminan

I pity u scha
Quote MatDeghem 17-5-2022 12:25 PM
duit jaminan kan boleh dapat balik.
kenape lah sampai merayu tanggung mak pak. Diri sendiri berbranded dari ujung rambut sampai ujung kaki. Tak malu

Quote Burong_Hantuk 17-5-2022 12:27 PM
hidop mewah ..acah2 kaya raya..ujung2 mintak diskaun,..dasarrrr
Quote cantthinkofany 17-5-2022 12:27 PM
ellZack replied at 17-5-2022 12:25 PM
Benda boleh minta discount, why not. Hahaha.
Tak minta, rugi 3k. Berani minta, jimat 3k.

ntahnya....setakat 3K/2K/600....taik gigi je weiiiiiii
Quote cantthinkofany 17-5-2022 12:28 PM
MatDeghem replied at 17-5-2022 12:25 PM
duit jaminan kan boleh dapat balik.
kenape lah sampai merayu tanggung mak pak. Diri sendiri berbran ...

kalau aku....aku malu....dan dan ngaku barang branded beli kat kenanga......
Quote Cleocatra 17-5-2022 12:30 PM
Terkejut level awal mintak kurang. Handbag raya bini pun dah dekat 30k. Tu baru satu bag
Quote Cleocatra 17-5-2022 12:30 PM
Terkejut level awal mintak kurang. Handbag raya bini pun dah dekat 30k. Tu baru satu bag
Quote bambimbom 17-5-2022 12:35 PM
buruk perangai guna mak bapak.. macam la ko sorg tanggung makan pakai dorang...
Quote ellZack 17-5-2022 12:36 PM
cantthinkofany replied at 17-5-2022 12:28 PM
kalau aku....aku malu....dan dan ngaku barang branded beli kat kenanga......

Malu kalu, rugi la 3k.
3k bawak shopping Kenanga, satu kedai boleh dapat. Hahah
Quote auntyonion 17-5-2022 12:38 PM
Sah2 ootd heshe pn lebih dr nilai tu

Lihat semua komen(448)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.091099 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top