CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Normah Damanhuri Boleh Tanggal Tudung Untuk Lakonan, Tapi Syaratnya...

17-5-2022 01:32 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 3096| Komen: 17|Original author: Saiful

Description: Ramai sangka Normah Damanhuri cabut tudung dalam menjayakan wataknya dalam filem Tiga Janda Melawan Dunia.
Ramai sangka Normah Damanhuri cabut tudung dalam menjayakan wataknya dalam filem Tiga Janda Melawan Dunia.

Namun pelakon ini sebenarnya memilih untuk memakai rambut palsu.


Dia sendiri memberitahu pengarah untuk menggayakan imej sedemikian.


Foto: IG

"Imej saya dalam filem itu memang saya sendiri yang cakap dekat Hyrul nak pakai wig (rambut palsu). Tak ada la sampai nak free hair.

"Sebab saya rasa pakai wig masih okay lagi... itu saja limit yang saya boleh berikan. Tak apa la, orang nak cakap apa, cakap la... biarlah," katanya kepada mStar.




Normah kata walaupun penat seharian menjalani penggambaran, namun dia puas dalam lakonannya.

Penat sangat sebab penggambaran dari pagi sampai ke pagi selama beberapa hari juga. Kalau berlakon drama, kita penat bermain perasaan dan perap jiwa.

"Tapi yang filem ini penat dengan tenaga sekali. Watak saya pun sangat memenatkan. Tapi sangat seronok. Bagi saya, ada rasa nikmat dan kepuasan."



Normah juga segan  untuk melakonkan aksi manja biarpun karakter sebenarnya lebih kurang sama.

"Bagi saya, benda (aksi manja) itu untuk tayangan... jadi kita ada la rasa malu dan rasa macam ‘okay ke ini, boleh ke ini’. Ada la rasa macam itu.


"Tapi saya memang dibantu oleh mereka. Memang la gedik sikit-sikit itu ada, ikutkan watak saya memang begitu, manja sikit-sikit tu ada.

"Cuma mereka bantu lagi, Insya-Allah menjadi la (watak)."

Ada yang dah tengok tak filem ni? -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 17-5-2022 02:30 PM
selama nih dia konsisten tutup aurat kah????
Quote hyie 17-5-2022 02:32 PM
kak KM ketap bibir sambil tahan mulot nak mencarut je kan
Quote MsJules 17-5-2022 02:41 PM
Nak justify masih menutup aurat under the pretense pakai wig? Kemushykilan di situ...
Quote stingeramdhan 17-5-2022 02:44 PM
Edited by stingeramdhan at 17-5-2022 02:46 PM

Ini twin normahbaru@makjujat kita kheunz? Uker sejibik
Quote Nnoor2 17-5-2022 02:51 PM
Patutla anaknya semacam
Quote JDT 17-5-2022 02:56 PM
Ada tertengok trailer 3 janda ni masa menonton movie Dr. Strange haritu, àgak entertaining mungkin akan tengok cerita ni..
Quote prettyuglybabe 17-5-2022 04:22 PM
hmm.. patut la anaknya sama
Quote TomyamPuteh 17-5-2022 04:24 PM
Kak KM... Tgk la mak akak ni.
Quote LipasComel 17-5-2022 04:27 PM
ape2 je lah. bukan budak2 nak kena tegur beria2. sendiri tahu hukum. ikut mak mah ler nak buat ghope mcm mane....
Quote Nenasketum 17-5-2022 04:29 PM
Rasa macam takderk napsu nak nengok citer nih, waima orang bayo aku sekalipun untuk nengok. Yucks ok, dengan Normah, Kak Engku yang kalo cakap macam satu dunia boleh muat dalam mulut dia.
Quote Orix 17-5-2022 04:41 PM
iols tgok cite love marriage n divorce ada sorg watak tu muka sebijik muka normadamanhuri ni.... yg laki dia pensyarah kt uni pstu mencurang dgan pelakon
Quote budgetMommy 17-5-2022 05:17 PM
Orix replied at 17-5-2022 04:41 PM
iols tgok cite love marriage n divorce ada sorg watak tu muka sebijik muka normadamanhuri ni.... yg  ...

I ada tengok cerita tu. Mukanya motherly sangat.
Quote sukacactus 17-5-2022 05:51 PM
Biasa la tutup rambut, bkn tutup aurat pun selama ni kan
Quote bahagiaselalu 18-5-2022 10:38 AM
Leher tu tetap aurat, tepuk dada dan tanya lah iman masing2
Quote nawtylulu 18-5-2022 11:05 AM
tu ler syaratnyaaa.. hurmmmm tggal tros x blh. rmbut da hbes gugor.. maka pkai la wig..
Quote kucingitam 18-5-2022 11:11 AM
tapi..tapi..harus diakui acik normah pnya lakonan mmg bagus sebelum ni.. iols suka je kalau dia berlakon... tolak tepi la perangai anak
Quote awenda507 18-5-2022 11:40 AM
bkn ke pakai wig sama je umpama tayang rambut?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.062988 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top