CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Isteri Da'i Farhan, Erin Penipu-Didakwa Perdaya Kawan Sampai Lebih RM52 Ribu

17-5-2022 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3063| Komen: 20

Description: Bekas isteri kedua kepada pendakwah selebriti, Da’i Farhan yang dikenali sebagai Erin kembali hangat diperkatakan apabila dia didakwa telah melakukan penipuan bekas sahabat baiknya, Norsiyah Kasnawi ...
Bekas isteri kedua kepada pendakwah selebriti, Da’i Farhan yang dikenali sebagai Erin kembali hangat diperkatakan apabila dia didakwa telah melakukan penipuan bekas sahabat baiknya, Norsiyah Kasnawi sehingga wanita terbabit mengalami kerugian wang berjumlah RM52,900.


Hal itu didedahkan oleh pengasas produk kosmetik tersebut yang mendakwa Erin atau nama sebenarnya, Noorainul Naqim Mohd Radzi, 42, telah memperdayakannya untuk bekerjasama mengusahakan perniagaan kosmetik.

Mangsa yang mahu disapa sebagai Nor itu berkata, dia mengenali Erin yang digelar Aura 19 itu ketika kisah pernikahannya dengan Farhan menjadi bahan bualan.


Foto: Utusan


“Saya mesejnya di Instagram untuk memberikan kata-kata semangat kerana pada masa itu dia dikecam teruk oleh masyarakat.Bermula dari situ, lama-kelamaan hubungan jadi rapat dan kami mula bekerjasama dalam perniagaan kosmetik yang saya usahakan.

“Erin bertindak sebagai pembekal produk penjagaan kulit yang dikeluarkan di bawah jenama saya sendiri iaitu N’Siya. Pada masa sama, dia turut tawarkan khidmat reka bina laman web.

“Sepanjang berkawan, mulanya saya tidak syak apa-apa. Apabila semakin rapat, dia sudah berani untuk meminjam wang, namun atas dasar percaya, saya berikan pinjaman,”katanya.

Nor memberitahu, Erin sebagai pembekal telah bersetuju untuk menyedia dan menyiapkan produk keluaran N’siya, malah wang pendahuluan juga didebitkan ke akaunnya.

Pun begitu, kata-kata wanita terbabit hanya tinggal janji setelah produk dipersetujui sehingga ke hari ini tidak siap seperti dijanjikan.

“Lebih teruk, Erin turut memperkenalkan seorang lelaki bernama Taufik yang kononnya pekerja di syarikatnya untuk mereka bina laman web rasmi perniagaan saya.

“Tetapi,Taufik yang sudah diberikan pembayaran penuh RM12,000 itu pun masih belum menyerahkan kata kunci dan akses untuk saya mengendalikan laman webyang kononnya dibina.

“Bahkan laman web itu juga tidak seperti yang dirancangkan seperti di peringkat awal,” keluhnya.

Dalam pada itu, menurut Nor, dia telah membuat laporan di Balai Polis Bukit Raja, Klang baru-baru ini dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat tindakan lanjut.

Tambahnya lagi, Erin bakal diheret ke mahkamah memandangkan Nor telah pun melantik peguam untuk mewakilinya bagi menuntut keadilan selepas ditipu. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darkness 17-5-2022 11:26 AM
Aku ingat2 lupa dgn kes dia ni. Yg rancang kawen dgn org lain tp tetiba kawin dgn parhan di mekah ka?
Quote angelofish 17-5-2022 11:28 AM
penyondol scammer handalan
Quote Nnoor2 17-5-2022 11:29 AM
Bisnes ni x payahla cari partner2...buat je dgn family sendiri cth suami, isteri anak2...cukup...x perlu ada org lain luar  jadi bisnes partner...
Quote gx5448 17-5-2022 12:13 PM
Dr erin konon..parhan gigi pon gigih bahasakan dia doktor masa baru kawin dulu..ustaz kata bla2 dgn doktor bla2..geli sia..

Akhirnyer kene scam kawin ngn penipu..padan muka ko..
Quote gangerina 17-5-2022 12:19 PM
ni founder short cut utk jadi femes ke... product ntah mende..
Quote missyL 17-5-2022 12:31 PM
Mendapat la hahah
Die ni bkn aura 19
Tp auta 19
Ape pn semoga dipermudahkan urusan
Quote hyie 17-5-2022 12:36 PM
sheols ada iras sesikit dengan norwati sadali @ watie elite.
Quote royaldanish 17-5-2022 12:37 PM
missyL replied at 17-5-2022 04:31 AM
Mendapat la hahah
Die ni bkn aura 19
Tp auta 19

Ni kan yg self-proclaimed DR ?
Quote miemiecha 17-5-2022 12:55 PM
ADE MEK POLO KAT IG..
mek tgk laki heshe yg katanya suami tapi di tidakkan ituew..
kejap laki sama doc, kejap laki model sabahan..
byk nak laki kuo masuk
Quote ellejo 17-5-2022 01:35 PM
Nnoor2 replied at 17-5-2022 03:29 AM
Bisnes ni x payahla cari partner2...buat je dgn family sendiri cth suami, isteri anak2...cukup...x p ...

kalo org luar senang sikit nak tendang. kalo family sundrik? tgk apa jd kat gucci, atau family che nin binti jabit
Quote tepisket.. 17-5-2022 01:41 PM
Menipu pun boleh hidup.. Berganti2 lagi laki dia.. Anak dia cmne la agaknya dia ajar?
Quote makton 17-5-2022 02:15 PM
boleh tenang ke hidup klu asyik menipu org aje?
Quote she 17-5-2022 02:17 PM
Kaki penipu dari zaman kete Kenari
Silap2 kena simbah asid nanti
Quote tripleid 17-5-2022 02:19 PM
Produk ko tu pun prodok beracun timbang kilo kann..elok sgt lah tu sis..prodok scam kena scammer
Quote MsJules 17-5-2022 02:21 PM
First of all, nama brand cosmetic pon tak stylo. Camno tu...

Secondly, baru kenal baru rapat dah kasi pinjam duit. Salah siapa?

Thirdly, takkan takde proper Offer Letter/LOA/Contract?

Haiyaaaaa...
Quote nuralisa 17-5-2022 02:26 PM
setakat DM2 camtu .. lepas tu claim kawan rapat...
nasib ko la...
Quote Nnoor2 17-5-2022 02:27 PM
ellejo replied at 17-5-2022 01:35 PM
kalo org luar senang sikit nak tendang. kalo family sundrik? tgk apa jd kat gucci, atau family che ...

Family kena bersatu padu la...ni family anak beranak..ayah mak anak2 ..
Quote gekkou 17-5-2022 06:11 PM
Saya mesejnya di Instagram untuk memberikan kata-kata semangat kerana pada masa itu dia dikecam teruk oleh masyarakat

B to the O to the DOH
Quote WeAiNe 17-5-2022 07:11 PM
mula2  nak cakap mu tu bodo hahahaha
ngaku jelah mu tu nak numpang popoliriti dio kan
untung sabut timbul so leh lah produk mu naik
tapi sian rupanya batu terus tenggelam
...noberapakahlakiterkini

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.333864 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top