CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Kerja Di Malaysia Meninggal Dunia- 25 Tahun Kerja Tak Pernah Dapat Gaji, Ditipu Sebab Buta Huruf

17-5-2022 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2111| Komen: 14

Description: JAWA TIMUR: Seorang anak tidak dapat membendung perasaan apabila hanya mampu menatap jenazah ibunya selepas 25 tahun tidak berjumpa.
JAWA TIMUR: Seorang anak tidak dapat membendung perasaan apabila hanya mampu menatap jenazah ibunya selepas 25 tahun tidak berjumpa.

Lapor Kompas.com, Subaidah, 41, dari Kampung Watukebo, Banyuwangi berkata, ibunya meninggal dunia di Malaysia 9 Mei lalu, dan jenazah tiba di kampung halaman tiga hari selepas itu.

Katanya, ibunya dihantar bekerja ke Malaysia oleh pihak penaja sebagai pekerja migran Indonesia semasa dia masih bersekolah.


Foto: Agensi

Jelasnya, ibunya sempat meminta nombor telefon rumah jirannya sebelum berangkat supaya dapat berkomunikasi dengan keluarganya.


“Namun, malang sekali pihak penaja membuang rekod nombor telefon dan mengawal gaji ibu saya selama 10 tahun.

“Apabila ibu saya bertanyakan tentang gajinya, dia hanya dimaklumkan wang tersebut sudah dihantar kepada anaknya di Indonesia.

“Sedangkan wang tersebut tidak pernah diterima langsung. Ibu saya mudah ditipu disebabkan dia buta huruf,” katanya.

Selepas 15 tahun berlalu, wanita itu masih ditipu orang lain sehingga dia tidak pernah menerima wangnya sendiri.

Situasi tersebut menyebabkan dia tidak dapat mengirimkan wang kepada ahli keluarganya.

Subaidah bahkan tidak mempunyai cara untuk menghubungi ibunya sehingga dia sudah berkahwin dan mempunyai anak.

“Saya pernah berkomunikasi dengan ibu melalui panggilan video, tetapi dia tidak boleh bercakap dan hanya dapat melihat anak dan cucunya sambil menangis.

“Itu adalah peluang pertama dan terakhir kami dapat melihat antara satu sama lain disebabkan keadaan ibu yang semakin teruk hingga meninggal dunia selepas itu.

“Bayangkan saya tidak dapat melihat dan berkomunikasi dengan ibu sendiri selama 25 tahun. Bayangkan bagaimana perasaan saya apabila pulang ke sini, ibu sudah meninggal dunia,” luahnya.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nnoor2 17-5-2022 11:25 AM
Kesiannya...moga yg menipu tu segera ditangkap dan dihukum
Quote angelofish 17-5-2022 11:27 AM
harap dengan berita ini.orang indonesia tidak lagi masuk ke malaysia .semak
Quote Cokoro 17-5-2022 11:40 AM
Allah... mcm mana boleh aniaya org smpi gitu skali. Moga Allah balas dgn balasan yg setimpal
Quote NazRysha 17-5-2022 11:53 AM
Allahuakbar, sedihnya
Semoga dilaknat Allah yang buat mcm ni kat arwah
Tak selamat la hidup
Quote Decaffeinated 17-5-2022 12:05 PM
Bila meninggal boleh pula hantar balik? Tak ka pelik cerita ni.
Quote Normabaru 17-5-2022 12:30 PM
Dah tahu derita jgn dtg msia lg ya ibuk2..

Trisna Dan kaum kerabat..mohon mundur kembali ke pangkal jln..tinggalkan msia ni sementara Masih diberi kesempatan yach
Quote Body_language 17-5-2022 12:36 PM
Indon.

Dengar boleh

percaya jangan
Quote gigahertz 17-5-2022 12:40 PM
angelofish replied at 17-5-2022 03:27 AM
harap dengan berita ini.orang indonesia tidak lagi masuk ke malaysia .semak

Nanti si emak akan usung sekali anak yg masih sekolah masuk ke malaysia
Quote jazaa100 17-5-2022 12:42 PM
Harap friska & trisna insofff......
Quote Skuau 17-5-2022 12:46 PM
Decaffeinated replied at 17-5-2022 12:05 PM
Bila meninggal boleh pula hantar balik? Tak ka pelik cerita ni.


sb yg ni dh mati... x kena bg mkn lg..yg Msia nk antar PATI drng...yg drng x nk terima aritu.sb..yg tu...kena bg mkn.
Quote tompie 17-5-2022 02:29 PM
Kalau betul cerita ni memang kesian sungguh.
Bayangkan kalau jadik kat mak kita..
Anak dia asyik cakap penaja.. penaja tu orang sana jugak ahh yang control mak dia?
Sebab ni lah jugak Malaysia di dlm red list dlm human trafficking issue..

Sekarang ni Indo punye ekonomi semakin berkembang, harap rakyat diorang terbela.. takut kekayaan tu tak sampai ke rakyat aje.. at least mcm kita walaupun banyak leakages tapi byk gak yang kita dapat.. cuma bila ekonomi yang agak lembab, jumlah yang nak dibahagikan pun tak banyak, abis semua dah kena sapu kat atas, yang turun cuma serdak2 aje.. tapi lebih baik dari negara2 yang ramai penduduk mcm Indo, Sri Lanka, Bangla, India, dll..
Quote Decaffeinated 17-5-2022 08:50 PM
Skuau replied at 17-5-2022 12:46 PM
sb yg ni dh mati... x kena bg mkn lg..yg Msia nk antar PATI drng...yg drng x nk terima aritu.sb..y ...

repatriation cost tu siapa tanggung? Gaji pun tak pernah dibayar katanya.

Quote monreyes 18-5-2022 12:21 AM
selalu org x cerdik kalau bab duit auto pandai je
Quote sekngucing 18-5-2022 12:24 AM
Nnoor2 replied at 17-5-2022 11:25 AM
Kesiannya...moga yg menipu tu segera ditangkap dan dihukum

ditangkap ddihukum??
bg aku upah..aku bunuh semua pihak yg terlibat

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.053882 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top