CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

4 Tahun Mencuba, Akhirnya Mona Allen Hamil Lepas Minum Air Kelapa Bakar Ustaz

15-5-2022 04:22 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 5925| Komen: 41|Original author: Saiful

Description: Empat tahun kahwin, Pekin dan Mona Allen bakal menimang cahaya mata pertama.
Empat tahun kahwin, Pekin dan Mona Allen bakal menimang cahaya mata pertama.

Usia kandungan Mona dah mencecah enam bulan dan sebelum ini dia bertindak merahsiakannya kerana belum tiba masa sesuai.


Foto: IG

"Alhamdulillah... kandungan dah masuk enam bulan. Sebenarnya kami bukanlah sorok atau merahsiakan kehamilan. Tapi sekadar tak umum saja.

"Ikutkan ada saja video atau gambar yang memperlihatkan ‘baby bump’. Cuma kami memilih untuk umum selepas kandungan dah kuat dalam enam atau tujuh bulan.

"Rancang nak umum masa kandungan cecah tujuh bulan tapi sebabkan ramai yang dah bertanya sebab dah viral, jadi kami umum saja," katanya kepada mStar Online.



Kata Mona sebelum ini dia dan Pekin dah melakukan pelbagai rawatan untuk cuba hamil.

"Sebenarnya saya dan suami ada berubat dengan seorang ustaz menggunakan kaedah perubatan Islam untuk ikhtiar hamil.

"Kebetulan ada shooting di Melaka, kawan pun beri cadangan untuk jumpa ustaz di sana. Alhamdulillah, dalam ikhtiar untuk dapatkan anak saya hamil selepas kali ketiga minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa.

"Sebelum ini, kami ada juga buat pemeriksaan doktor dan doktor beritahu saya dan suami tiada masalah kesihatan lain. Itu yang ambil keputusan untuk cuba perubatan Islam pula."



Pekin yang alami alahan macam mual, muntah dan mengidam.

"Saya tak ada alami alahan sepanjang hamil ini tapi Pekin pula kena tempias alahan. Masa bulan pertama itu, dia mual, muntah dan mengidam macam-macam.



"Sekarang pun, ada masa dia rasa mual-mual juga. Tapi tak selalu. Saya ada baca dekat online, katanya kalau lelaki yang kena alahan maksudnya dia suami penyayang."

Mona dan Pekin berkahwin pada 7 Disember 2018. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 15-5-2022 06:37 PM
Haish, lama2 leh bawak syirik kalau dok sebut2 mcm ustz tu yang bg ko pregnant.
Quote Rogue98 15-5-2022 06:39 PM
Hahaha...patutlah Maya darina dulu wujud....suka sangat percaya bukan2.
Quote hzln 15-5-2022 06:59 PM
Baca doa dgn air kelapa bakar = perubatan islam

Nak komen byk pun rasa malas
Quote princessmiang 15-5-2022 07:05 PM
Maya darina left the chat
Quote she 15-5-2022 07:07 PM
Mona ni helok
Dalam YT pun nampak matang
Laki sheols je serabut sikit
Tapi bila dia review kereta
Oklah dia takde mencapub acah banyak duit
Nampak lah dia selalu sebut dia belum mampu
Quote makadek 15-5-2022 07:42 PM
Gebu dia ni air muka keras
Quote Suchi 15-5-2022 08:14 PM
Ingatkan minum air tasek dayang mengandung
Quote TerataiMelur02 15-5-2022 08:42 PM
Bagus jugak atleast kongsi tips.. Marilah kita berkongsi tips untuk porumer yang masih ber ttc
Quote KBW2 15-5-2022 08:55 PM
AKu baca kelapa jadi kepala.
Quote bambimo 15-5-2022 09:26 PM
Tahniah mona dan pekin..
Semoga selamat bersalin
Quote Note8687 15-5-2022 10:11 PM
Hebat la acik2 forum punya speku kat benang baju raya tu. Ternyata benar belaka..
Quote nakkomenjugak 15-5-2022 10:28 PM
Congrats!
Kalau dapat anak boleh laaa nama kan heshe IMAN.
Quote jerukkedondong 15-5-2022 10:41 PM
Suka je aku tgk Mona ni..
Walau nmpk urban balik kg Pekin boleh ngam Mona dgn mil and inlaws
Selamat melahirkan
Moga baby sihat
Quote edayildiz 15-5-2022 10:55 PM
pekin ni kwn kazen i..geng2 mpi..xsangka kn dia kawen muna.mi suka muna ni masa i sekolah rendh dia femes as tasha celcom...tp skrg dia xcntik sgt mcm dulu..kejung pp dia..
Quote jejaka_hensem 15-5-2022 10:56 PM
Yg belum kawin tu,tapi nak anak boleh la g minum air kelapa bakar ustaz ni.
Quote Acikgomen 16-5-2022 12:27 AM
edayildiz replied at 15-5-2022 10:55 PM
pekin ni kwn kazen i..geng2 mpi..xsangka kn dia kawen muna.mi suka muna ni masa i sekolah rendh dia  ...

Soh kazen chuols tanye heshe bila nak bayo duit kwn acik limaploh ribu tu
Quote edayildiz 16-5-2022 12:39 AM
Acikgomen replied at 16-5-2022 12:27 AM
Soh kazen chuols tanye heshe bila nak bayo duit kwn acik limaploh ribu tu

xpyh tnya..nnti i call kak muna direct
hi acik camat hari raya
Quote Acikgomen 16-5-2022 12:49 AM
edayildiz replied at 16-5-2022 12:39 AM
xpyh tnya..nnti i call kak muna direct
hi acik camat hari raya

Matriye
Chuols balik kelate tuari buang sampah kat hiway tak
Quote Nenolen 16-5-2022 01:01 AM
Note8687 replied at 15-5-2022 10:11 PM
Hebat la acik2 forum punya speku kat benang baju raya tu. Ternyata benar belaka..

sapa yg tgk ytube pekin mmg tau mona preggy sebb mmg mona ada tunjuk pegang perut…tak silap video seblum atau masa bln ramadan gitu…bdk2 ytube yg subs channel pekin tau dahhh…

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.055555 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top