CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Matematik Noda 2 Wanita Di Parti Krismas

13-5-2022 03:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1103| Komen: 1

Description: Seorang guru matematik dihadapkan di mahkamah atas tuduhan memperkosa dua wanita dalam satu parti Krismas di sebuah gimnasium.
Seorang guru matematik dihadapkan di mahkamah atas tuduhan memperkosa dua wanita dalam satu parti Krismas di sebuah gimnasium.

Portal Metro UK melaporkan, atlet angkat berat, Jack Crosse, 32, 'sangat mabuk' apabila dia dikatakan menyerang wanita itu seorang demi seorang di parti berkenaan.

Mahkamah Crown Cardiff dimaklumkan, Crosse dilihat 'bertindak secara seksual yang tidak sesuai' kepada wanita di parti di Pontypool, pada Disember 2019.


Kredit foto: Mirror

Pihak pendakwaan berkata, suspek mencium wanita pertama ketika dia dalam perjalanan ke tandas dan memaksa mangsa melakukan seks oral.


Mahkamah diberitahu, wanita itu berulang kali menyuruhnya berhenti tetapi Crosse terus melakukan perbuatan itu.

Wilkes berkata, wanita itu kemudian berjaya melarikan diri apabila membuat helah bahawa dia terpaksa pergi dan akan kembali ke situ.

"Itu bukan niatnya sama sekali, ia adalah muslihat untuk menjauhkan diri daripadanya," jelas pendakwa raya.

Crosse yang bekerja sebagai guru matematik di sekolah Tinggi Llanishen di Cardiff kemudian didakwa kembali ke parti itu dan mendekati wanita kedua.

Mahkamah diberitahu, defendan terus menghampiri wanita terbabit, menari di sekelilingnya dan memaksanya menari.

Crosse kemudian menariknya ke dalam bilik gelap dan merogolnya sebanyak dua kali.

Atlet itu ditangkap pada keesokan harinya tetapi mendakwa kedua-dua wanita itu bersetuju untuk melakukan hubungan seks di gimnasium berkenaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 13-5-2022 03:35 PM
[youtube]vQvSEGqwiUI[/youtube]
https://www.youtube.com/watch?v=vQvSEGqwiUI

Cctv tunjok betine tu yang birah ciom zantan ney tarek2 tengkok dia.  Zantan tu hakim bebaskan..

Tu pase aku kata certain2 times memang women yang mulekan.  Usually yang lose la.  Silap2 kuman HIV pon bertepek2 kat fugi dia..  Sape ade anak terune berhati2 la.


Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.043308 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top