CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Paderi Dikecam, Lamar Teman Wanita Semasa Majlis Pengebumian Bapa

13-5-2022 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1883| Komen: 10

Description: CAPE TOWN – Seorang paderi di Afrika Selatan menerima kecaman ramai apabila melamar kekasihnya pada acara pengebumian bapa wanita berkenaan, lapor akhbar Metro UK.
CAPE TOWN – Seorang paderi di Afrika Selatan menerima kecaman ramai apabila melamar kekasihnya pada acara pengebumian bapa wanita berkenaan, lapor akhbar Metro UK.


Video lamaran itu telah dimuat naik pada akaun TikTok bernama @M.Mojela.

Rakaman menunjukkan situasi di sebuah acara pengebumian sedang diadakan, dengan ahli keluarga si mati duduk di hadapan keranda berisi mayat. 


Foto: Tiktok

Lelaki itu kemudian dilihat membuat lamaran dengan berlutut di hadapan wanita itu yang sedang menitiskan air mata. Lamaran tersebut sedikit terganggu oleh bunyi daripada mikrofon yang dipegang lelaki berkenaan.


“Melamar anak si mati di pengebumian. Mengesat air mata untuk kedua-duanya,’’ demikian menurut keterangan pada video berkenaan.

Seorang daripada tetamu yang hadir menjerit tanda bersetuju kerana terkejut selepas menyedari wanita itu dilamar.

Video itu bagaimanapun menerima banyak reaksi negatif dengan ramai yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak sopan untuk dilakukan.

“Tidak (melamar) ketika majlis pengebumian. Saya akan berkata tidak. Beri peluang saya menghormati orang yang saya sayangi,” kata seorang netizen.

Usaha paderi itu bagaimanapun berhasil apabila teman wanitanya menyarungkan cincin yang dihulurkan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 13-5-2022 04:38 PM
tak nyempat nyempat. apekeheinya
Quote Decaffeinated 13-5-2022 05:04 PM
kena dengar dari dua2 pihak

Quote fefeeling 13-5-2022 05:10 PM
Ala2 nak tunjuk kt si mati la see your dotter got my shoulder to cry on after your passing gicheww
Quote Artemesiaa 13-5-2022 06:04 PM
Macam tak ada hari lain boleh buat time tu jugak naknya
Quote xAthenax 13-5-2022 06:18 PM
Dia takut orang lain overtake ke?
Quote FOTHER-MUCKER 13-5-2022 06:54 PM
Ada bagus juga sebenarnya, kerana walaupun dia kehilangan orang tersayang #1 tetapi dalam masa yang sama tetiba rupanya ada orang yang menyangi dia!
Quote sukacactus 13-5-2022 07:43 PM
Kat sana ada astro x?
Selalu astro je yg suka buat gini
Ada program live apa2, tiberrr ada plak yg nak nyarung cincin
Quote SalenaGomez 13-5-2022 07:49 PM
FOTHER-MUCKER replied at 13-5-2022 06:54 PM
Ada bagus juga sebenarnya, kerana walaupun dia kehilangan orang tersayang #1 tetapi dalam masa yang  ...

Hahahahah tah2 sebelum ni bapak nya halang depaz…tu yg terus lamar lepas bapak nya meninggal  
Quote sharlenetexas 13-5-2022 08:17 PM
Saudara mara deraman blekpar ke? Tgk sipi2 mcm ada iras.

Quote Redskin 14-5-2022 11:14 AM
Ini musti semasa hidup bapak pompuan
tu reject paderi sebab dah tahu pangai paderi
ramai yg suka menyontot budak kecik.

Bapaknya baru meninggal, belom kebumi lagi tak nyempat2 nak melamar.

Dasar paderi kapla bawah berbungkos kemas takleh kontrol mencanak2 tak sabar pantang nengok pompuan.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.050857 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top