Diberi gelaran kanak-kanak paling kaya di Afrika, Muhammed Awal Mustapha menerima sebuah kereta mewah Lamborghini sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-10, Rabu lalu.
Dia yang popular dengan nama Mompha Junior merupakan anak kepada jutawan Ismailia Mustapha. Lamborghini Aventador berwarna kuning itu dianggarkan bernilai £300,000 (RM1.6 juta) Kisah pemberian hadiah mewah itu mencuri perhatian ramai selepas bapanya memuat naik foto menerusi Instagram. "Ada anak lelaki seperti kami menjadi sebab kenapa saya teruja untuk teruskan hidup, senyuman kamu merupakan kegembiraan kami. "Selamat hari lahir anakku, Muhammaed Awal kini berusia 10 tahun," tulis bapanya kepada 1.2 juta pengikut.
Di ruangan komen, ramai netizen turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat kanak-kanak lelaki bertuah itu. Bapanya yang dikenali sebagai Mompha Senior merupakan ketua pegawai eksekutif (CEO) Mompha Burea De Change, di kepulauan Lagos. Ahli perniagaan itu sebelum ini kerap berkongsi paparan kehidupan mewahnya menerusi Instagram. Keluarga itu turut memiliki kereta mewah, jet peribadi dan rumah agam di beberapa negara termasuklah Dubai dan Nigeria. - CARI Sumber: mStar/Daily Star
|
DayangKirana replied at 13-5-2022 10:32 AM
apaknye ni kabor nye mastermind scammer.. no wonder la kaye gilos...
FOTHER-MUCKER replied at 12-5-2022 07:21 PM
Nigerian scammer yang kara raya menetap di Dubai tu pun dah ditangkap.
Hushpuppi ke apa.
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-3-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.101886 second(s), 42 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.