MADRID – Sepanyol akan menjadi negara Barat pertama yang menawarkan ‘cuti datang bulan’ kepada wanita yang mengalami senggugut ketika bekerja.
Ia memperuntukkan cuti tiga hari sebulan bagi wanita yang mengalami masalah itu, lapor portal berita MailOnline. Langkah tersebut akan dimulakan oleh kerajaan Sepanyol pada minggu hadapan, demikian menurut pengumuman oleh stesen radio Cadena Ser. Antara negara lain di dunia yang sudah memberikan cuti haid kepada wanita termasuk Jepun, Korea Selatan, Indonesia dan Zambia.
Di bawah pakej pembaharuan yang ditetapkan untuk diluluskan oleh mesyuarat Kabinet Sepanyol pada Selasa hadapan, sekolah juga dikehendaki menyediakan tuala wanita untuk kanak-kanak perempuan yang memerlukannya. Setiausaha Negara bagi Kesaksamaan dan Menentang Keganasan Jantina, Angela Rodriguez, mengumumkan langkah untuk menjamin kesihatan haid dan pemulihan kesihatan reproduktif pada 3 Mac lalu termasuk memberi cuti kepada wanita yang keguguran. “Hak berkaitan dengan kesihatan haid tidak pernah dibincangkan dan datanya mengejutkan. “Satu daripada empat wanita tidak boleh mendapatkan produk kebersihan yang ingin dibelinya atas sebab-sebab kewangan. “Disebabkan itu kami cadangkan mereka boleh mendapatkannya secara percuma di pusat pendidikan dan sosial,” kata Rodriguez kepada akhbar El Periodico. – CARI Sumber: Kosmo
|
SecretLuv replied at 13-5-2022 09:39 AM
Bestnya kalau kat Malaysia pun ada cuti untuk datang bulan.. Iols pun selalu senggugut tapi terpaksa ...
mejaputih replied at 13-5-2022 01:06 AM
dia punya cramp tu ya ampun...tp x suka makan pain killer..pastu siap urat2 sakit kat blkg bahu dan ...
Dwdrum replied at 13-5-2022 05:15 PM
U ambil painkiller apa?.... I any painkillers or menstrual pills memang tiada effect... I cramps s ...
mejaputih replied at 13-5-2022 01:21 AM
doktor prescribe menstrual...tp iols mmg tak suka so tak makan la..kalau kat rumah tuam dgn bekas ...
Dwdrum replied at 13-5-2022 05:29 PM
I memang jumpa gynea since belum kahwin lagi ..depa cakap sakit akan hilang selepas deliver baby. ...
edayildiz replied at 13-5-2022 05:35 PM
br td g hntr opismate kena serang period pain p klinik
.seksa tgk dia..i perempuan jgk tp peripd i b ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-4-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.054787 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.