CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Netizen Tanya Rahsia Awet Muda, Maria Farida Tiada Penjagaan Khusus

12-5-2022 10:06 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4520| Komen: 41|Original author: Tatod

Description: Datin Seri Maria Farida Atienza adalah salah seorang pelakon di Malaysia yang walaupun sudah berusia 53 tahun namun kelihatan muda daripada umur sebenar malahan kejelitaannya juga masih tetap terserla ...

Datin Seri Maria Farida Atienza adalah salah seorang pelakon di Malaysia yang walaupun sudah berusia 53 tahun namun kelihatan muda daripada umur sebenar malahan kejelitaannya juga masih tetap terserlah.

Memetik laporan Media Hiburan, setiap hari pasti ada saja dari kalangan pengikutnya di media sosial yang mengajukan pertanyaan berkaitan tips untuk menjaga kulit wajah agar tampak muda dan berseri.


Pun begitu, Maria menjelaskan dia tidak tahu bagaimana cara untuk menjawab pertanyaan tersebut kerana dia sendiri tidak mempunyai sebarang penjagaan khusus kerana selama ini dia memilih untuk menjalani hidup tenang dan positif.

"Saya tidaklah terlalu menjaga cuma rasa bertuah kerana mungkin memiliki genetik yang baik daripada keluarga. Sejujurnya, saya tak berapa nak ambil apa-apa contohnya produk anti-aging dan sebagainya. 

"Cuma mungkin sebab saya tidak merokok dan cuba menjaga kesihatan serta selalu berfikiran positif.  Setiap hari orang tanya sampai saya sendiri pun tak tahu nak jawab macam mana sebenarnya," kata aktres itu.


Selebriti yang turut menyertai program The Masked Singer Malaysia Musim kedua itu turut mengatakan dia mungkin mewarisi genetik berkenaan daripada ibunya kerana dia sudah berusia 70 tahun namun kelihatan muda dari usia sebenar.

Untuk rekod, Maria buat kali kedua mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Rahman Shakur pada November 2015 selepas 10 tahun menjanda.  -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketambangkang 12-5-2022 10:19 AM
treatment yg sama la ni dgn bff dia ekhyra
Quote Nham22 12-5-2022 10:43 AM
Genetic la kot.... Pemakanan... Xpon susuk... Gituuu
Quote stingerflanks 12-5-2022 10:46 AM
Gunakheun kaedah embalm treatment seperti yg digunakheun normahbaru@makjujat@Jmodel, misshaidnipas,makadekzz...mutu terjamin...

Slogannya biar mulut bermakjujat tapi raut beekilat glowing.....



Kahkahkahkahkah
Quote Prickford 12-5-2022 10:56 AM
Dulu i selalu suka tengok orang2 tua tapi still jaga kecantikan, still nak nampak muda saing2 orang 20an. Tapi bila lama2 pikir, iolls rasa hype mmg lah dia cantik, tp mental dia kita tak tau. Takde sape yg sempurna. Kita mungkin tak secantik Maria Farida tp sistem reproductive kita lagi cantik dari Maria Farida. Gitulah pikiran iolls haha
Quote Mamason 12-5-2022 10:58 AM
Muda akhirnya tua...gitu je lah kita fikir... nak muda setara mana... Allah dah letakkan fitrah kehidupan begitu...
Quote Beribear 12-5-2022 11:11 AM
Baguslah tua2 pon still nampak cantik. Pg td tengok ig pelakon filipin marian rivera dgn kristine hermosa dah nak 40 pon still cantik jeles betul
Quote hareeeesah 12-5-2022 11:25 AM
Beribear: Baguslah tua2 pon still nampak ...


dorg tu mmg cantik kan..! Nampak la dah muka berubah aging gracefully kata org kan..
Maria ni ok je x la nampak muda naw cuma sebab rambut kepuk-kepuk makeup dressing gitu nampak la muda..
Quote Nenasketum 12-5-2022 11:30 AM
Dia ni rasa suka buat laser kot sebab masa intebiu yang gado2 dengan ex bff si Karen (nama glamer), nampak segala2 urat timbul merata. Dalam tb make up sekilo terus tak nampak. Kendian jenis yang tak tak ke dapur, gittew!!
Quote babelina 12-5-2022 11:33 AM
bila tua..yg penting xde sakit2 teruk.. yg perlu bergantung dengan ubat.. alhamdulillah..
masa aku sek..kwn aku selalu ckp.. muka aku nie bujur klau dh tua msti x cantik.. org muka bulat yg cantik.. mentang2 la muka diua bulat..tp maria farida nie mmg cantik.. bdn pn cntik..
Quote missHaidiD 12-5-2022 11:39 AM
MF ni ada ank tak cuols.

Cite dia berlakon aku cuma ingt 1 je yg dgn azhar sulaiman tu.
Quote Piramida 12-5-2022 11:40 AM
Suka tengok yg tua2 jaga makan, jaga bdan, masih solid.
Ni tak, lepas kawin je mcm malas dah nak kisahkan penampilan, baik laki baik pompuan.
Quote missHaidiD 12-5-2022 11:46 AM
Sudah2 la rahim jaga. Ko tetap terbangsat skali berbanding acik2 forum dlm ni. Takpyh nk try hard sgt nk menunjuk yg ko arini cuti. Jadi bole la layan forum dr pg smpai mlm


Pakcik jaga yg berumur 50an aktif dlm porum
Spesis rare ni
Quote Meiizu 12-5-2022 11:48 AM
Dah dia memang lawa dari acik2 seumur dia..apa sgtlhah nak dijaga.
Kalau dari azali genetik biasa2 takkan boleh jadi cantik
Quote mamajawie 12-5-2022 11:57 AM
rahsia dia senang je dapat jantan bleh spedo dia bulanan puluh ribu ke ratus ribu so muka pun nmpak muda la..
Quote missyL 12-5-2022 12:06 PM
Nenasketum replied at 12-5-2022 11:30 AM
Dia ni rasa suka buat laser kot sebab masa intebiu yang gado2 dengan ex bff si Karen (nama glamer),  ...

Acik karenn tu nmpk tua btol
Klo dlm ig filter x thu bape lapis.
Tp Kadang2 terselit kt ig org lain xde filter mmg tua sgt
Quote Lily_Elizabeth_ 12-5-2022 12:07 PM
mamajawie replied at 12-5-2022 11:57 AM
rahsia dia senang je dapat jantan bleh spedo dia bulanan puluh ribu ke ratus ribu so muka pun nmpak  ...

Eh taklah.

Tu kan laki tua dia tu.
Quote mamajawie 12-5-2022 12:09 PM
Lily_Elizabeth_ replied at 12-5-2022 12:07 PM
Eh taklah.

Tu kan laki tua dia tu.

iye maksud iollss petua nak lawa cm MF kena la cari jantan orka untuk spedo maintenance kita rega ribu riban stiap bulan..sbab tu dia beria caras somi ex BFF sndri mgkin tok tua tu kaya 7 keturunan x habis makan..

Quote lattehazelnut 12-5-2022 12:20 PM
Biasalah jawapan artis.. padahal ribu2 sebulan spend utk maintain kecantikan..
Kalau jaga makanan or pakai produk biasa pun mmg kurus tp still nampak acik2..
At least si e jujur je ckap cucuk or emsculp..
Quote ketambangkang 12-5-2022 12:29 PM
missHaidiD replied at 12-5-2022 11:39 AM
MF ni ada ank tak cuols.

Cite dia berlakon aku cuma ingt 1 je yg dgn azhar sulaiman tu.

ank kandung ade sorg, bakal berbesan dgn nouruldepp si MF ni

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.212601 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top