CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yana Samsudin Dedah Pernah Guna Duit PTPTN Untuk Pelaburan, Setahun Catu Belanja Makan RM3 Sehari

12-5-2022 10:07 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2137| Komen: 16|Original author: Tatod

Description: Sebut sahaja selebriti hiburan, pasti perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah jumlah bayaran yang diterima. Apatah lagi jika mereka terbabit dengan banyak projek dan sering muncul di kaca tel ...

Sebut sahaja selebriti hiburan, pasti perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah jumlah bayaran yang diterima. Apatah lagi jika mereka terbabit dengan banyak projek dan sering muncul di kaca televisyen, secara logiknya sudah pastilah pendapatan mereka agak lumayan.

Pun begitu, pelakon dan pengacara, Yana Samsudin menjelaskan pendapatan mereka tidaklah sebanyak seperti yang disangkakan oleh orang ramai. Namun, dia bersyukur kerana mempunyai simpanan sendiri hasil pelaburan yang dilakukannya ketika masih belajar di universiti.


"Sebut sahaja meniyimpan mesti orang akan cakap, ''ala... bolehlah kalau duit ko banyak. Ko kan artis.

"Saya mula menyimpan di tempat pelaburan dalam masa sama guna duit PTPTN yang pertama. Selepas tu, setahun ikat perut makan Rm3 je sehari. Alhamdulillah, syukur," coretnya di Instagram.

Pemegang ijazah Sarjana Muda Seni Layar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu juga berkata bahawa ketika mula bertapak sebagai pelakon, hasil pendapatannya hanya cukup untuk menyara keperluan asas sahaja.


Katanya lagi, sekiranya melabur di tempat yang betul maka ia akan mendatangkan hasil yang sedikit sebanyak dapat membantu menyara dan menampung keperluan keluarga.

"Artis pun tak banyak duit. Cukup-cukup makan je kalau masa mula-mula sekali nak bertapak. Sama seperti pekerja kontrak.

"Percayalah, kalau ada azam, ilmu, planning dan tempat kita nak melabur tu tempat yang betul, insya Allah, menjadi," tulisnya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jajuli 12-5-2022 11:29 AM
Man tempat  nak belajar labur dlm klse tu ya, tak mahulah yg MCM jijang semang  , Najib Sadok tu semua
Quote MoonRise 12-5-2022 12:14 PM
Dulu2, rm3 tu dpt menu complete jgk.
Bercerita dari pengalaman.
Sekian
Quote lattehazelnut 12-5-2022 12:23 PM
Edited by lattehazelnut at 12-5-2022 12:29 PM

Ye lah bf or sugardaddy tanggung belanja makan suma.. mmg la duit ptptn xusik..
Brp ramai laki org support anak org lain kat uni.. nak2 artis muda gedik2 kan..

Dia bukannye pergi uni zaman 80an..
Umur baru 38..
Dia masuk uni agak2 tahun 2002 kalau diploma..
Menipu la boleh beli lunch n dinner rm3..
Duit belanja sekolah i pun rm3-5 masa tu..
Quote dua_chzy 12-5-2022 12:24 PM
MoonRise replied at 12-5-2022 04:14 AM
Dulu2, rm3 tu dpt menu complete jgk.
Bercerita dari pengalaman.
Sekian


Yeap. Boleh dapat nasi, ayam/ikan seketul, kuah, sayur, sambal belacan. Sekarang ni RM 3 boleh dapat nasi, kuah, telur ja kot kat kafe U.
Quote annehuda 12-5-2022 12:27 PM
pelaburan apekah? dulu ada member aku penah tarik aku gi ceramah MLM.  siap paksa kitorang pinjam duit kat makbapak nak buat investment, konon nanti boleh bayar balik. nasib baikla family aku memang miskin takde duit nak kene scam
Quote Perawankota 12-5-2022 02:39 PM
Alaa.. Yang lain makan kat dewan makan kan.. Mmg boleh jimat..
Quote mamajawie 12-5-2022 02:48 PM
baca boleh percaya x payah..djaman aku blaja circa 2010 pun makan siap air da rm6..tu pun nasi ayam bajet n teh ais bukan nasi berlauk
Quote Buritan 12-5-2022 02:52 PM
lattehazelnut replied at 12-5-2022 12:23 PM
Ye lah bf or sugardaddy tanggung belanja makan suma.. mmg la duit ptptn xusik..
Brp ramai laki org s ...

Lopes ni kuar laa inilaa tmpat saya menabung dulu.. koh kohkoh .. yg acik acik tuu pun ternganga atas bwh mendengo cite
Quote SherryZass 12-5-2022 03:15 PM
annehuda replied at 12-5-2022 04:27 AM
pelaburan apekah? dulu ada member aku penah tarik aku gi ceramah MLM.  siap paksa kitorang pinjam du ...

haha. adoi, aku tak tau nak bersedih ke nak tergelak, tapi aku tergelak. ada hikmah ya, takdelah kena scam dengan scammer lahanat
Quote naina 12-5-2022 04:52 PM
Tengok dia mesti teringat hidung dia
Keh3
Quote katakauu 12-5-2022 06:17 PM
yooooooo
ada agenda washmoney ke ni
gtau awal pelaburan xdela kaya tetibe org
bertanyaaa

kannn
Quote sleepandream 13-5-2022 12:36 AM
dia melabur dekat mana? ASB ke
Quote byz_87 13-5-2022 09:34 AM
tak tau la kan, tp my friend yg dapat pinjaman penuh mmg dia laburkan separuh masuk ASB, melabur juga tu kan, hehe, ada bagi dia punya mom, and kalau tengok dia berbelanja memang menjaga, sekarang ni 2 3 buah rmah dia ada, Alhamdulillah, this back in 2005-2007
Quote gigahertz 13-5-2022 11:20 AM
naina: Tengok dia mesti teringat hidung diaKeh3

tengok dia teringat baju anggun.
Quote ninja boy 13-5-2022 11:30 AM
2002 Rm3 itu utk mkn sehari sekali
Quote cikenit2007 15-5-2022 09:39 AM
Yup..kalau time uni awal 2000..rm 3 mmg boleh beli lunch ...time 2004 2005 MLM tengah menggile kt uni..Luxor la..Amway la..kalau kt kg aku CNI....hehehe..tua nau dah aku...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.054602 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top