Sebut sahaja selebriti hiburan, pasti perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah jumlah bayaran yang diterima. Apatah lagi jika mereka terbabit dengan banyak projek dan sering muncul di kaca televisyen, secara logiknya sudah pastilah pendapatan mereka agak lumayan.
Pun begitu, pelakon dan pengacara, Yana Samsudin menjelaskan pendapatan mereka tidaklah sebanyak seperti yang disangkakan oleh orang ramai. Namun, dia bersyukur kerana mempunyai simpanan sendiri hasil pelaburan yang dilakukannya ketika masih belajar di universiti.
"Sebut sahaja meniyimpan mesti orang akan cakap, ''ala... bolehlah kalau duit ko banyak. Ko kan artis.
"Saya mula menyimpan di tempat pelaburan dalam masa sama guna duit PTPTN yang pertama. Selepas tu, setahun ikat perut makan Rm3 je sehari. Alhamdulillah, syukur," coretnya di Instagram.
Pemegang ijazah Sarjana Muda Seni Layar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu juga berkata bahawa ketika mula bertapak sebagai pelakon, hasil pendapatannya hanya cukup untuk menyara keperluan asas sahaja.
Katanya lagi, sekiranya melabur di tempat yang betul maka ia akan mendatangkan hasil yang sedikit sebanyak dapat membantu menyara dan menampung keperluan keluarga.
"Artis pun tak banyak duit. Cukup-cukup makan je kalau masa mula-mula sekali nak bertapak. Sama seperti pekerja kontrak.
"ercayalah, kalau ada azam, ilmu, planning dan tempat kita nak melabur tu tempat yang betul, insya Allah, menjadi," tulisnya. -CARI
|