CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Panik Nampak Ular 'Naik 'Kereta

9-5-2022 09:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1882| Komen: 15

Description: Seorang wanita memberhentikan kereta di lorong kecemasan Kilometer 26.7 Lebuh raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) selepas panik ternampak ular di dalam kereta.Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) S ...
Seorang wanita memberhentikan kereta di lorong kecemasan Kilometer 26.7 Lebuh raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) selepas panik ternampak ular di dalam kereta.


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menerusi kemas kini di Facebook berkata, kejadian sekitar jam 6 petang pada Ahad itu disedari anggota JPJ yang sedang membuat rondaan di kawasan tersebut.


Anggota JPJ membantu mencari ular yang terdapat di dalam kereta seorang wanita yang berhenti di lorong kecemasan Kilometer 26.7 Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, pasukan peronda diketuai Ahmad Khairuddin Khalid @ Othman bersama dua anggota bertindak melakukan pemeriksaan pada kenderaan berkenaan.


"Pemandu kenderaan dan anaknya keluar daripada kenderaan dan memaklumkan terdapat seekor ular di bahagian letak kaki pemandu dan meminta bantuan anggota JPJ untuk mencari ular tersebut.

"Setelah memeriksa kereta tersebut, ular jenis tedung dijumpai dan berjaya dikeluarkan daripada kenderaan," menurut kenyataan di Facebook pada Ahad.

Tambah kenyataan tersebut, pemandu kenderaan tersebut mengucapkan terima kasih di atas bantuan serta tindakan pantas yang diberikan oleh anggota JPJ bertugas.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 9-5-2022 09:49 AM
Ya Allah, nasib tak jd apa2. Tedung tu. Pagi ni iollss paranoid naik kereta entah knp asyik terfikir ular ada dlm kereta. Semalam iolss baca thread puff adder tu terus terbayang bayang. Pagi ni baca berita ni pulak
Quote prettyuglybabe 9-5-2022 09:58 AM
gila la dah masuk highway pulak tu..
kalau i mau bertempiaran kat situ
anyway penuhnya kereta dia bersusun sampai atap..
nampak ke kat tengok belakang..
ke jenis drive tak pandang depan belakang kiri kanan..
Quote olaklempit 9-5-2022 10:02 AM
Nauzubillah...seram baca
Sebab tu bila balik kg aku pastikan boot kereta bertutup sementara masuk dalam angkut barang2...taknak dalam tak sedar alien ni masuk. Kg mak aku keliling rumah tanah2 jiran semak samun ada ular ni
Quote kurga 9-5-2022 10:46 AM
tu kekadang risau bila kereta park lama.. mesti ada yg duduk dalam.. bukan area ada hutan je ada.. kat kawasan perumahan yg xde hutan lagi banyak..
Quote ezacbee 9-5-2022 10:47 AM
Kat kaki tu, mau menggelupur.
Quote kakikuDibibirmu 9-5-2022 10:57 AM
Arbok tersenyum sinis
Quote batmana 9-5-2022 11:16 AM
Klu balik kg..Sblum bawa kereta.kna kosong kn dlmnya.check..sembur ke apa2..bru msukn brg.keme bhati2 dlu .check brg2 yg nk dmasukan juge.buke dlmnya.kot2 ada lipas.ular.tikus msuk skali.
Quote kawaiichicken 9-5-2022 11:33 AM
Ular yang import dari afrika tu dah jumpa ke belum...bahayanyaa
Quote capiloton 9-5-2022 11:43 AM
[tiktok]7044811804576468251[/tiktok]
Quote musangbodoh 10-5-2022 11:28 AM
ingatkan ulau abe............
Quote afie_m 10-5-2022 12:15 PM
nasib sedar,..bahayanya
Quote Nnoor2 10-5-2022 12:18 PM
Elakkan parking kawasan semak ....tambah2 cuaca sekarang panas..ular cari tempat teduh
Quote najib888 10-5-2022 12:28 PM
Bab ular ni, aku cukup trauma..
Mcm dulu ada tertengok ular melingkar baik punya dalam mangkuk tandas..  tiap kali nak membuang, Mesti aku flush 2,3 kali nak pastikan takde apa2 yg duduk disebalik rim tu..
Quote kepompong 10-5-2022 12:32 PM
najib888 replied at 10-5-2022 12:28 PM
Bab ular ni, aku cukup trauma..
Mcm dulu ada tertengok ular melingkar baik punya dalam mangkuk tand ...

masa flush, ular tu akan turun ke… kot2 dia rilex je macam ada org nak mandikan dia gitew
Quote any42 10-5-2022 12:33 PM
ular dok kt tmpt ltak kki pmndu ya Allah nsib baik la akk tu xpanik. takutnyaaa minta jauh la tsrmpak dgn ular dlm keadaan2 diluar kwalan mcm tu. nauzubillah

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.467237 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top