CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"18 Tahun Tunggu" - Lelaki Sujud Syukur Lepas Timang Cahaya Mata Pertama

29-4-2022 08:42 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2832| Komen: 17|Original author: Cinta Erina

Description: Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan zuriat sendiri sebagai penyeri rumah tangga mereka. Tidak dinafikan lagi kehadiran cahaya mata di rumah akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
Sumber: Facebook Nik Mohamad


Setiap pasangan berkahwin pasti menginginkan zuriat sendiri sebagai penyeri rumah tangga. Tidak dinafikan kehadiran cahaya mata akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri. 

Bagaimanapun, ada pasangan yang diberikan rezeki zuriat di awal perkahwinan, namun ada juga pasangan yang terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mempunyai zuriat sendiri. 

Sumber: Google Image


Inilah yang terjadi kepada pasangan dari Mesir apabila penantian mereka sekian lama untuk mempunyai zuriat sendiri berakhir dengan khabar gembira.

Video pasangan itu dimuat naik pengguna Facebook dikenali sebagai Nik Mohamad Khairi yang mengatakan bahawa pasangan ini telah berkahwin selama 18 tahun.

Loading FB Post...

Menerusi video itu, kelihatan seorang lelaki dikatakan bapa kepada bayi berkenaan menangis selepas memegang anaknya yang diberikan salah seorang pegawai perubatan di hospital terbabit.

Dia kemudian terus melakukan sujud syukur sebelum ketibaan ahli keluarga lain yang turut teruja menyambut kehadiran anak kecil itu dalam hidup mereka. 

Difahamkan, ahli keluarga lelaki itu melemparkan gula-gula sebagai tanda kesyukuran dan kemanisan merupakan satu adat di Mesir. 

Keluarga ini juga tidak berhenti melafazkan rasa syukur mereka kepada Allah walaupun telah menunggu selama 18 tahun.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 29-4-2022 09:34 AM
bagus la dapat somi penyabar..kalau kat malaysia ni bru je kawen 2-3 tahun bila bini blum mengandung da sibuk nak cari bini baru
Quote rifaa 29-4-2022 05:19 PM
syukurlah dapat suami setia camni
semoga bahagia till jannah
Quote Artemesiaa 29-4-2022 06:12 PM
Tahniah buat mereka terbayar penantian yang lama
Quote cmf_jeangrey 29-4-2022 06:37 PM
Tahniah...happy for you

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Al Inshirah 94:5)
Quote kechikchomel 29-4-2022 08:42 PM
mamajawie replied at 29-4-2022 09:34 AM
bagus la dapat somi penyabar..kalau kat malaysia ni bru je kawen 2-3 tahun bila bini blum mengandung ...

Ada jugak somi OK je, boleh sabar lagi. Org keliling yg cucuk² suruh somi kawin lain.
(pengaruh drama )
Quote faraway1 30-4-2022 04:30 AM
aiyo tetiba me yang bergenang air mata...
Quote Meiizu 30-4-2022 06:31 AM
mamajawie replied at 29-4-2022 09:34 AM
bagus la dapat somi penyabar..kalau kat malaysia ni bru je kawen 2-3 tahun bila bini blum mengandung ...

Sekali kawin baru bini baru pun tak pregnant jugak
Quote jerukkedondong 30-4-2022 07:45 AM
Stgh somi anak berderet bini dalam pantang dia gi usha tino lain...halah halah
Quote becir 30-4-2022 09:42 AM
mamajawie replied at 29-4-2022 09:34 AM
bagus la dapat somi penyabar..kalau kat malaysia ni bru je kawen 2-3 tahun bila bini blum mengandung ...

Sekali lakinya mmg penah buat hal kawen lain tapi xdpt anak gak, then cerai.

So dlm kes ni tahniah la bininya kerana sabar
Quote jijilaaa 30-4-2022 11:42 AM
my in law pun dah masuk 15 tahun..kahwin masa umur 20..till now belum ada rezeki

i yang baru masuk 4 tahun belum ada baby ni pun dah tak tertahan sedih nya

doakan kteorg ye
Quote mamajawie 30-4-2022 09:48 PM
becir replied at 30-4-2022 09:42 AM
Sekali lakinya mmg penah buat hal kawen lain tapi xdpt anak gak, then cerai.

So dlm kes ni tahnia ...

Laki apa ada hal..kawen cerai bini x beranak2 disalahkan bini..rupanya dia yg mandul..hadoii
Quote mamajawie 30-4-2022 09:51 PM
jijilaaa replied at 30-4-2022 11:42 AM
my in law pun dah masuk 15 tahun..kahwin masa umur 20..till now belum ada rezeki

i yang baru masuk  ...

Iolllss doakan chuollss dapat zuriat dlm masa terdekat ni insha Allah..cm iolls pun beza anak 1st n 2nd 4 tahun..iollss pindah tempat keje lagi dekat dengan rumah, amalkan diet, bersenam bila da turun berat trun stress level alhamdulillah sangkut no. 2 tu..
Quote annehuda 1-5-2022 02:30 AM
mamajawie replied at 29-4-2022 09:34 AM
bagus la dapat somi penyabar..kalau kat malaysia ni bru je kawen 2-3 tahun bila bini blum mengandung ...

Kawan aku anak-anak semua perempuan,laki die pun cari bini baru teringin nak anak lelaki katenye
Quote mamastoney 7-5-2022 09:09 AM
jijilaaa replied at 30-4-2022 11:42 AM
my in law pun dah masuk 15 tahun..kahwin masa umur 20..till now belum ada rezeki

i yang baru masuk  ...

Iols doakan chuols dan ipar chuols dikurniakan babies. Ada tu, Inshaa Allah
Quote babelina 9-5-2022 09:39 AM
Edited by babelina at 9-5-2022 09:41 AM

Allahuakhbar.. Hrtu blk kampung suami,seboklah makcik2 nie tny xde isi ker.. siap pegang perut aku nie sambil bsalam.. sabar jer la.. cuma tu la.. Allah sebaik2 perancang.. pasti ada yg tbaik utk kami suami isteri.. aku doakn kepada mereka2 yg xde zuriat agr dikurniakn zuriat tepat pada masa nya.. inshaAllah..
Quote copy_paste 12-5-2022 03:53 PM
jenis cmni mesti jaga anak bbetul,kadang rezeki lambat tu yg terbaik

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.055148 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top