CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ini Adalah 5 Cara Tegur Anak Tanpa Perlu Tengking!

28-4-2022 05:41 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2814| Komen: 8|Original author: Agent13k

Description: Kebanyakan ibu bapa sudah biasa membesarkan anak-anak dalam situasi kurang baik ataupun marah-marah.
Kebanyakan ibu bapa sudah biasa membesarkan anak-anak dalam situasi kurang baik ataupun marah-marah.

Pperkara ini selalu berlaku apabila mereka tidak dapat menahan sabar ataupun penat bekerja seharian.

kredit foto: Her View From Home


Ini adalah lima cara untuk menegur anak tanpa perlu menengking mereka.

  • Bersikap Positif
kredit foto: Messy Yet Lovely


Anak biasanya cenderung melihat bagaimana sikap ibu bapa ketika mengekspresikan emosi dan perkara itu akan mempengaruhi mereka. Ibu bapa perlu belajar menguruskan situasi saat anak sukar dikawal atau sedang merengek.

Tambahan pula, daripada menengking anak secara langsung, dekati anak dengan tenang dan mereka akan mengikutcontoh positif ini. Tambahan, ibu bapa perlu menghargai anak apabila mereka sudah pandai mengawal emosi dengan berkelakuan baik.

  • Harus Bersabar
Kredit foto: QADT

Kesabaran sudah tentu ada batasnya, tetapi bukan cara dengan melepaskan marah saat menegur anak dan anak akan menangkap nada dan bahasa tubuh dari ibu bapa setiap kali mendapat teguran.

Menurut Pakar Pediartik Cleveland Clinic, bersabar mungkin perkara yang sukar dilakukan bagi ibu bapa yang menerapkan "co-parenting" atau mengasuh anak tiri dari pasangannya, tetapi dengan mengawal emosi dan menjaga pertuturan akan membantu mengedalikan situasi yang terkawal saat berbicara dengan anak.

  • Jangan Berteriak
kredit foto: Fatherly

Kata-kata ibu bapa boleh meninggalkan kesan bukan sahaja dalam hati kanak-kanak tetapi dalam pemikiran mereka sekiranya diberikan layanan yang kasar. Daripada memberitahu anak dengan berteriak, ianya lebih baik berbincang dengan kesabaran.

  • Beri Anak Pilihan
kredit foto: zerotothree

Menurut Doktor kanak-kanak Kimberly Churbock, ibu bapa boleh menggunakan sedikit helah untuk memberikan anak rasa percaya walaupun ibu bapa meminta melakukan tugas yang tidak diingini seperti membawa mainan kegemarannya ke dalam bilik mandi apabila sukar diajak untuk mandi.

Tetapi perlu diingatkan supaya tidak selalu mengikut kemahuan anak kerana anak akan menganggap ia sebagai cara mudah untuk mendapat permintaan.

  • Mempunyai had
kredit foto: DeedsDadNeed

Anak selalunya akan membalas dengan baik jika ibu bapa memberikan kesempatan untuk berbuat baik. Daripada menengking, lebih baik ibu bapa mengira dengan tegas atau beri had waktu untuk melakukan apa yang diminta.

Berhadapan dengan anak yang memerlukan kesabaran yang tinggi, ibu bapa seharusnya berfikiran terbuka dalam apa jua keadaan dan sentiasa bersikap tenang dan menstabilkan emosi sewaktu mengadalikan isu dengan anak. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 28-4-2022 07:44 PM
Kak i pggil i tarzan. Enough said.
Quote seri_mawr 29-4-2022 11:32 AM
klu sekali dua ok jek...tapi klu 4,5 kali tak bergerak mmg leboh pada tarzan boleh jadi..huhuhu....
Quote makadek 24-8-2022 09:45 PM
No tq ....anak2 aku rindu kalau aku jd pendiam lemah lembut diorg akan wat hall nk dengar aku nek gila
Quote apalancut 29-8-2022 12:44 PM
[youtube]xXhKx8OUZx8[/youtube]
Quote idayusoff 22-9-2022 02:25 PM
entah lah..dunia skg ni..jd makpak yg sporting salah jd makpak yg garang pun salah..ikutlah naluri keibubapaan kite ni..
Quote Carcosa 25-9-2022 10:00 PM
Eikhhhhh, tak jerit, tak jalan der
Quote TulenBang 28-9-2022 12:23 PM
rotan je..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.051728 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top