CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rasa Maruah Dipijak-Pijak, Erma Fatima Salahkan Masyarakat Yang Hipokrit! "Benda Buruk Cepat Je Nak Viralkan"

24-3-2022 01:32 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 10445| Komen: 96|Original author: Saiful

Description: Erma Fatima sedih kerana merasakan maruahnya kini seperti dipijak-pijak!
Erma Fatima sedih kerana merasakan maruahnya kini seperti dipijak-pijak!

Katanya apa jua penjelasan tentang video berahi itu tidak akan diterima banyak pihak.


Erma yang juga penerbit dan penulis skrip drama Perempuan Itu menyatakan dia kini menunggu masa sesuai untuk tampil menceritakan perkara sebenar.


Foto: IG

"Kalau saya cakap apa pun sekarang ini maruah saya bagaikan di tapak kaki orang. Seolah-olah selama ini saya hanya menghasilkan karya sampah.

"Itu hukuman yang diberikan oleh netizen dan beberapa pihak lain terhadap saya.


"Biarlah mereka nak katakan apa sahaja sekarang ini. Lebih baik saya berdiam dahulu. Mereka ada senjata untuk serang di media sosial, tetapi sebenarnya saya ada senjata yang lebih besar,"katanya kepada mStar Online.


Tambahnya, "Saya hadir ke pejabat SKMM untuk beri keterangan. Saya bawakan skrip asal drama ini. Daripada segi hukum memang salah kerana mewujudkan adegan tersebut. Namun skrip dan intrepstasi adalah dua perkara berbeza.

"Saya tidak boleh komen lanjut tentang siasatan tersebut.

"Tayangan drama ini juga belum pasti kerana pihak produksi dah melangggar dateline. Tunggu sahaja tarikh tayangan sebenar drama ini."



Erma juga kata masyarakat sekarang hipokrit apabila suka melihat sesuatu yang buruk berbanding perkongsian yang mendatangkan kebaikan.

"Bila kongsi sesuatu yang tidak elok, laju ia menjadi viral.

"Tetapi apabila cerita tentang kebaikan, susah nak dapat perhatian. Susah orang nak kongsi semula.

"Jadi janganlah terlalu hipokrit hendak hentam saya apabila terjadi kes sebegini."

Alamak, penonton pula kena balik. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 24-3-2022 01:45 PM
Kene admit je, scene tu melampau. Setel kes. Dalih tu dalih ni memang lah masyarakat marah.

Walau daku tak tengok tv, tapi daku hencap juga scene begini
Quote EJALTI 24-3-2022 01:47 PM
Dah tua2 pun masih bodoh...
Quote kaseh80 24-3-2022 01:50 PM
Sampah nya  dia ni ckp merapu dah mcm tak betul ye tak?
Quote nolya 24-3-2022 01:51 PM
Kesian Mak Cun.  Disebabkan kecerobohan (atau memang sengaja ke) Zulripin, MC sbg penerbit terpalit dn terkena tempiasnya.
Tapi MC tak perlulah nak tuduh penonton sbg hipokrit. Penonton melayu Islam sebenarnya tak redha ada artis melayu melakonkan adegan secara daring/lucah untuk tontonan ramai. Kalau scene begitu tidak dicekal/banteras, dikhuatiri ianya sbg langkah pemula untuk menormalisasikan babak2 yg melangkaui batas hukum adat melayu dn syarak. In the first place kenapa ada 'teaser' begitu?
Quote Carcosa 24-3-2022 01:52 PM
Ehhh si babi ni. Makin merapu nampk nya. Kau dah buang tebiat ke?!
Quote bulalof 24-3-2022 01:55 PM
pergi belajar agama yg ko dah lama tinggal dan pesongkan tu.
Quote Adrif 24-3-2022 01:57 PM
Erma Fatima sedih kerana merasakan maruahnya kini seperti dipijak-pijak!

Erma yang juga penerbit dan penulis skrip drama Perempuan Itu menyatakan dia kini menunggu masa sesuai untuk tampil menceritakan perkara sebenar.

"Itu hukuman yang diberikan oleh netizen dan beberapa pihak lain terhadap saya.

Mereka ada senjata untuk serang di media sosial, tetapi sebenarnya saya ada senjata yang lebih besar,

Daripada segi hukum memang salah kerana mewujudkan adegan tersebut. Namun skrip dan intrepstasi adalah dua perkara berbeza.


in denial..
pandai buat, pandai tanggung
hakikatnya, orang tak suka, orang tak terima, ia tetap salah
elok tak masuk tv terus lagi elok
sorry to say, scene tu memang jelas lagi bersuluh, lagi hina daripada sampah
hina lagi pelakon-pelakon, pengarah, penerbit, dan mereka yang terlibat
Quote Adrif 24-3-2022 01:58 PM
nolya replied at 24-3-2022 01:51 PM
Kesian Mak Cun.  Disebabkan kecerobohan (atau memang sengaja ke) Zulripin, MC sbg penerbit terpalit  ...

exactly  
Quote Harley_Quinn 24-3-2022 02:03 PM
Klo pn teaser tu x keluar, atau scene x masuk dlm drama, why in the 1st place wujudkan babak tu, dan lakonkan babak sebegitu? Itu pn dah slh, dan dia ni pn bkn muda remaja bbnu yg br nk knl dunia pn.
Dah berusia dah, xkan lee xtau babak2 cmtu mmg x ptut dibuat.Dan menyampah laa kdg2 bg alasan smua ni kerana seni.
Quote cmf_PariS 24-3-2022 02:06 PM
kan main lawa shoot di sebalik tiang2 kayu.. bukan arahan awak ke... kt mana pula nk menuduh org hipokrit.. ehhh acik ko lemban?
Quote debab_78 24-3-2022 02:08 PM
Lebih baik diam je.. bleh plak ko laharkan natizen hipokrit pulak
Quote uori 24-3-2022 02:09 PM
hujung2 salah netijen jugakkkkkkkkkk   


dari aritu dok cakap akan dedahkan hal sebenar, tapi tak dedah2 pun sampai benda dah nak naik basi
Quote talapia 24-3-2022 02:16 PM
cmf_PariS replied at 24-3-2022 02:06 PM
kan main lawa shoot di sebalik tiang2 kayu.. bukan arahan awak ke... kt mana pula nk menuduh org hip ...

dia producer kan? Producer ni kira tukang bagi modal utk produce the drama rasanya..
yang pikir camne pelakon kena buat apa smua.. pengarah.

dia jugak ke penulis skrip? Kalau ye.. dia menyumbang gakla.. sbb dr skrip yang daring.. tu jadi terjemahan ke lakonan jadi camtu.. sbb skrip asal dah daring.
Macam kita baca novel.. mana ada terpampang depan mata lakonan mcm mana.. setiap sebiji pergerakan digambarkan melalui ayat dalam novel tu. itu novel la. Kalau skrip.. tak pasti la pulak sedetail mane description perbuatan watak tu di tulis.

Ada terbaca katanya dalam skrip.. mmg ada menyatakan mereka membuat 'hubungan'. Cuma sebagai pengarah.. dia kena kreatif camne nak tunjuk kat penonton... takkan nak tunjuk adegan romen dalam tv macam citer blue. So kat situ pengarah n pelakon kena bijak. Banyak je cerita yg tak tunjuk pon directly.. tapi kita faham.

pelakon tu toksah citer la.. mmg suka bab2 gitu.. dia kan mmg cinlok dengan setiap heroin. Segala perempuan la berlakon dengan dia kena dukung.. kena peluk ramas bagai. What do you expect? Yang pompuan pon sama.. sedap eh kena dukung gitu. Kesian bakal laki kau.

Pengarah? Kau belum cukup ilmu.. tak bijak nak terjemah ke lakonlayar yang lebih menarik.
Quote kotakominami 24-3-2022 02:19 PM
Ade mintak maap tak?
Quote Prickford 24-3-2022 02:23 PM
Kak Erma ni live in the past ke?? Sekarang zaman tekno kakkk. Silap sikit memang kena hencap dek netizen. Sheolls expect apa?? Buat salah lepas tu nak sanjung dia ke?? Ramai lagi artis memang baik2, elok je orang bercakap jugak pasal benda baik2.
Quote jijilaaa 24-3-2022 02:29 PM
dosa tetap dosa..cuma yang membezakan allah nak bukak tunjuk kat org or allah tutup senyap2. this time allah izinkan utk footage tu leak. so netizen bukak mata rupanya mcm ni cara retis berlakon..
Quote bahagiaselalu 24-3-2022 02:40 PM
semakin tua semakin nak berubah ke arah kebaikan.. makcik erma ni dah banyak makan asam garam dah tahu scene2 mcm tu terlalu melampau, tak sepatutnya at the first place shoot..
Harap makcik erma kerapkan diri p masjid ye baca buku2 agama ke
Quote amlisa 24-3-2022 02:43 PM
lor..netizen jgk salah
Quote jihyomelly 24-3-2022 02:43 PM
ngaku je lah minta maaf settle terlepas pandang..tua pun bodohhhh

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.068651 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top