CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wanita Kongsi Cara Belanja Yang Sekadar "Cukup Makan' Setiap Bulan!

4-3-2022 02:06 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 4254| Komen: 39|Original author: Agent13k

Description: Dalam zaman sekarang ini, tidak kisah dalam era pandemik ataupun tidak, ramai sebenarnya menghadapi kesusahan dan terpaksa berkerja lebih keras demi untuk keluarga dan keperluan sendiri.
Dalam zaman sekarang ini, tidak kisah dalam era pandemik ataupun tidak, ramai sebenarnya menghadapi kesusahan dan terpaksa berkerja lebih keras demi untuk keluarga dan keperluan sendiri.


kredit foto: PYMNTS


Tular hantaran seorang wanita di Facebook yang berkongsi perbelanjaan bulanannya yang baginya hanya "cukup makan" sahaja walaupun gaji dikatakan agak tinggi.


" data-width="500">Loading FB Post...


Difahamkan, suri rumah itu mendedahkan mereka sekeluarga hanya bergantung kepada si suami yang gajinya sekitar RM6,000 sebulan. 

Dia juga membuat senarai untuk perkara yang perlu dibayar setiap bulan dan selepas ditolak dengan pelbagai komitmen, baki itu hanya tinggal RM200 sahaja.


kredit foto: Facebook.

Tambahan pula, kehidupan dalam zaman sekarang, ianya agak susah untuk hidup kerana dengan harga barangan semakin meningkat tetapi gaji masih lagi kekal rendah.


kredit foto: Facebook

Seperkara lagi, ramai netizen setuju tentang kehidupan yang semakin sukar dan ianya lebih sukar untuk pasangan yang baru memulakan keluarga sendiri. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakigojes 4-3-2022 02:28 PM
Murahnya bil api rm80 but bil air rm60
Quote bambimbom 4-3-2022 02:47 PM
baru nak cakap murah bil api dia dgn anak tiga org, umah pakai coway, unifi astro bagai tu
Quote white_musk 4-3-2022 04:33 PM
yang boleh potong ialah coway dan astro
Quote shernazz 4-3-2022 06:08 PM
Ni rumah takdak ekon kot..
Tu bil api muroh
Quote krustykrab 4-3-2022 07:28 PM
white_musk replied at 4-3-2022 04:33 PM
yang boleh potong ialah coway dan astro

Iol sependapat dgn chuol...
6 org tu isi rumah dia..
Iol sendiri pun tak prnh ada astrok & coway. Skrg ni org tgk mytv, utube je..tak perlu lah nk membazir duit byr astrok..cuba rajinkn diri masak air mcm org dulu2, awok tu surirumah je, jgn jd pemalas
Quote 234126 4-3-2022 07:45 PM
Sebab tu iol takut nak beranak ramai sebab takut tak mampu nak selesakan semua. iol nak kualiti. Walaupun kena kecam mati sok anak tak ramai nak mendoakan. Kohkohkoh
Quote musangbodoh 4-3-2022 08:15 PM
menteri2 mesia senyum sinis
Quote gekkou 4-3-2022 08:20 PM
unifi amik rm89 sudeh
kalau sembang nak jimat lagi lah
astro pun kasi potong sajok
amik netflix baru rm49
eh lupa x de gegar vaganza kat netflix
Quote MoneyMatters 4-3-2022 09:20 PM
Bygkan ni yg gaji rm 6k. Kalau gaji 2k camne ya. Siannyaaa.. Meols kalau dekat2 gaji duit tinggal 7-800 pon dh mula nervous. Haih ntahlah.. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua
Quote jas7512 4-3-2022 11:11 PM
Huhu. Bil elektrik i rm800 sebln...korg guna mcm mana ya...krg 10x dr bil.i...tapi mmg umah i aircond 3 tempat...peti ais...itu je. Xde coway cuckoo seme
Quote faraway1 4-3-2022 11:17 PM
so kalau bebudak tu bawa bekal, boleh save duit lagi gitu
Quote Megikari 4-3-2022 11:53 PM
Dengan gaji 6k, bajet bulanan family ni dikira mewah sebenarnya. Banyak boleh dijimatkan kalau buang astro tu, since unifi pun pakej 150. Maknya kena berkorban sikit la masakkan bekal untuk anak ke sekolah, so dah jimat banyak kat part duit belanja sekolah tu. Masalah utama family ni ialah takde bajet utk savings. So kalau ada kecemasan, nak cekau duit mana? Takkan nak korek sspn anak
Quote Thunderclouds 5-3-2022 12:14 AM
Baca post ni kt fb,gaji tok laki dia bukan 6k. Lebih. Cuma belanja bulan2 spt yg dnyatakn dlm jadual. Cita TT xlengkap.
Quote che-cikL 5-3-2022 12:37 AM
Edited by che-cikL at 5-3-2022 12:38 AM

Dia duduk unit commercial ke, air mahal gitu?
Setuju yg atas2 tulis Coway & Astro tak perlu.
Boleh beli penapis air alkaline yg lebih murah one off, tak perlu komitmen bulanan. Cuma ada tukar filter tu ikut period tertentu.
Bajet barang basah RM30 sehari tu sebenarnya tinggi. Sama ada beli brg2 yg high end atau beli makanan yg melebihi keperluan, atau byk beli barang2 macam nuggets etc.
Quote nuryakmal 5-3-2022 10:04 AM
Astro tu mungkin sebab anak nak tgk katun or didik ke apa ntah.
Mkn tu je lah kot. Sbb dia suri rumah. So boleh buat bekal utk anak. Tapi tetap mmg kena bagi anak duit. Mana tau. Apa2 hal   Betul la tu.

She needs to do keja sampingan. Sbb isi rumab ramai. Rm6k kalau duduk sorang cukuo
Quote gigahertz 5-3-2022 10:13 AM
Edited by gigahertz at 5-3-2022 02:16 AM
234126: Sebab tu iol takut nak beranak ramai sebab takut tak mampu nak selesakan semua. iol nak kualiti. Walaupun kena kecam mati sok anak tak ramai nak mendo ...

proses membesarkan anak adalah 20 tahun.pecah pada 4 stage.dari start celik mata menangis sampai la dia boleh keje sendiri.
tu kalau umur 20 tahun dia keje. kalau dia masih menganggur...
malapetaka besar.
stage 1 - ( 1 ke 5 tahun )
stage 2 - ( 5 ke 10 tahun )
stage 3 - ( 10 ke 15 tahun )
stage 4 - ( 15 ke 20 tahun )
stage paling besar stage ke 2 . pendidikan dah bermula
stage paling mencabar stage ke 3 - usia belia remaja.
stage rilek-rilek stage ke 4 - boleh menerima arahan.


Quote Prickford 5-3-2022 10:41 AM
nuryakmal replied at 5-3-2022 10:04 AM
Astro tu mungkin sebab anak nak tgk katun or didik ke apa ntah.
Mkn tu je lah kot. Sbb dia suri rum ...

Mencabar kan hidup zaman sekarang. 6K pon kadang2 sesak. Teringat zaman 90's dulu, bapak iolls gaji 2k pon cukup beli rumah, kereta, dapat banje anak2 KFC, even mak iolls suri rumah. Masa tu harga semua murah. Berbeza dgn skang mengikut peredaran zaman. Zaman dulu walaupon tak canggih, tapi hidup tak mencabar mcm sekarang.

Quote gigahertz 5-3-2022 11:19 AM
MoneyMatters replied at 4-3-2022 01:20 PM
Bygkan ni yg gaji rm 6k. Kalau gaji 2k camne ya. Siannyaaa.. Meols kalau dekat2 gaji duit tinggal 7- ...

kalau tengok list tu yang wajib 3 je.
kereta - RM 850
Rumah - RM 600
Mak ayah - RM 400
total : RM 1850

Gaji : RM 6000 tolak RM 1850 = RM 4150
RM 4150 bahagi 30 hari = RM 138.33.

setiap hari had limit belanja RM 138.33

Quote gigahertz 5-3-2022 11:23 AM
Edited by gigahertz at 5-3-2022 03:24 AM
Prickford replied at 5-3-2022 02:41 AM
Mencabar kan hidup zaman sekarang. 6K pon kadang2 sesak. Teringat zaman 90's dulu, bapak iolls gaj ...

sebab zaman dulu keje belakang rumah. xde lalu highway. MEX DUKE LATAR SUKE MRR2 LEKAS AKLEH
tak lalu highway maka tiada lalu tol. buat highway panjang panjangpastu stesen minyak jauh jauh. bila isi minyak tu wajib full-tank
myvi fuel tank 40 liter . satu liter sekarang RM 2.05 . total isi minyak RM 82.
tu tahan berapa lama. wallahualam.

tahun 1990an dulu bayar duit tol. duit tak standby pun.
seluk la mana mana tepi kusyen ke bawah seat ke mesti ada duit syiling.


one more thing zaman tu ada bas mini. tiket baru berapa sen.

hari ini takde transport mmg giler kita di buatnya.
nak gi kedai sejengkal pun nak transport atas sebab keselamatan.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.257722 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top