CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bukan Hanya Telefon, Nokia Kini Mengeluarkan Komputer Riba!

1-3-2022 05:11 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2273| Komen: 7|Original author: Agent13k

Description: Beberapa tahun yang lepas, Nokia telah dibeli oleh Mircosoft dengan harga ASD 350 Juta (RM1,467,200,000) maka Nokia sudah tidak sama seperti dahulu.
Beberapa tahun yang lepas, Nokia telah dibeli oleh Mircosoft dengan harga ASD 350 Juta (RM1,467,200,000) maka Nokia sudah tidak sama seperti dahulu. 

Nokia yang sekarang ini hanya digunakan untuk TWS (True Wireless Audio), Televisyen dan fon kepala, OFF Global dari perancis telah membayar perlesenan Nokia untuk menyertai pasaran komputer riba dengan menggunakan nama itu.

kredit foto: GSMArena

Petikan dari Amanz, siri Nokia PureBook ini telah dikemaskini dengan PureBook 17.3 dan PureBook 15.6 semalam. Komputer riba ini mempunyai Windows 11, cip intel Core i3-1220p, memori 8GB RAM, storan SSD sebesar 512GB dan bateri sebesar 63/57 Whr.

kredit foto: GSMArena


Bahkan juga, kerangka komputer riba itu diperbuat daripada aluminum dan papan kekunci hadir dengan sokongan lampu dan pad sesentuh. Komputer riba ini juga mempunyai 2 USB-C, 1 USB-A, dan bicu audio 3.55mm, berat untuk PureBook 17.3 adalah 2.5kg manakala PureBook 15.6 pula adalah 1.7kg.

kredit foto: Noypi Geeks

Difahamkan ini bukan kali pertama Nokia cuba menyertai dunia komputer riba, pada tahun 2020, Nokia pernah cuba melancarkan komputer riba Nokia PureBook X14 tetapi ianya hanya dikeluarkan di India sahaja dalam pada masa yang pendek.

Seperkara lagi, Harga Nokia Purebook 17.3 adalah €799 (RM3750) dan untuk Nokia PureBook 15.6 pula €699 (RM2812), komputer riba akan dijangka pada pertengahan tahun ini di Eropah dahulu. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 1-3-2022 07:45 PM
storan 512gb...ehhh mcm ketinggalan je
Quote imransulaiman 1-3-2022 11:04 PM
Bill Gates juga yang untung...

By the way, aku suka SURFACE...mengancam sungguh
Quote _blackbird 2-3-2022 01:34 PM
musangbodoh replied at 1-3-2022 07:45 PM
storan 512gb...ehhh mcm ketinggalan je

SSD 512gb mana ada ketinggalan utk mediocre mcm ni. u expect dpt 1tb ke harga 2k++
Quote musangbodoh 2-3-2022 07:32 PM
_blackbird replied at 2-3-2022 01:34 PM
SSD 512gb mana ada ketinggalan utk mediocre mcm ni. u expect dpt 1tb ke harga 2k++

harga xde masalah...kalo beri 3 tera pun letak 12k pun...aku ok je...errr paham x
Quote _blackbird 3-3-2022 10:40 AM
Edited by _blackbird at 3-3-2022 10:42 AM
musangbodoh replied at 2-3-2022 07:32 PM
harga xde masalah...kalo beri 3 tera pun letak 12k pun...aku ok je...errr paham x

lawak la awaaa ni. u kalau ada 12k u taknak la beli laptop nokia. ahahaha std package normal lah tu adv 512gb. nak 2tb ke atas kena customize nok.. selain yg terlibat dengan filmography / photography, normal consumer tak perlu pon sampai 1tb above. std out of box gaming laptop pon dpt 512 juga. nak lebih kena customize. tapi org nak terlbat dlm creative industry ni pakai macbook while gamers takda makna nya nak guna nokia. so org yg akan beli nokia ni student / home usage je uhuhuhu
Quote Addrianna 6-3-2022 09:55 AM
Slow betul Nokia ni kan padahal masa mula terciptanya telefon bimbit mereka lah paling negtop

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.041408 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top