CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bingung Selalu Sakit Tekak Di Waktu Pagi? Mungkin Ini Punca-Puncanya

21-2-2022 01:54 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1579| Komen: 1|Original author: Agent13k

Description: Bangun pagi dengan perasaan sakit tekak yang datang secara tiba-tiba bukanlah satu perasaan yang menyenangkan, anda mungkin tidak berasa seperti alami selsema atau penyakit lain, tetapi sakit tekak it ...
Bangun pagi dengan perasaan sakit tekak yang datang secara tiba-tiba bukanlah satu perasaan yang menyenangkan, anda mungkin tidak alami selsema atau penyakit lain pada waktu itu, tetapi sakit tekak itu muncul secara tiba-tiba.

kredit foto: Healthgraders


Menurut Mstar, sakit tekak bukan selalu berpunca dari selsema ataupun batuk, tetapi boleh berpunca dari persekitaran anda. Ini adalah 4 punca sakit tekak di waktu pagi yang bukan berpunca dari selsema ataupun batuk.

  • Alahan

kredit foto: Freepik


Gatal dan bersin adalah gejala pertama yang anda fikiran tetapi alahan bermusim boleh juga menjadi punca tekak anda sakit dan gatal, alahan yang berpunca dari debunga, habuk atau bulu boleh mencetuskan keradangan pada saluran pernafasan dan menyebabkan ketidakselesaan di tekak. 

  • Udara sejuk dan kering

kredit foto: Medical Urgent Care

Keadaan yang amat sejuk atau kering boleh menyebabkan badan meningkatkan pengeluaran lendir dalam usaha mengekalkan saluran udara yang lembap, apabila lendir tambahan itu mula meresap, ia boleh menimbulkan perasaan tidak selesa yang menyebabkan kerongkong anda rasa kasar.


  • Kecederaan pita suara

kredit foto: Stanford Children's Health

Jika anda menyanyi terlalu lama dan menJerit terlalu banyak, ia boleh meregangkan pita suara, malah menyebabkan tekak anda bengkak. Akibatnya, suara anda bertukar serak dan tekak berasa sakit.

  • Penyakit serius

kredit foto: Vistacreate

Walaupun jarang berlaku, tetapi sakit tekak boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang serius seperti kanser dan HIV. Difahamkan, ia ada simptom lain seperti sukar menelan, berasa ada ketulan di leher, lendir atau kahak yang berdarah. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 21-2-2022 10:40 PM
sblom tidoq minum ayaq suam segelas...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.037060 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top