CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zulin Aziz Geli Tayang Kemesraan Dengan Suami Di Media Sosial

28-2-2022 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4567| Komen: 34

Description: "Nak tunjuk gambar kemesraan bersama suami di media sosial, tiada sebablah. Tapi kita dalam bidang yang sama dan kalau dari segi pemasaran memang ya. Itu saya cakap awal-awal," kata pengacara dan pela ...
"Nak tunjuk gambar kemesraan bersama suami di media sosial, tiada sebablah. Tapi kita dalam bidang yang sama dan kalau dari segi pemasaran memang ya. Itu saya cakap awal-awal," kata pengacara dan pelakon, Zulin Aziz.


Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz yang berkahwin dengan Farhan Norzaini pada 20 Februari lalu berkata, apa yang akan diperlihatkan nanti adalah berkaitan kerja dan bukan babak "sweet sweet".

Foto: IG

"Kami bukan jenis begitu. Suami romantik tapi dia bukan jenis nak menunjuk kepada orang. Bila nak buat benda begitu jadi geli.

"Biarlah kami berdua yang tahu berkenaan hubungan kami. Biarlah hanya berkenaan kerjaya dipaparkan di media sosial," katanya. 




Dalam pada itu, Zulin mengakui mengambil pendekatan untuk tidak menghiraukan mana-mana komen negatif warganet di media sosialnya.

"Saya buat begini bagi mengelakkan sebarang isu pada masa akan datang, selain pilih untuk padam komen yang tak sesuai.



"Saya pun dah ingatkan suami dari awal agar jangan pernah baca komen warganet. Itu sebabnya saya padam.

"Ada yang kata kenapa perlu padam komen? Bagi saya, kita ada kuasa kawal media sosial kita. Kenapa kita nak biarkan dia (netizen) berbuat demikian dan menjaga hati orang yang komen buruk kepada kita? 

"Sepatutnya, kita ada hak ke atas platform kita sendiri dan buang benda-benda yang tidak elok supaya tak merebak," katanya.



Menurutnya kalau seorang berani tinggalkan komen berbaur negatif, akan ada rantaian lain yang akan ditulis lagi di bawah komen berkenaan.    

"Jadi kita putuskan rantaian itu untuk elak daripada isu terbabit diperbesarkan. Itu virus yang tiada vaksin. Kita kawal dan jangan bimbang. Nampak benda tak elok, terus padam.

"Jangan nak balas balik kerana dia lagi suka bila dapat perhatian. Kalau betul nak beri nasihat, ada laluan lain yang lebih elok boleh digunakan.

"Dia memang sengaja. Ada yang sejenis tak ikuti saya lagi pun nak beritahu. Ok "done unfollow" katanya. Tak payahlah beritahu saya kerana saya pun tak kenal dia," katanya. 



Berkenaan perkembangan terbaharu, Zulin bakal mengerjakan umrah pada Ramadan bersama suami menerusi pakej umrah yang diperkenalkan Syabibah Travel & Tours.

"Saya memang berada di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah pertama Januari lalu apabila menerima panggilan yang menawarkan peluang ini. 



"Ketika itu, memang saya berdoa ingin kembali menjadi tetamu Allah. Memang betul doa saya dimakbulkan dengan pantas. Jadi, dengan hati terbuka, saya terus bersetuju," katanya.

Selain Zulin dan suami, pakej umrah itu turut membabitkan barisan artis lain seperti pelakon Saharul Ridzwan, Bell Ngasri dan Faizal Ismail. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 28-2-2022 12:38 PM
Alahai xde sapa nak komen ke? Tahniah la dah kawen klo tak dok merempan xabis2.
Quote Mamason 28-2-2022 12:42 PM
Untung laa dipanggil lagi ke rumah Allah... Mama ni teringin sgt tapi belum ada rezeki... Tahniah zulin!
Quote Suchi 28-2-2022 12:47 PM
Risau tengok dia masak lauk sedap hari2, iols drpd skinny dan mula naik berat gara masak lauk sedap2 ni laa
Tak reti bajet masak udang penuh pinggan lauk. Makannya dua org je, nasi plak masak byk. Pastu memasing rasa mcm wajib kena abiskan semua lauk n nasi dlm piyuk tu huhu
Sedor2 badan makin naik mencik tul, mujur kembali ke landasan yg benar lepas bersalin anak sulong. Idak kubiarkan lelemak tu terus beranak pinak membiak kat badan ni,kang macam2 penyakit pun menyinggah.
Quote melinda_kerr 28-2-2022 01:09 PM
Aiyo dah kawin pun duk ckp pasal lelaki tk habis2… ingtkan dah tkde update psl sheols berkenaan lelaki..
Quote cik_ingeniare 28-2-2022 01:43 PM
Tahniah & selamat pengantin baru meols ucapakan sambil disusuli ucapan semoga terus istiqomah tak menunjuk lovey dovey. Kbai
Quote AshkieLa 28-2-2022 01:49 PM
awal lagi nak geli... kang kot termakan kata.
dalam pada geli tu, ingatkan gambar2 kat atas mcm kat depan sri pentas tu bukan drpd insta dia...
Quote nordin84 28-2-2022 01:53 PM
ngata mekja ke tu
Quote prince_marhaen 28-2-2022 03:39 PM
dah sah dah kawin = geli, masa bagi bagi hint acah-acah video clip promo product meniaga (meniaga apaa?) = tak geli.
Selamanya terdampar.
Quote slyfynx 28-2-2022 04:13 PM
OK. Paham. Next.

Ko pos ape pun aku geli tgk sebenarnye
Quote makton 28-2-2022 04:17 PM
cite pasal kemesraan dgn suami - geli
cite pasal jantan dr bujang sampai kawin - tak geli pulak
Quote dua_chzy 28-2-2022 04:26 PM
Eh baru perasan sheol dah nikah. Patut la tajuk thread camni.
Quote miemiecha 28-2-2022 04:57 PM
xyah nk bongak, tadi br sibuk up vid ngan mende tah, ade gmbo mngan laki dia, dok usap gambo tok laki..
Quote kikyou 28-2-2022 05:20 PM
Awai sangat bercakap tu...takut terbalik plak nnti. Diam2 sudahla. Btw, selamat pengantin baru. Semoga kekal bahagia hingga ke alam abadi.
Quote yayanz 28-2-2022 05:23 PM
majlis kawin dia dr awal smpi akhir.. menyengih je
Quote mamarilia 28-2-2022 05:48 PM
Dia makan apa sampai kurus mcm tu...
Quote auntyonion 28-2-2022 05:52 PM
Taniah julin..ok nexttt please
Quote AcikBuncit 1-3-2022 12:24 AM
Ko xsdr ke org pn mmg geli dgn ko zulin oi.. Hahaha
Quote mendeluk 1-3-2022 02:04 AM
Dedua ini ada harapan making good in bed
Dari air muka dedua boleh nampak falling sama2 sgt
Quote wtvmjls 1-3-2022 02:19 AM
lawak pula gambar dia tgk husb dia tu..macam kagum sangat

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.063523 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top